Sunday, July 5, 2026

Lepaskan Gian Memasak..Berjaya Masak 2 Lauk Malam Ni...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah..syukur..SA dapat gak masak....gian nak memasak tapi tu la...masak depan rumah aje ...set up dapur Pensonic tu kat luar..kebetulan ada meja makan lama...berperang dengan angin la masak tadi...hahaha...tapi berjaya masak 2 menu ye....jangan main -main....rindu nak masak punya pasal...ni la jadinya...

Sebenarnya jenuh makan kat kedai...ada ok ada x ok...kos pun melampau...berapa hari je makan kat kedai dh beratus habis..lepas tu bosan balik-balik kedai tomye....itu yang SA masak petang tadi...pukul 8 malam settled masak 2 lauk...

Ayam kampung masak lemak cili api

Udang goreng kicap

Udang tu ada dalam 7 ekor...besar2..kisahnya PZ nak goreng semalam...tapi adik2 datang bawak lauk pauk...adik no 3 bawak ikan selar goreng berlada, telur dadar dan pasta goreng, adik no 4 bawak sup daging dan adik bongsu bawak banyak lauk..dh macam kenduri dh...itu nanti SA share next entry ye...seronok sesekali berkumpul dan makan ramai ramai..SA plak ada beli durian...memang dh macammpesta durian di rumah....

Apapun..jimat hari ni x perlu makan kat kedai...esok pun sama PZ nak cuba masak...nasib baik Dania ada kat rumah dan nasib baik proses pasang kabinet hari Khamis nanti sebab bagi dahulu laluan pemasangan gril tingkap dapur dan pintu belakang yang dah uzur sangat...by next week Insha'Allah  siap la dapur baru SA....

Jumpa esok ye...

Gigih SA update entry malam ni...dh 9.30pm dh..Jap lagi nak tido..esok kerja...

Goodnight korang....

21 comments:

  1. Besornya tengok udang tu. Alhamdulillah, sempat memasak, malam-malam. Dua-dua menu nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Mula² tak payah masak seronoklah, kalau dah 2,3 hari..jemu plak asik beli je

    ReplyDelete
  3. Makan luar selalu memang jemu, tak tahu nak beli menu apa seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Sedap nampak masak lemak tu. Craving pula.

    ReplyDelete
  5. Tu la kan SA. Hari2 makan kat luar pun jemu. Best pulak bila dapat makan lauk masak sendiri.

    ReplyDelete
  6. Faham. kalau dah biasa masak and makan lauk masak sendiri mmg akan rindu dan bosan asyik makan di luar.
    Udang tu SA, menggoda betul

    ReplyDelete
  7. Nmpk sedap laaa udg tu. Morning SA⚘️

    ReplyDelete
  8. Sedap pulak nampak udang tu besar. Yeayyy tak sabar nak tengok dapur baru kak SA.

    ReplyDelete
  9. Dah memang sejenis suka masak, bila lama tak masak memang rasa lain. Dapat masak walau 2 lauk pun dah seronok ye kak

    ReplyDelete
  10. Tahniah akhirnya SA dpt memasak juga walau kat luar rumah. Masak air tangan sendiri lagi dirindui daripada masak tumpang dapur orang kan? Hehe

    ReplyDelete
  11. Kannnn.. makan kat kedai, beratus habis uiiii.

    ReplyDelete
  12. Pagi td Ammar baru je request lauk gulai lemak ayam. =)

    ReplyDelete
  13. kerap sangat kedai tomye pun jemu kak..ulang2 menu sama kan..masak sendiri juga yang sedap

    ReplyDelete
  14. Gitu jugalah sama Sis.. walau di rumah kadang makan sorang, tetap juga nak masak, gian memasak sebenonya hahahah

    ReplyDelete
  15. Sama la kita kak SA, kalau weekdays memang makan dekat kedai je sebab tak sempat nak masak. Weekend haritu seronok dapat masak dan guna bahan dalam peti ais tu

    ReplyDelete
  16. jarang tgk menu udang masak kicap

    ReplyDelete
  17. Tahniah atas kegigihan saya.

    ReplyDelete
  18. Kalau sesekali makan kat luar tu okay lagi. Kalau hari-hari rasa jemu pulak kan. Nak juga makan masakan sendiri. Sedapnya lauk dua-dua tu. Masing-masing dah banyak lauk, memang macam kenduri lah ceritanya kan. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai satu family. Kenangan ni lah akan kita kenang nanti. Renovate ni ambil masa. Kena kita menunggu dengan sabar.

    ReplyDelete
  19. hebatttttttt
    2 jenis je dah cukup utk buka seleraaaaaa

    ReplyDelete
  20. Ya Allah lihat udangnya langsung drooling kak 🤤🤤🤤🤣. Tahan diriiii, tahan diriiii.. kalau udang godaannya besar sangat 😅. Bisa habis Sepinggan saya makan hahahaha

    ReplyDelete
  21. mengancam semua lauk. udang besorr betul

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......