Friday, August 1, 2025

Sihat Sangat Menu Hari Ini....

Assalamualaikum...

Hari ni SA bawak bekal lauk yang betul- betul sihat...Sup ikan jenahak bersama sayur- sayuran...puncanya PZ masak lauk sup ikan lagi..sebab dia masih x ok kan...perut masih sakit..sup kali ni campur- campur isi dan bahagian kepala..sedap betul sup dia lepas SA panaskan masa pukul 12.30pm tadi...hehehe...semerbak wangi bau tumisan satu floor masa SA panaskan dalam microwave...


Macam biasa nasi sesenduk je


Sup ikan + sayur- sayuran seperti lobak putih, carrot, broccoli, cauliflower,,siap ada bawang kecik sebiji2 dan bawang putih jugak...


Epal hijau...


selfie sekeping sementara tunggu makanan dah reheat...


Hari ni pakai serba hitam dengan tudung baru dari LUNALOOK, tudung ni bukan SA x suka..suka..tapi bidang besar..beli online lepas tu x plak tau bidang berapa, sampai je tengok alaaa..bidang besar..SA ni plak x pandai bentuk, style apa segala la...pagi tadi siap bukak tutorial pun tetap x menjadi...hahahah...penat la nak style2 ni...SA belasah je buat macam Tie...macam yang selalu seller kat TT buat tu...

Korang makan apa hari ni?

Kat office SA hari ni ramai yang cuti...boss SA pun cuti sebab x sihat...semalam dia dah sore-throat dah..siap pakej bersin- bersin lagi...so SA suruh dia amik cuti je...kang berjangkit ngan SA payah...kan?SA kalau ebrjangkit jenis lama kena dan confirm warded... 

Yeay...hari ni Jumaat...esok lusa cuti....yahoooo.....Dania x balik dia ada bootcamp ke apa ntah sampai 2hb...rindunya kat dia...9hb nanti dia balik untuk semester break seminggu katanya...


Farewell Rakan Pejabat Yunis Arliza

Assalamualaikum..

Hari perpisahan memang selalunya manis dan pahit dalam satu masa.

Hari ni, kita ucapkan selamat maju jaya kepada sahabat pejabat yang sangat kami sayangi Yunis Arliza.


Yunis bukan sekadar rakan kerja, tapi juga pendengar setia, tukang bagi semangat, dan penceri suasana setiap kali kita rasa penat dengan tugasan harian. Senyuman dia, suara lembut dia, dan cara dia tenangkan keadaan memang susah nak cari pengganti.

Bukan selamat tinggal, tapi sampai jumpa lagi.






Kami doakan Yunis terus berjaya di tempat baru. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan rezeki makin melimpah. Walaupun dah tak duduk satu pejabat, silaturrahim ni takkan putus.


Terima kasih Yunis, atas kenangan dan momen indah yang ditinggalkan. You’ll always be part of this family.

Jangan lupakan kami ya! 😉


Pengumuman Pemenang Top Komentator Julai 2025

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...Hai korang! 👋🏼

Entry yang ditunggu-tunggukan setiap 1hb..

Macam tak percaya dah masuk Ogos! Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen sepanjang bulan Julai. Serius, setiap komen komen korang sangat bermakna dan menceriakan ruang blog ni..mulanya dh nak ke sendu dah sebab masalah reading list sekejap..lepas tu ok semula..

Dan seperti yang dijanjikan…

Tibalah masa untuk umumkan Top Komentator bulan Julai 2025! 🥳

Kali ni SA guna khidmat random.org macam biasa memandangkan SA mencari pemenang yang baru..macam yg SA inform sebelum-sebelum ni dalam entry lama-lama dulu..SA mencari pemenang baru setiap bulan..







Tahniah kepada peserta no 7… Roziah @ Cie!

Cie antara  yang rajin singgah dan rajin tinggalkan jejak. Terima kasih atas sokongan dan interaksi positif yang diberikan.

Sebagai tanda penghargaan, sila emailkan details Cie di Suriaamanda@yahoo.com untuk kiriman hadiah.

Untuk yang belum berpeluang, jangan risau!

Setiap bulan akan ada peluang baru. Teruskan komen dan berkongsi pandangan ya. Siapa tahu, Ogos ni giliran korang pula? 😉

Terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca blog ni. Korang semua memang best! So SA buka kembali contest Top Komentator dan mencari pemenang untuk bulan August 2025.

Jumpa lagi di entri seterusnya!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah