Sunday, August 31, 2025

Mencari Event Ambang Merdeka

Assalamualaikum...

Kami berdua ke Seremban 2 mencari sekiranya ada Sambutan Ambang Merdeka, kami suami isteri patah balik ke Bandar Seremban...kereta banyak tapi x tau ada sambutan countdown kat mana..SA share kat FB dan sync to Thread, ada yang komen kata Hotel Arena di Lobak buat Countdown...masa tu jam baru 10 lebih..SA ajak suami lepak Benteng dulu...speechless bila Benteng Seremban fullhouse ye ..siap ada peniaga makanan dah tutup kedai sebab kehabisan stok makanan...

Kat sini ada Lorong Seni Seremban...sepanjang Lorong Seni ni ada jualan barang-barang lama dan bundle...antara tarikan di Seremban macam Bazar Karat di Muar la..

Jom tengok gambar














Suka tengok pinggan2 lama ni..nak beli mahal...


Mural menarik








Latte...ok la..so-so sebab dia guna serbuk bukan yg brew..
RM7


Penanda arah


Kartunis pun ada


Ada specialist jam kat sini



Lorong Seni Jalanan yang kini menjadi tarikan popular di bandar Seremban!

Apa itu Lorong Seni Jalanan Seremban?

Lorong sepanjang kira-kira 250 meter, terletak di jalan belakang bangunan sekitar Jalan Dato' Sheikh Ahmad, sehingga Benteng Walk, melalui laluan seperti Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Yam Tuan, dan Jalan Tuanku Munawir .

Dihias dengan lebih daripada 30 mural kreatif oleh sekurang-kurangnya enam pelukis tempatan, menampilkan genre seperti grafiti, doodle, avant-garde, poster, dan lukisan warisan .

Projek inisiatif “Returning The Street To The Public” ini merupakan usaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), dengan peruntukan sekitar RM500,000 untuk kerja-kerja pengecatan mural, lampu hiasan, dan naik taraf kemudahan seperti tandas awam .

Lorong ini telah dinaik taraf dan dirasmikan sekitar akhir November 2021 .

Tarikan Utama Laman Seni Seremban

Mural menarik termasuk wajah Sudirman Haji Arshad, David Arumugam (Alleycats), P. Ramlee, Saloma, serta ikon sukan Malaysia seperti Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Nicol David dan Pandelela Rinong .

Lorong ini tidak dikenakan sebarang bayaran masuk dan dibuka 24 jam setiap hari, menjadikannya sesuai untuk bergambar pada bila-bila masa .

Lokasi ini sangat sesuai untuk sesi OOTD dan fotografi kreatif, lebih-lebih lagi dengan pencahayaan lampu hiasan pada waktu malam .

Di hujung lorong, di kawasan Benteng Walk, terdapat lebih daripada 20 gerai makanan, sesuai untuk berehat dan makan sambil menikmati suasana lampu warna-warni malam .

Datang pada pagi hari biasa (weekday) untuk pengalaman lebih tenang dan bebas gangguan .Pergi dengan kenderaan? Pastikan cari tempat parkir yang tidak menghalang mural.

Bawa kamera atau telefon siap-siap mural-mural penuh warna ini memang Instagram-worthy. 

Ambil peluang merasa makanan tempatan di Benteng Walk, sambil nikmati lampu warna-warni lorong di malam hari.

Sarapan Pagi di Hari Kemerdekaan ke-68

Assalamualaikum..

Hi korang

Pagi ni terasa istimewa sebab kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68. Suasana pagi tenang, udara pun rasa segar. Walaupun tak ada perarakan depan mata, tapi pagi ni tetap rasa meriah dengan bau kopi dan aroma masakan dari dapur.

Menu sarapan pun tak kalah hebat! Sambil sarapan sambil tengok siaran langsung perarakan di TV1. Kalau arwah Mak ada..arwah pun akan lepak depan tv tengok perarakan...rindunya SA pada Arwah Mak Pah...






Menu sarapan SA sekeluarga hari ini..

Nasi Goreng Kampung – Simple tapi cukup untuk buat perut kenyang, ada rasa pedas-pedas sikit yang menyegarkan mata mengantuk.

Kari Kambing – Special daripada PZ, dibawa balik dari surau malam tadi. Kari pekat, daging empuk… memang tak cukup sepinggan!

Buah Anggur Muscat – Manis dan juicy, jadi penamat mulut yang sempurna lepas makan berat.

Kopi 434 – Peneman setia, aromanya pekat, sempurna untuk mulakan hari penuh semangat.

Gambar kopi xde plak ..

Rasa bersyukur sangat dapat nikmati pagi macam ni. sarapan sedap, suasana damai, keluarga tersayang ada di sisi. Hari Kemerdekaan ni bukan sekadar cuti umum, tapi juga peluang untuk hargai nikmat sederhana dalam hidup.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, semoga negara kita terus aman, maju, dan diberkati. ❤️

53644 Views Dalam Sehari! Terima Kasih Semua!


Assalamualaikum...

Salam Kemerdekaan...

Semalam betul-betul buat SA terkejut dan gembira tak terkata bila tengok statistik blog 53,644 page views dalam masa satu hari saja! 😍 Satu pencapaian yang langsung SA tak sangka-sangka.

Sebagai seorang blogger santai yang suka berkongsi cerita lifestyle, tips harian, dan sedikit coretan rasa, SA sebenarnya tak pernah target angka views tertentu. Tapi bila lihat sokongan yang datang dari pembaca, rasa macam “Wow, ramai juga yang sudi baca tulisan SA!” 





Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi:

✨ Singgah baca entry-entry SA

✨Tinggalkan komen yang membina dan menyokong

Sokongan korang semua betul-betul jadi motivasi untuk SA terus menulis dan berkongsi. 

Kadang-kadang kita tak sedar tulisan kita boleh memberi inspirasi, hiburan, atau sekadar teman baca santai kepada seseorang di luar sana. Dan angka 53,644 views ni adalah bukti yang SA tak menulis seorang diri, SA ada komuniti pembaca yang hebat!

Semoga SA dan korang terus dapat hasilkan lebih banyak content yang bermanfaat dan seronok dibaca. 

Terima kasih sekali lagi, semua! 

Saturday, August 30, 2025

Apabila Internet Di Rumah Problem, SA Masak La....

Assalamualaikum...

Internet SA problem..pishaangg duduk rumah ha..harapkan astro je la..nasib baik x terminate astro ni lagi...dh la cuti sampai Isnin..kalau xde gak technician datang memang la pishanggg...Aduan dh dibuat...dah petang dh pun..xde technician yang datang ha....menyirap betul SA dibuatnya...

Bila dh x dpt tengok Netflix ke..Prime Video ke...SA masak laaa...apa lagi kan.....Dania xde..esok baru balik..

Jom la tengok apa SA masak...


Ayam masak lemak cili api


Sawi kerinting goreng


Ikan masin bulu ayam..

3 menu ni SA makan dengan nasi sesenduk...puas SA menahan selera..tapi SA x mampu bila PZ ckp ruginya makan sikit...SA tambah nasi lagi uolls...dengan rasa bersalah tambah nasi...hahahahaha....

Suami sampai rumah lambat..dia makan bertambah jugak..hahahaa....SA masak biasa je..maybe ikan masin tu buat selera lain macam...

Bawak Brown Ke Klinik Lagi....

Assalamualaikum...

Alkisah Isnin lepas...si Brown masih lagi lemah dan lesu...makan pun x nak..SA bagi wet food pun x nak...risau plak SA..hari tu pergi klinik doktor dah pesan..kalau dia masih lemah, lesu x nak makan, bawak semula ke klinik..doktor boleh bagi antibiotik...

So bawak la dia pi klinik, dukung aje la sebab carrier xde..x kuasa plak nak beli carrier tu.  Masuk je kereta dia buat hal dah...mengiau je...keluar suara jantan dia...






Berat dia masih 4kg..











 
Untuk masa ni SA dikenakan bayaran sebanyak RM25. .nasib baik murah...kali ni bukan doctor india hari tu..tapi doc melayu...lembut je orangnya...memang doktor haiwan ni semua bersifat lembut agaknya...

Hari ini Brown dah sihat sepenuhnya...dah mula aktif dan dah selera makan....malam je SA bagi wet food...sehari sekali...siang dia makan kibbles...itupun SA dah tukar dari Whiskas ke ProDiet. ..takpe la kuar modal skit...ingat nak belikan RC tapi macam mahal plak...RC xde dalam pek kecik ke?

Ladang ~ Proses Buat Silaj

Assalamualaikum...

Dania di ladang lagi pada 26hb yang lepas...kali ini Dani belajar dan proses buat Silaj...

Apa Silaj tu?

Silaj merupakan makanan ternakan yang dibuat daripada rumput atau tanaman hijauan (contohnya rumput napier, jagung, atau sorgum) yang diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik).

Tujuan : 

Untuk simpan makanan ternakan untuk jangka masa panjang, terutama apabila musim rumput kurang.

Proses peraman tu hasilkan asid laktik, jadi makanan tu kekal segar, berkhasiat, dan senang dihadam oleh ternakan (lembu, kambing, kerbau).

Bentuk dia biasanya warna hijau kecoklatan, bau masam wangi (sebab asid laktik).

First kene amik napier ( rumput untuk lembu)


Beramai-ramai Dania dan kawan-kawan mengambil rumput napier


Tong biru tu tempat simpan silaj


Rumput napier tadi perlu dihancurkan terlebih dahulu menggunakan mesin chopper 


Rumput yang sudah dihancurkan di masukkan kedalam tong biru





 pastu kene tuang molasses (gula merah) layer by layer 

Molasses tu sebenarnya hasil sampingan daripada proses buat gula tebu atau gula bit 

Bentuk: cecair pekat, warna coklat gelap kehitaman.

Rasa: manis sangat, ada rasa macam karamel.

Kandungan: kaya dengan gula (sukrosa, glukosa, fruktosa), sedikit mineral (kalsium, zat besi, magnesium).

Dalam bidang ternakan molasses digunakan untuk:

Campuran buat silaj (sebagai makanan bakteria baik).

•Tambahan tenaga dalam makanan ternakan sebab tinggi gula.
•Bagi rasa manis supaya haiwan lebih suka makan.

Penutupan Rapat (Sealing)
Selepas selesau tutup permukaan silaj dengan plastik tebal untuk mengelakkan udara masuk.

Pastikan penutupan rapat dan letakkan pemberat (contoh: tayar lama, guni pasir).

Proses Fermentasi
Simpan silaj selama 21–40 hari (bergantung jenis tanaman dan keadaan).

Dalam tempoh ini, bakteria asid laktik menukarkan gula kepada asid laktik untuk mengawet makanan.

Pemeriksaan & Penggunaan
Setelah matang, silaj berwarna hijau kekuningan, berbau masam manis, dan tidak berkulat.

Ambil silaj mengikut keperluan ternakan. Pastikan permukaan baki silaj ditutup semula untuk mengelakkan rosak.

Kelebihan Silaj
✅Bekalan makanan ternakan sepanjang tahun
✅Mempunyai nutrien tinggi dan mudah dihadam
✅Kurangkan pembaziran tanaman ternakan
✅ Sesuai untuk lembu, kambing, dan kerbau

Tips Penting
  1. Jangan guna tanaman yang basah berlebihan (boleh tambah dedak/sekam untuk serap kelembapan).
  2. Pastikan kebersihan untuk elak pencemaran kulat.
  3. Gunakan starter culture (inokulan bakteria asid laktik) jika mahu fermentasi lebih cepat dan stabil.
Pengalaman baru buat Dania ni...dh boleh buat makanan untuk haiwan ternakan..ilmu yg ada ni nanti perlu dipraktikkan sekiranya Dania bekerja didalam bidang yang sama nanti..rupanya banyak ilmu dalam bidang ternakan. SA ingat ternakan hanya diberi makanan dan minuman..dijaga kebersihan sahaja..rupanya macam-macam yang perlu di titik beratkan dalam bidang ternakan ini...semoga Dania mendapat ilmu yang lebih di Semester 4 ni....