Thursday, November 19, 2026

Resepi Sambal Belacan Style SA

 Assalamualaikum wrt...

Hi korang...

SA cuti hari ni...saje amik cuti dating ngan Encik Suami...kami sarapan berdua kat Kluang Railway Coffee..muahahaha...suka sangat buat kerja gila...tapi x cukup gila lagi...nanti SA share story ye..

Ni hari ni SA nak share ngan korang cara-cara buat sambal belacan style SA..tp kali ni SA guna air asam jawa walau ada letak limau kasturi gak..

Sambal belacan ni la yang SA bagi kat Ammi awal bulan lepas dan bagi pada PH baru ni...



Titipan buat PH


Resepi Sambal Belacan Style SA

Bahan-bahan:

3 batang cili merah besar

2 biji limau kasturi belah 2 buang bijinya

10 batang cili padi hijau

10 batang cili padi merah

Belacan secukupnya

Asam jawa

½ gelas air suam

1 sudu besar gula

Suku sudu besar garam kasar

Sedikit serbuk perasa (pilihan)


Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan (Kisar):

1. Bakar belacan seketika sehingga naik bau, tetapi jangan sampai hangus.

2. Bancuh asam jawa dengan ½ gelas air suam, ramas dan tapis.

3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.termasuk 2 biji limau kasturi

4. Kisar sehingga halus atau mengikut tekstur yang disukai.

5. Periksa rasa dan sesuaikan gula, garam atau air asam jawa jika perlu.

6. Sambal sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng atau ulam-ulaman.


P/S Kalau tumbuk guna lesung batu lagi best rasanya..dah tumbuk lumat campurkan dengan jus asam jawa atau perah limas kasturi..perasakan..dh siap!!


TIP SAMBAL BELACAN LEBIH BERAROMA

1. Bakar belacan terlebih dahulu. Cara ini membantu menyerlahkan aroma belacan dan menjadikan sambal lebih menyelerakan.

2. Gunakan air asam jawa suam. Air suam memudahkan pati asam jawa dikeluarkan dan membantu mengimbangi rasa pedas, masam serta masin.

Jika ada lebihan sambal, simpan dalam bekas bersih bertutup di dalam peti sejuk secepat mungkin. Kebersihan peralatan dan cara penyimpanan yang betul penting untuk menjaga kualiti sambal.


Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Fuhhhh sedap mencicah ulam ni SA. Nanti nak cuba la.

    ReplyDelete
  2. Tqsm SA. Sedap sambal belacan SA πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    PH baru up citer sambal belacan ni :D

    ReplyDelete
  3. Wow sedap ni sis. Tp tgk ni rasa mcm gatal plk hidung ni ha...Hahaha

    ReplyDelete
  4. Agak² bila giliran akakπŸ˜…πŸ˜…
    Antara limau kasturi dan asam.jawa mana lagi sedap?

    ReplyDelete
  5. Kak SA, belacan tu banyak mana..?jangan letak secukupnya...tak retiii hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Terliur nengok sambal belacan SA buat ni. Tadi dah baca kat blog PH jugak 🀀

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sambal belacan. Makan dengan nasi panas, telur dadar. Add on ayam goreng. Uishhh sedap.

    ReplyDelete
  8. Adoiii ni dpt plak timun ngn nasi paans² mmg terangkat laaa.... ikan masin lagi🀀🀀

    ReplyDelete
  9. Yeah... Sama lah cara kita buat sambal belacan. Ke sbb kito samo anak nogori.. Hehe... Makcik LeYa ajar lg nak lg sedap.. Potong kulit limau kasturi tu kecik2 masukkan dalam sambal belacan. Die lagi sedap bau nya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......