Assalamualaikum wrt...
Bila tiba bulan puasa, antara perkara yang selalu bermain di fikiran ialah apa yang sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa atau moreh. Kadang-kadang kita tak mahu sesuatu yang terlalu berat, tapi tetap teringin pencuci mulut yang manis dan menyenangkan.
Di sinilah Cheesekut jadi pilihan yang sangat sesuai. Dessert ini bukan sahaja mudah dibuat, malah rasanya lembut, berkrim dan cukup memuaskan selepas seharian berpuasa. Ia juga sesuai dijadikan hidangan santai ketika moreh bersama keluarga. Anak dara SA ni rajin pulak lately ni..so semalam Dania buat Cheesekut ni sendiri....first time dia buat sendiri ni....kalau dulu nak makan cheesekut samada order kat kedai atau suruh Mak Yang dia yang buat...nak suruh SA yang buat? masak lauk pandai la SA....buat dessert ni erm....SA angkat tangan awal- awal..
Ada hari-hari tertentu bila kita teringin sesuatu yang manis, lembut, dan menenangkan jiwa..tapi pada masa yang sama kita tak mahu sesuatu yang terlalu rumit untuk dibuat.
Itulah yang berlaku bila Dania pertama kali cuba buat cheesekut ini. Dessert yang nampak ringkas, tapi rasanya boleh buat orang minta tambah. Yang paling best, bahan-bahannya sangat mudah dan tak perlu oven pun.
Dania menggunakan biskut klasik yang hampir semua rumah di Malaysia pernah ada iaitu Hup Seng Cream Crackers. Gabungan rasa masin ringan dari biskut dengan krim keju yang manis memang seimbang.
siap buat info grafik ha...hahahaha
Resepi cheesekut Nestum yang gebu dan lazat hanya memerlukan 5 bahan asas tanpa perlu dibakar. Campurkan 250g cream cheese, 1/2 tin susu pekat, dan sedikit susu segar, kemudian selang-selikan dengan biskut cream crackers yang dicelup susu dan taburan Nestum. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum dihidang.
Bahan-bahan:
- 250g Cream Cheese (cth: Tatura/Philadelphia)
- 1/2 tin Susu Pekat Manis (atau secukup rasa)
- 1 kotak kecil Susu Segar (Full Cream)
- 1 paket Biskut Cream Crackers (Hup Seng) - Dania guna 5 packet kecil
- Nestum Original (secukupnya untuk lapisan & topping)
Cara Membuat:
Adunan Cheese: Pukul cream cheese dan susu pekat manis sehingga sebati dan gebu. Anda boleh menggunakan mixer atau pengisar (blender).
Sediakan Biskut: Celup biskut cream crackers ke dalam susu segar sekejap sahaja supaya tidak terlalu lembik, kemudian susun dalam bekas.
Lapiskan: Sapukan adunan cheese di atas biskut, ratakan. Taburkan Nestum di atas lapisan cheese.
Ulang: Ulang proses (biskut -> cheese -> Nestum) sehingga adunan habis. Pastikan lapisan paling atas ialah adunan cheese dan taburkan Nestum dengan banyak.
Sejukkan: Tutup bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk (bahagian chiller) selama sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
Hasilnya....
Bila dipotong, lapisan biskut dan krim kelihatan cantik tersusun. Teksturnya pula lembut, creamy dan sedikit rangup dari biskut.Setiap suapan ada keseimbangan rasa manis, berkrim dan sedikit masin dari Cream Crackers.
Kadang-kadang kebahagiaan kecil di dapur datang daripada resipi yang paling ringkas. Cheesekut ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga mampu menceriakan suasana ketika berbuka puasa atau moreh bersama keluarga.
Jika korang sedang mencari dessert yang cepat, sedap dan tidak memerlukan banyak bahan, mungkin inilah masanya untuk cuba membuat Cheesekut di rumah.
Siapa tahu, mungkin selepas ini cheesekut ini juga akan menjadi antara dessert kegemaran di meja berbuka dan moreh korang? so korang boleh la cuba....simple la buat yang first time buat...tapi jangan suruh SA buat...SA memang failed even dah ada resepi dan langkah- langkah macam infografik tu ha....










Pernah buat sekali..memang sedap lah..yang ni memang tak kan failed rasanya..semua boleh buat..tapi, kan..malas nya nak buat lagi.. hahaha..makan sejuk² memang sedap
ReplyDeletesedapnya ...makan pula sejuk sejuk
ReplyDeleteSedapnya makan sejuk2. Pernah juga buat dulu.
ReplyDeleteDulu masa sy first time buat manisss sangat haha.... Lepas tu sy buat tak letak susu pekat dah... Nestum tu pun lapisan atas je sy letak... Cheesekut nie senang nak buat kalau nak belajar buat dessert... Lepas ni boleh explore topping lain pula… mungkin Milo ke, Biscoff ke 😉
ReplyDeletesedapnya kak tapi saya dah tgglkan benda manis buat sementara waktu..sebab nak trnkan berat badan..huhu
ReplyDeleterajin dania ke dapur.. bagus anak dara ni... nnt buat utk raya pun mudah dan sedap ni, potong siap2 letak dlm papercup, bila tetamu dtg br hidang.. hehe
ReplyDeletefav my boys ni...sedapnya dania buat!
ReplyDeletelama tk buat cheesekut
ReplyDeletepernah buat dulu... bahayaaaaaa sbb sgt sedap dan susah nak berhenti hahaaha
ReplyDeleterasanya 10 tahun lepas kot resepi ni viral. sana sini orang dok buat cheesekut
ReplyDeleteBiskut Hup Seng ni memang standby kat rumah. Kalau nak makan simple cecah dengan air kopi panas.
ReplyDeleteWa....air tangan anak dara ..mesti sedap nih
ReplyDeleteIni saya pernah buat dulu. Memang sedaaap. Tapi biskuitnya saya pakai Mary regal. Issh, jadi teringin nak buat lagi.
ReplyDeleteKalau di sini sedang viral japanese cheesecake kak. Cuma 2 bahan saja 😄😄.
Jadi cari yoghurt plain atau strawberry. Lalu letak di dalam biskuit lotus biscoff. Letak agak banyak. Posisinya berdiri atau vertikal. Tutup lagi yoghurtnya.
Masukkan kulkas atau peti sejuk minimal 8 jam. Baru dimakan. I like 😄😄👍. Kenyang sangat.
sedapnyaaa! lama tak makan cheesekut
ReplyDeleteBagus lah Dania... dah level up dessert pulak.
ReplyDeleteCheesekut ni sedap sebab kurang manis.
Cheesekut paling mudah nak buat .. CCL suka buat cheesekut dari kek ..
ReplyDelete