Assalamualaikum wrt..
Salam Jumaat yang barakah buat semua kawan-kawan.
Alhamdulillah, hari ini dimulakan dengan perasaan yang sangat tenang. Ada masanya kita memang perlukan rasa tenang yang sebegini hanya untuk menikmati suasana tanpa perlu tergesa-gesa. SA rasa happy sangat hari ini dapat sarapan nasi lemak daun pisang yang betul-betul "complete". Cukup segala syarat ada telur, kacang, timun. ikan bilis yang banyak, dan sambal yang kena dengan selera manis-manis masam pedas.. Ditambah pula dengan karipap kentang panas, memang puas hati..
Korang dah sarapan pagi ke? sarapan apa tu?
Karipap RM1 sebiji...
Macam biasa la Nescafe O bancuh sendiri less sugar
Ini baru nasi lemak..complete condiment nya...pedas pun pedas...
Pose 1 dengan nasi lemak
Muka happy dapat makan nasi lemak sedap dan complete
Namun, dalam kita menikmati ketenangan hari ini, terselit juga berita sedih yang menyentuh hati. Semalam, kami menerima khabar duka apabila ibu kepada dua orang rakan pejabat SA telah kembali ke rahmatullah semalam..
Kehilangan ibu adalah satu ujian yang sangat berat, SA turut berdukacita.. Sebagai rakan pejabat , SA mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan hari ini. Keluarga rakan-rakan SA ini diberikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa. Semoga roh Allahyarhamah kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ibu rakan-rakan SA. Semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan buat kita semua dan mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai setiap detik bersama orang tersayang.
Salam takziah buat rakan sekerja SA.









nasi lemak kalo kena ngan sambalnya mmg best...salam takziah utk opismate SA
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAlfatihah buat rakan SA atas pemergian ibunda.. ni nasi lemak original
ReplyDeleteSalam takziah buat rakan sekerja SA
ReplyDeleteSalam takziah untuk rakan2 SA, dan semoga nasi lemak yg sedap itu jadi mood booster utk SA
ReplyDeletesalam takziah utk kwn2 sepejabat SA.. salam jumaat almubarak utk SA..cute la gmbr yg happy face tu
ReplyDeleteSedap tu nasi lemak bubgkus daun pisang, nak nak pulak lengkap segala aksesorinya. Tengok gambar pun terasa memang betul² sedap.
ReplyDeleteSalam takziah buat sahabat² SA yg kehilangan ibu. Yang pernah mengalaminya sahaja faham perasaan yg sebenar.
Takziah buat rakan sekerja SA dan nampak happy SA makan nasi lemak tu ya.
ReplyDeleteSalam Takziah. Al-Fatihah.
ReplyDeleteSalam takziah buat kawan sepejabat akak
ReplyDeleteMy condolences.
ReplyDeleteDapat makan dgn tenang pun nikmat juga, alhamdulillah.
ReplyDeleteTakziah buat rakan² sekerja SA.
terliur pula tengok nasi lemak daun pisang petang2 ni kak...
ReplyDeletekehilangan paling takut,tapi semua orang akan laluinya..