Assalamualaikum wrt...
Hi korang...
SA cuti hari ni...saje amik cuti dating ngan Encik Suami...kami sarapan berdua kat Kluang Railway Coffee..muahahaha...suka sangat buat kerja gila...tapi x cukup gila lagi...nanti SA share story ye..
Ni hari ni SA nak share ngan korang cara-cara buat sambal belacan style SA..tp kali ni SA guna air asam jawa walau ada letak limau kasturi gak..
Sambal belacan ni la yang SA bagi kat Ammi awal bulan lepas dan bagi pada PH baru ni...
Titipan buat PH
Resepi Sambal Belacan Style SA
Bahan-bahan:
3 batang cili merah besar
2 biji limau kasturi belah 2 buang bijinya
10 batang cili padi hijau
10 batang cili padi merah
Belacan secukupnya
Asam jawa
½ gelas air suam
1 sudu besar gula
Suku sudu besar garam kasar
Sedikit serbuk perasa (pilihan)
Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan (Kisar):
1. Bakar belacan seketika sehingga naik bau, tetapi jangan sampai hangus.
2. Bancuh asam jawa dengan ½ gelas air suam, ramas dan tapis.
3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.termasuk 2 biji limau kasturi
4. Kisar sehingga halus atau mengikut tekstur yang disukai.
5. Periksa rasa dan sesuaikan gula, garam atau air asam jawa jika perlu.
6. Sambal sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng atau ulam-ulaman.
P/S Kalau tumbuk guna lesung batu lagi best rasanya..dah tumbuk lumat campurkan dengan jus asam jawa atau perah limas kasturi..perasakan..dh siap!!
TIP SAMBAL BELACAN LEBIH BERAROMA
1. Bakar belacan terlebih dahulu. Cara ini membantu menyerlahkan aroma belacan dan menjadikan sambal lebih menyelerakan.
2. Gunakan air asam jawa suam. Air suam memudahkan pati asam jawa dikeluarkan dan membantu mengimbangi rasa pedas, masam serta masin.
Jika ada lebihan sambal, simpan dalam bekas bersih bertutup di dalam peti sejuk secepat mungkin. Kebersihan peralatan dan cara penyimpanan yang betul penting untuk menjaga kualiti sambal.
Selamat mencuba!






Fuhhhh sedap mencicah ulam ni SA. Nanti nak cuba la.
ReplyDeleteTqsm SA. Sedap sambal belacan SA ππ»ππ»ππ»
ReplyDeletePH baru up citer sambal belacan ni :D
Wow sedap ni sis. Tp tgk ni rasa mcm gatal plk hidung ni ha...Hahaha
ReplyDeleteAgak² bila giliran akakπ π
ReplyDeleteAntara limau kasturi dan asam.jawa mana lagi sedap?
Kak SA, belacan tu banyak mana..?jangan letak secukupnya...tak retiii hahahaha...
ReplyDeletetengok sambal je dah terliur
ReplyDeleteTerliur nengok sambal belacan SA buat ni. Tadi dah baca kat blog PH jugak π€€
ReplyDeleteSedapnya sambal belacan. Makan dengan nasi panas, telur dadar. Add on ayam goreng. Uishhh sedap.
ReplyDeleteAdoiii ni dpt plak timun ngn nasi paans² mmg terangkat laaa.... ikan masin lagiπ€€π€€
ReplyDeleteYeah... Sama lah cara kita buat sambal belacan. Ke sbb kito samo anak nogori.. Hehe... Makcik LeYa ajar lg nak lg sedap.. Potong kulit limau kasturi tu kecik2 masukkan dalam sambal belacan. Die lagi sedap bau nya
ReplyDelete