Makan ayam gepuk pedas memang satu nikmat, tapi pernah tak anda rasa macam ada "perang" berlaku dalam perut sejurus lepas suapan terakhir?
Sebenarnya, apa yang berlaku bukan drama kosong. Ada sains yang sangat 'panas' di sebaliknya:
1. Perut Memulas
Cili ada bahan aktif bernama Capsaicin. Bahan ni tak panas pun, tapi dia 'scam' sistem saraf anda. Ia aktifkan reseptor sakit (TRPV1) dalam perut—reseptor yang sama aktif kalau kita terkena api.
Otak fikir: "Bahaya! Api!" -> Perut mengecut kuat -> Maka terjadilah drama memulas.
2. Pedih & Loya
Capsaicin paksa perut keluarkan lebih banyak asid. Kalau perut anda kosong atau ada gastrik, asid ni akan 'makan' lapisan perut. Sebab itu rasa menyucuk, kembung, dan rasa nak muntah.
3. Kenapa 'Emergency' ke Tandas?
Capsaicin buat usus bergerak laju (intestinal motility). Makanan bergerak laju sangat sampai air tak sempat diserap.
Hasilnya? Najis jadi cair dan anda terpaksa pecut ke tandas.
4. 'The Burning Ring of Fire' (Pedih Dubur)
Ini bahagian paling jujur.
Capsaicin tak hancur sepenuhnya masa proses pencernaan. Bila ia keluar semula, reseptor sakit di 'sana' akan 'rasa' pedas tu buat kali kedua.
Pedihnya lebih tajam, lebih lama, dan sangat sukar dilupakan.
Ayam gepuk pedas tak rosakkan perut secara kekal, tapi ia adalah 'stress test' untuk usus anda.
Kalau setiap kali makan, setiap kali itulah anda kena 'menangis' dalam tandas, itu tandanya badan anda sedang bagi amaran.
SA boleh terima, tapi tolonglah jangan selalu.. Selalu SA bising kat Dania...dia adalah pencinta ayam gepuk...mana je ada ayam gepuk baru dia pasti akan cuba...SA ni x tahan kalau terlampau pedas...jenuh ke toilet je kang...dah tua- tua ni usus pun x berapa nak kuat..
Korang macam mana? suka makan pedas?




Selalu juga makan. Tapi level yang biasa - biasa sahaja
ReplyDeleteAna pun jenis x tahan mknk pedas.. level ana ni rsnya -5 sbb lidah cpt rasa pedas hehe
ReplyDeleteSy jarang mkn ayam gepuk. Hata suka tp sekali skala je mkn =)
ReplyDeleteMakan pedas tapi sekarang pedas manja-manja je yang tahan. Tapi takde pedas tak kick. Jalan selamat yang pedas tapi perut tahan.
ReplyDeleteSis orangnya tak berapa suka makan jenis menu gini.. termasuk nasi ambang.. sebab nasi putih hahahaha.. kadang tu dpt yang kering macam haper, makan tercekik, so kena laa gaul dengan sambal.. kena tak pedas tk ngam pulak, kalau pedas, takut cirit adeiii.. lebih suka kepada nasi goreng.. tapi nasi ayam Sis suka sebab nasinya biasa lembut, ada rasa..
ReplyDeleteSuka makan pedas tapi bukan gepuk² ni.. I mean masakan² kita jenis pedas² tu okey je tolerable. Tapi pedas sambal gepuk ni level lain kan.
ReplyDeleteTak suka sangat. Sekali sekala boleh la makan. Kat Lipis ni ayam gepuk pak junid takde level kepedasan. Pernah makan pak gembus yang biasa pun pedas namatey.
ReplyDelete