Sunday, November 2, 2025

Bila Mati Rasa...

Credit gambar dari FB


"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.

Dia tak mengamuk.

Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.

Dia cuma diam…

Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."

Dia tak balas.

Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.

Bila kau tipu dia, dia senyum.

Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.

Tapi dalam diam tu…

dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.

Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.

Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.

Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.

Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.

Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.

Tanpa drama.

Tanpa babak air mata.

Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…

Dah tak tanya makan apa.

Dah tak tegur bila kau online tengah malam.

Dah tak risau bila kau hilang…


Waktu tu baru kau tahu…


Kau tak kehilangan kawan..

Kau kehilangan tempat paling selamat yang pernah wujud dalam hidup kau.

Dia bukan sempurna.

Tapi dia jujur.

Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…

bukan marah yang tinggal.

Tapi jarak.

Dan jarak tu…

Tak ada siapa boleh isi balik.

Sebab bila dia pilih untuk pergi…

itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.

Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…Akhirnya jadi orang yang paling jauh.

Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…

Bukan bila seseorang itu mati.

Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…

Tiba-tiba diam.

Dan kau tahu dalam hati…

Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.


Kredit: Penulis asal


10 comments:

  1. Saya pernah rasa macam ni. Berbulan-bulan nak sembuh juga. Sakit giler dalam hati, Tuhan je yang tahu. Sekarang dah ok. Allah jentik hati, untuk sandar pada Dia je, bukan pada manusia. Padan muka orang yang buat kita ni. Rugi pada dia. Kita tak rugi apa pun, percayalah. Kena kembali ke jalan Allah juga, baru hilang segala sakit. Apa pun yang SA hadapi sekarang, saya doakan SA terus kuat untuk hadapinya. Hugss... 🤗

    ReplyDelete
  2. Rugi kalau kehilangan teman yg seperti ini. Krn selalunya mereka lah yg lebih care tanpa banyak drama2

    ReplyDelete
  3. tawar hati jangan dibuat main.. betul2 dia dah tak ambil peduli dah

    ReplyDelete
  4. Kehilangan yang tiada gantinya kerana sukar berjumpa dengan kawan seperti itu. Apa pun semuga kita tidak memperlakukan kawan seperti itu. Jujur dan ikhlas dalam persahabatan.

    ReplyDelete
  5. sbb kita semua ada perasaan dan emosi...

    ReplyDelete
  6. Sebab tu, Linda kurang nak berBFF sangat... Risau jadi macam nie..kawan biasa² je semuanya

    ReplyDelete
  7. Terkadang keikhlasan disalah erti, baik lah lari.

    ReplyDelete
  8. Ammi nampak situasi ni dalam perkahwinan kakak ipar ammi. Dia baik je di pandangan mata ammi, dan suami dia pun baik. Tapi entahlah, dibelakang tabir bila hanya mereka anak-beranak apa yang berlaku. Sekarang ni nak nampak SIL panggil nama suaminya pun tak pernah. Kalau menyiapkan makanan, dia hidang semua atas meja pastu gitu jelah. Takde ayat macam dulu2, "jom makan ke apa". Semoga yang terbaiklah buat mereka.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah