Monday, March 9, 2026

Penangan Ayam Gepuk, Apa Terjadi Dalam Perut?

Assalamualaikum wrt..

Siapa suka makan ayam gepuk..x kisah la Ayam Gepuk apa sekali pun....Tok Mat ka..Pak Gembus ke...sekarang restoran ayam gepuk tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan kan..SA bukan x suka..SA suka dan cukup la sekali makan masa Dania bawak kami suami isteri makan kat Masjid Tanah..level pedas tahap 1 je...Dania amik tahap 2 untuk dia...tahap 1 tu pun SA x boleh tahan...memulas perut SA 2 minggu ye..bukan SA sorang tapi suami jugak...padan la muka kami...

Tapi pelik la jugak ada orang boleh makan ayam gepuk sampai level 5...macam mana dia tahan kepedasan tu erk..SA tak leh brain la kepedasan cenggitu...pedas samyang tu pun SA x leh tahan...

SA ternampak perkongsian ni di FB, SA copy dan simpan kat sini untuk rujukan bersama...



 
"Level berapa bang? Level 3! 

Makan ayam gepuk pedas memang satu nikmat, tapi pernah tak anda rasa macam ada "perang" berlaku dalam perut sejurus lepas suapan terakhir? 

Sebenarnya, apa yang berlaku bukan drama kosong. Ada sains yang sangat 'panas' di sebaliknya:

1. Perut Memulas 

Cili ada bahan aktif bernama Capsaicin. Bahan ni tak panas pun, tapi dia 'scam' sistem saraf anda. Ia aktifkan reseptor sakit (TRPV1) dalam perut—reseptor yang sama aktif kalau kita terkena api. 

Otak fikir: "Bahaya! Api!" -> Perut mengecut kuat -> Maka terjadilah drama memulas.

2. Pedih & Loya 

Capsaicin paksa perut keluarkan lebih banyak asid. Kalau perut anda kosong atau ada gastrik, asid ni akan 'makan' lapisan perut. Sebab itu rasa menyucuk, kembung, dan rasa nak muntah. 

3. Kenapa 'Emergency' ke Tandas?

Capsaicin buat usus bergerak laju (intestinal motility). Makanan bergerak laju sangat sampai air tak sempat diserap. 

Hasilnya? Najis jadi cair dan anda terpaksa pecut ke tandas. 

4. 'The Burning Ring of Fire' (Pedih Dubur)

Ini bahagian paling jujur. 

Capsaicin tak hancur sepenuhnya masa proses pencernaan. Bila ia keluar semula, reseptor sakit di 'sana' akan 'rasa' pedas tu buat kali kedua. 

Pedihnya lebih tajam, lebih lama, dan sangat sukar dilupakan.

Ayam gepuk pedas tak rosakkan perut secara kekal, tapi ia adalah 'stress test' untuk usus anda. 

Kalau setiap kali makan, setiap kali itulah anda kena 'menangis' dalam tandas, itu tandanya badan anda sedang bagi amaran.

SA boleh terima, tapi tolonglah jangan selalu.. Selalu SA bising kat Dania...dia adalah pencinta ayam gepuk...mana je ada ayam gepuk baru dia pasti akan cuba...SA ni x tahan kalau terlampau pedas...jenuh ke toilet je kang...dah tua- tua ni usus pun x berapa nak kuat..

Korang macam mana? suka makan pedas?

7 comments:

  1. Selalu juga makan. Tapi level yang biasa - biasa sahaja

    ReplyDelete
  2. Ana pun jenis x tahan mknk pedas.. level ana ni rsnya -5 sbb lidah cpt rasa pedas hehe

    ReplyDelete
  3. Sy jarang mkn ayam gepuk. Hata suka tp sekali skala je mkn =)

    ReplyDelete
  4. Makan pedas tapi sekarang pedas manja-manja je yang tahan. Tapi takde pedas tak kick. Jalan selamat yang pedas tapi perut tahan.

    ReplyDelete
  5. Sis orangnya tak berapa suka makan jenis menu gini.. termasuk nasi ambang.. sebab nasi putih hahahaha.. kadang tu dpt yang kering macam haper, makan tercekik, so kena laa gaul dengan sambal.. kena tak pedas tk ngam pulak, kalau pedas, takut cirit adeiii.. lebih suka kepada nasi goreng.. tapi nasi ayam Sis suka sebab nasinya biasa lembut, ada rasa..

    ReplyDelete
  6. Suka makan pedas tapi bukan gepuk² ni.. I mean masakan² kita jenis pedas² tu okey je tolerable. Tapi pedas sambal gepuk ni level lain kan.

    ReplyDelete
  7. Tak suka sangat. Sekali sekala boleh la makan. Kat Lipis ni ayam gepuk pak junid takde level kepedasan. Pernah makan pak gembus yang biasa pun pedas namatey.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......