Thursday, October 30, 2025

Brotherhood & Sisterhood di Dunia Pekerjaan

 Assalamualaikum WRT..

Kadang-kadang, semangat persaudaraan di tempat kerja bukan datang daripada ramai orang, tapi daripada diri sendiri. Sebagai seorang secretary yang sentiasa mengurus dan memberi, SA belajar bahawa tidak semua kebaikan akan dibalas namun itu tidak pernah bermakna ia sia-sia.

Dalam dunia pekerjaan, kita sering dengar tentang semangat brotherhood dan sisterhood, erti kebersamaan, tolong-menolong, dan sokongan sesama rakan sekerja. Tapi kadang-kadang, realitinya tak seindah yang kita bayangkan.

Sebagai seorang secretary, SA selalu berada di tengah-tengah bukan di atas, bukan juga di bawah. SA jadi orang yang mengurus, menyusun, mengingatkan dan memastikan semuanya berjalan lancar. Tapi ironinya, SA lah juga yang sering menjadi orang terakhir tahu sesuatu perkara. Ada mesyuarat yang SA bantu sediakan, tapi tak dijemput hadir. Ada keputusan penting yang SA taipkan, tapi tak diberi peluang untuk faham maknanya. Setiap kali ada majlis sambutan hari lahir, SA lah yang akan sibuk mencari hadiah, menempah makanan, menghias meja, dan memastikan semua gembira. SA suka lihat rakan-rakan tersenyum bila diraikan  sebab bagi SA, itu sebahagian kecil kebahagiaan di tempat kerja.

Tetapi!!

Apabila tiba hari lahir SA sendiri, semuanya senyap. Tiada kad, tiada ucapan, tiada siapa yang peduli.


Tahun pertama SA kecewa. Tahun kedua, SA masih berharap. Tahun ketiga, SA sudah berhenti menunggu dan berharap. Perasaan tu sukar nak digambarkan bukan sebab SA nak diraikan dengan besar-besaran, tapi kerana terasa tidak dihargai. SA yang selalu merancang untuk orang lain, tapi tak ada seorang pun terfikir untuk lakukan hal yang sama buat SA. Lama-kelamaan, rasa kecewa itu jadi biasa. SA belajar untuk tidak berharap, dan mula menerima bahawa tidak semua orang akan menghargai dengan cara yang sama.

Itulah pengalaman paling pahit yang pernah SA hadapi selama beberapa tahun...sekarang SA x kisah dan dah lali...

Kadang-kadang rasa macam terpinggir. Bila orang lain ada “circle” masing-masing, SA cuma berdiri di sisi, tersenyum sambil buat kerja. Tak ada “kawan baik” di pejabat, tapi ada tanggungjawab yang perlu disempurnakan dan itu dah cukup untuk SA teruskan hari SA. Janji kerja jalan....

Lama-kelamaan SA belajar sesuatu..

Brotherhood dan sisterhood bukan semestinya tentang jumlah kawan, tapi tentang cara kita melayan orang lain. Walaupun SA tidak punya geng yang rapat, SA masih boleh jadi seseorang yang menyebarkan kebaikan  bantu tanpa berkira, senyum walau penat, dan jadi tempat orang lain bergantung bila mereka perlukan.

Mungkin SA bukan sebahagian daripada “inner circle”, tapi SA masih boleh jadi orang yang mencipta suasana positif. Dalam diam, SA belajar bahawa persaudaraan di tempat kerja tidak semestinya tentang siapa bersama kita, tapi siapa kita pilih untuk jadi setiap hari

Belajar Menghargai Diri Sendiri

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari siapa yang akan memahami kita, sampai kita lupa kita pun boleh jadi orang yang memahami. Brotherhood dan sisterhood bukan selalu datang dari luar, kadang-kadang ia bermula dalam diri sendiri.


Bila kita belajar menghargai diri, bekerja dengan ikhlas, dan menyebarkan kebaikan tanpa mengharapkan balasan, lambat-laun orang akan nampak nilai itu. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti.

Dan pada waktu itu, kita akan sedar walaupun perjalanan ini sunyi, kita tetap tak kalah. Sebab kita belajar untuk kuat dengan cara yang lembut, dan belajar untuk berdiri dengan cara yang tenang.

Ada hari-hari SA masih rasa sunyi. Tapi SA belajar untuk mencari makna dalam apa yang SA buat  bukan dalam penghargaan orang lain, tapi dalam keikhlasan diri sendiri. 

Brotherhood dan sisterhood bukan sekadar hubungan sesama manusia, tapi cerminan hati kita sendiri. Bila kita tetap memilih untuk berbuat baik, walau pernah dikecewakan, itu tanda kekuatan yang sebenar.

SA mungkin tidak diraikan, tapi SA tahu nilai diri SA tidak bergantung pada siapa yang ingat atau siapa yang lupa.

Kerana akhirnya, SA belajar.. kasih, keikhlasan, dan kebaikan yang datang dari hati, tak pernah sia-sia


Bekal SA Semalam

Assalamualaikum...

Semalam SA awak bekal, itupun ada leftover ikan baung tu 4 ketul, 2 ketul SA bawak pi kerja..gambar dah ambil tapi tu la..tak tau semalam kenapa x up entry...so kita up la hari ni ye...kira aci la...walau semalam dah lama berlalu...hahaha...



Nasi sesenduk lebih skit


2 ketul isi ikan baung...


Semalam beli tauhu bergedil ni kat KL Sentral...tapi...xsedap...


Semalam pukul 12.30pm SA dah makan dah...pukul 1 ingat nak terus pi surau...lepas tu perut rasa penuh plak...ngantuk plak lagi...1.45pm  baru SA pi solat...hahaha...lagipun pergi awal ramai..kena beratur tunggu giliran..SA pi lambat sikit so takde la ramai sangat...dah banyak kali dah SA kena..pergi awal surau yang kecik tu penuh..kena tunggu atau balik semula ke tempat...nasib baik surau memang ada di setiap floor...

Hari ni korang makan apa tu.....

Sihat Betul Lunch Hari Ni...

Assalamualaikum WRT...

Ni la lunch SA hari ni...sandwich Wanpaku Telur....Kawan office open order...so SA pun masuk la order...lately malas kan bawak bekal...semalam je SA bawak bekal lunch...itupun sebab ada lauk left over Masak Lemak Cili Api Ikan Baung tu..kalau tak...memang xde la nak bawak bekal..Ntah bila SA nak mula bawak bekal secara konsisten semula agaknya...kalau SA x bawak bekal automatik suami pun xde bekal kan...kesian plak kat suami...next week kena start semula la kot..SA nak mulakan dengan ceasar salad la...


order dari sini


Sandwich WanpakuTelur


Siap ada sos dia ni...

Buat masa ni SA tengah kenyang...

Lepas solat Zohor la SA makan sambil- sambil buat kerja...

Sarapan pagi tadi SA makan mee goreng dan beli air nescafe O panas je...gambar amik...tapi x share..hahaha...karang la kalau free....

 


Siapa Yang Kirim Salam Kat SA Melalui Suami?

 Conversation Dengan En Suami 2 minggu lepas..baru teringat nak jadikan entry hari ni...


Assalamualaikum...

Last week ke last 2 week suami ada whatsaap SA..

Suami : Sayang...ada orang kirim salam dengan you...

Me : Haaa...siapa ?

Suami : Nama dia Rozie..

Me: Siapa tu? x kenal la...

Suami: I tanya cik siapa, dia kata nama dia Rozie..dia tanya i suami you kan..suriaamanda. Nama dia Rozie, your blog reader rasanya...

Me: Alamak..siapa seyh.....

Haaa....siapa blog reader SA nama dia Rozie erk...kerja kat Putrajaya...x tau la satu building dengan suami SA atau office dekat- dekat situ and kebetulan terjumpa suami SA...habis la suami SA..dah ada yang kenal dia plak kan...hahahaha....siapa pun empunya nama Rozie...terima kasih sampai kan salam kat suami SA...waalaikumsalam....

Next 22hb SA akan berada di Putrajaya bersempena dengan Family Day Fiesta Malakoff...sesiapa nak jumpa SA boleh la cari SA kat sana...hahaha...bajet artis plak..


Dania Melawat Projek Tanaman Rumput Napier Dan Ternakan Burung Puyuh Di Rembau

Assalamualaikum WRT...

SA dapat gambar dari Dania...Hari Isnin Dania dan kawan- kawan ke lawatan Projek Napier dan Projek ternakan Burung Puyuh di Roscorn Agrofarm di Kg Legung Ulu, Kota, Rembau untuk report akhir untuk assignment katanya. Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Usahawan Tani (Projek Tanaman Rumput Napier) dilaksanakan oleh Roscorn Agrofarm dan projek ini merupakan projek dibawah Kementerian Ekonomi.

First Dania dan kawan- kawan melawat projek tanaman rumput Napier. Kalau korang nak tau..Rumput napier, juga dikenali sebagai rumput gajah, adalah sejenis rumput tropika dari Afrika yang banyak ditanam di kawasan tropika kerana ia mampu menghasilkan hasil yang tinggi sebagai makanan ternakan. Ia tumbuh berumpun tinggi, tegap, dan mempunyai batang yang mudah membiak melalui umbisi dan berakar serabut. Rumput ini berpotensi mengurangkan kos makanan ternakan kerana pengeluarannya yang tinggi. 



penerangan oleh pegawai yang bertugas



Ni kawasan ladang dia...luas betul


Menurut Dania, kawasan tanaman rumput Napier ni lebih kurang 30 ekar besarnya..



Terdapat kolam ikan tilapia juga


Cuaca panas ye...


Ada ternakan kerbau juga


sipi2 je dia tinjau




bergambar dengan kawan- kawan


seterusnya mereka ke Projek Ternakan Burung Puyuh. Usahawan burung puyuh ini turut mengusahakan perniagaan burung puyuh frozen..
 

mak aiii...banyaknya...kecik2 je semuanya..Dania tanya pengusaha tu bila diorang ni akan senyap sebab bising..owner projek kata burung puyuh ni takkan senyap...diorang senyap bila capai umur dewasa..ada bahagian puyuh yang berumur 32 hari lagi senyap dan xde bunyi langsung..



tempat minum air


Yang ni umur 10 hari


yang ni 22hari



Ni puyuh yang abru berumur 2 hari


comelnyaaaa...


burung puyuh ni kena duduk bawah haba yang panas dalam bulatan macam ni


So puyuh akan start disembelih apabila mencapai umur 35 hari, kat sini pun di jual pelbagai product sejuk beku...

Ternakan burung puyuh sememangnya mempunyai potensi besar dalam membantu meningkatkan ekonomi pendapatan rakyat, terutamanya bagi usahawan kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar. Ini kerana ternakan burung puyuh tidak memerlukan masa yang lama untuk menuai hasil. Burung puyuh frozen juga mempunyai banyak permintaan dia seluruh negara.

Bagusnya Ternakan Burung Puyuh kerana

1. Kos Permulaan yang Rendah
  • Modal permulaan untuk menternak burung puyuh lebih rendah berbanding ayam atau itik.
  • Kos asas termasuk:
  • Pembelian anak puyuh (sekitar RM1.00–RM1.50 seekor)
  • Sangkar, bekas makanan & minuman, dan makanan ternakan.
  • Dengan modal RM3,000–RM5,000, seseorang boleh memulakan ladang kecil 500–1,000 ekor.

2. Pulangan yang Cepat
  • Burung puyuh membesar dengan cepat:
  • Puyuh pedaging boleh dijual dalam 5–6 minggu.
  • Puyuh betina mula bertelur pada usia 6–7 minggu.
  • Seekor puyuh boleh menghasilkan 250–300 biji telur setahun.
  • Ini memberi kitaran tunai yang cepat, penting untuk petani kecil.

3. Potensi Pasaran yang Kukuh
  • Permintaan tinggi di Malaysia bagi:
  • Telur puyuh (untuk restoran, pasar tani, produk jeruk, dan kuih tradisional)
  • Daging puyuh (dalam pasaran segar dan restoran)

Harga pasaran:
  • Telur puyuh: RM0.20–RM0.25 sebiji
  • Daging puyuh: RM2.50–RM3.50 seekor (bergantung kepada saiz dan lokasi)
  • Jika 1,000 ekor menghasilkan 700 biji telur sehari:
  • 700 × RM0.20 = RM140 sehari, atau kira-kira RM4,000 sebulan (sebelum tolak kos).

 4. Peluang Nilai Tambah

Usahawan boleh menambah nilai melalui:
  • Telur puyuh masin, jeruk, atau rebus siap bungkus.
  • Daging puyuh goreng sejuk beku.
  • Baja organik dari najis puyuh.

Ini bukan sahaja menambah margin keuntungan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dalam pemprosesan dan pembungkusan.

5. Kesan Sosioekonomi
  • Membantu mengurangkan pengangguran luar bandar dengan projek berskala kecil.
  • Meningkatkan pendapatan isi rumah B40 dan petani muda.
  • Sesuai digabungkan dalam program kerajaan seperti:
            Agropreneur Muda (MOA)
            Projek Pertanian Bandar
            Skim Pembangunan Ternakan Kecil (DVS)

6. Cabaran yang Perlu Dihadapi
  • Ketidakstabilan harga makanan ternakan.
  • Penyakit dan kebersihan reban.
  • Kekangan pasaran jika tiada rangkaian jualan tetap.
  • Perlu pengurusan rekod dan pemasaran digital yang baik.

Ternakan burung puyuh berpotensi besar membantu ekonomi rakyat, terutama sebagai:
  • Sumber pendapatan tambahan atau utama bagi usahawan kecil.
  • Projek keusahawanan desa dengan pulangan cepat.
  • Komponen penting dalam ekonomi makanan tempatan (food security).

Dengan bimbingan teknikal, latihan pemasaran, dan rangkaian jualan yang baik, industri puyuh boleh berkembang menjadi sektor berimpak tinggi seperti ayam kampung atau ikan keli pada masa dahulu. 

Bagus jugak course Business Management in Agroscience ni erk..mana la tau kalau Dania nak meniaga plak lepas ni..banyak aje peluang perniagaan dalam IKS yang menjadi pilihan masyarakat setempat..antaranya ternakan burung puyuh ni la..modal yang kecil dan ada permintaan yang tinggi...Burung puyuh pun merupakan menu yang menjadi kesukaan ramai, x kira di kedai makan, gerai makan mahupun di hotel- hotel..

Siapa suka makan burung puyuh?

SA suka....kalau dapat salai....masak lemak cili api...campur plak bacang ke, pucuk ubi ke...huiiiii...sodap..burung puyuh salai pun antara makanan favourite arwah Mak SA.....kalau pergi pasar tani memang akan beli. Sekarang dah x murah ye...dulu seekor RM3.50 siap salai depan mata kita..sekarang SA x tau la harganya berapa...


Wednesday, October 29, 2025

WW~ Kucing- Kucing Adik

Assalamualaikum WRT...

Ini kucing2 adik SA yang no 4
Dia memang pencinta kucing..tengok la semua kaler oyen ni....memang kena kurung dalam sangkar..sesekali je lepaskan...



Kucing dia pandai salam ye...


Tak ingat plak nama kucing ni semua...


Sempat SA amik video masa SA datang tengok diorang...

Pandai sangat salam mama....


Late Lunch Di MyViets Seremban Gateway...

Assalamualaikum...

Balik dari kenduri tu, kami x terus balik rumah...adik bongsu terus balik Bangi, SA 3 beranak terus ke Mydin Seremban 2 sebab Dania nak beli tudung untuk dinner hari Jumaat ni...SA pun terjebak beli Tunic dan shawl 2 helai...padahal x reti pakai shawl ni...saje la beli dan boleh la cuba- cuba belajar pakai...tengok tutorial macam senang, bila sendiri pakai awatlah susah sangat...sudahnya...pakai bawal aje la...

SA lapar tapi nak makan di MyViets...teringat pho bo dia yang sedap...masa kami masuk pun orang tak de..lepas masuk tetiba ada orang masuk...selalu macam tu...cara orader kat sini guna QR laa....














Dia ni memang suka la makan kat luar


Mamat ni sakit perut


Minuman kami...Vietnamese Lemon Tea, Peach Flower Tea dan Ais Kosong


SA nyer menu Soy Noodle Delights...


Close up sup daging dia...sedap betul




ciput jer SA x nampak ayam nyer pun...tp tengok suami makan sedap aje


Soy Noodle tenderloin untuk Dania



Pose sekeping kat sini..

Total damage kami 3 beranak makan kat sini RM70++, x ingat...resit dah buang plak...tapi segar la lepas pekena soup daging tu...sedap sup dia...nanti boleh la repeat makan kat sini lagi kalau tekak nak makan sup- sup ni...cadang nak makan pho bo..sudahnya masuk- masuk terus jadi lain ordernya...memang selalu cam tu kan...sebelum sampai dah set dah nak makan apa...bila dah sampai terus tukar menu lain....sabar aje la...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah