Wednesday, May 6, 2026

Singgah Di Joe Warung Mee Calong & Keropok Beserah, Kuantan

Assalamualaikum wrt....

Lepas kami shopping keropok kat Beserah masa last day di Kuantan, SA ajak suami singgah pekena Mee Calong dulu sebelum balik Seremban...suami SA ru kan..bila last day je dia mula la sesdih nak tinggalkan Kuantan...hahaha...macam la x leh datang lagi...kata Kampung Angkat kan...bukan jauh pun..2 jam lebih je dari Seremban kot...

So singgahlah kami di Warung Mee Calong & Keropok Beserah. Warung ni tepi jalan je..ada pelbagai menu kat sini...SA purposely nak makan Mee Calong..sebab SA masih kenyang sarapan kat hotel pagi tu..then suami makan nasi...Nasi Kukus Ayam Berempah...


Kami singgah sini..waktu perniagaan ada tertera kat signboard tu ye


SA amik mee calong special


Suami makan Nasi kukus Ayam berempah


Ayam tu digoreng panas-panas


Suami cakap pedas giler


Kuah cili ke sos khas untuk mee calong


Nescafe ais dan teh o ais...eh SA lupa SA minum air apa...hahahaha


Berhati- hati makan...panas menggelegak lagi masa mee ni sampai kat SA


Jemput makannnn...

 

Kenapa di panggil Mee Calong?

Rupanya ...Mee calong mendapat namanya daripada kebiasaan masyarakat di kawasan Pantai Timur, terutamanya di Beserah, Pahang, yang memanggil hidangan mi bersup ikan sebagai "calong". Mi calong menggunakan isi ikan segar yang direbus kemudian dilumatkan supaya halus. Selepas itu isi ikan dicampur tepung jagung supaya tidak relai sebelum direbus. Mi calong enak dinikmati bersama sos yang turut dimasak sendiri.

Berikut adalah beberapa punca atau asal usul nama mee calong berdasarkan info 

Makanan Ikonik Beserah: Ia merupakan juadah khas warisan masyarakat pesisir pantai 

Beserah.Bebola Ikan (Calong): Salah satu bahan utamanya ialah bebola ikan yang dibuat daripada ikan segar seperti ikan tenggiri, selayang, atau parang. Istilah "calong" itu sendiri sering dikaitkan dengan bebola ikan atau cara penyediaannya di kawasan tersebut.

Sejarah Warung: Terdapat kisah di mana nama ini sinonim dengan warung-warung kecil yang menjual mi sup ini, termasuklah kisah seorang wanita bernama Mak Cik Kiah yang mempopularkannya di Beserah.

Ringkasnya, mee calong adalah mi kuning (atau kadang-kadang mi hoon) yang dihidangkan dengan sup ikan dan bebola ikan (calong), menghasilkan sup yang manis dan menyegarkan.

itu info yang SA dapat dari AI Gemini.


Pandangan SA tentang Mee Calong?

Unik dan sedap sangat...cuma masa SA makan ni..SA lupa nak suruh staff warung tu tukar bihun kepada mee kuning sebab SA kalau makan mee sup ni mesti nak mee kuning...bihun macam x cukup..yang SA dapat tu campur bihun dan mee kuning...makan pun kena berhati- hati sebab panas giler..melocot lidah dibuatnya..

So SA dah rasa Mee Calong...lepas ni nak cuba apa plak lagi agaknya....

Lepas makan tu..isi minyak kat Petronas lepas tu kami terus balik Seremban..by 6pm sampai Seremban sebab jalan santai- santai dan jammed skit kat Kuala Pilah hala ke Seremban..

10 comments:

  1. Kiranya tekstur dia macam mee sup lah kan cuma kat tempat nya, mereka sebut mee calong dan diperbuat dari isi ikan.

    ReplyDelete
  2. pernh mkn sini juga mee calong time tu ada family day kt kuantan

    ReplyDelete
  3. First time saya dengar mee calong. Menarik ni

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap.. Betullah macam mee sup la kan. Tiba2 teringin nk makn mi sup lak dekt pekan ada yg sedap

    ReplyDelete
  5. eish..terus teringat ada cerita hantu ni... ada warung gerai me calung.. dan owner nya pun hantu dalam cerita tu..padahal sama2 dia duduk bercerita kisah pasal hantu.. tak ingat la tajuk nya apa...lama dah cerita nya

    ReplyDelete
  6. Blm coba mie calong , dan memang teringin kalau jumpa 😍😍😍.

    Tapi yg dipesan suami kakak, tuh pun nampak menggoda. Apalagi pedas kan 😍😍. Memang makin lahap saya makannya

    ReplyDelete
  7. lamanya tak makan mi calong ni. di kuantan je ada.

    ReplyDelete
  8. pestime juga dengar mi calong ni. sup dia base dari ikan rupanya :D okay ni kena try if datang kuantan nanti!

    ReplyDelete
  9. 1st time dgr nama mee calong...emm tak de lah rasanya food ni kat kelantan

    ReplyDelete
  10. sama ngan sis MZ, 1st dgr mee calong ni...mcm cedap je nampak tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah