Friday, September 25, 2026

Melawat Muzium Negeri Terengganu & Terjumpa Blogger Ujie Titian Perjalanan

Assalamualaikum wrt...

Selepas memborong di pasar Payang kami 4 beranak teruskan perjalanan..sementara tu SA tanya semua lapar tak? Kalau tak lapar boleh la kita pi melawat tempat lain..so sebulat suara cakap tak lapar so SA terus ajak ke Muzium Negeri Terengganu..dalam otak SA tetap lah ingat alaaa...muzium biasa macam muzium kat negeri- negeri lain ni..

Eh salah ye...Muzium kat sini sanagt luar biasa..macam istana lama di Indonesia...binaan dia..besarnya..eh semuanya la mengagumkan...ini kalau buat photoshoot wedding cantik ni...macam berada di zaman kerajaan Majapahit..hahaha..pepandai je SA..kalau nak tau kat situ pun boleh buat majlis perkahwinan ye..ada dewan disediakan..dan memang ada majlis perkahwinan kat situ masa SA sampai...mesti wedding orang have- have..parking semua penuh...

Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong, Kuala Terengganu adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi kawasan seluas 27 hektar. Reka bentuk berdasarkan inspirasi istana lama Terengganu serta rumah tradisional Melayu. Ia menempatkan muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, taman botani, dan taman ulam. Turut mempamerkan tekstil, senjata tradisional, seni Islam, serta galeri interaktif baharu iaitu Ujana Tenaga (transformasi daripada Galeri Petroleum). Konsep Rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu diilhamkan oleh Yang Mulia Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah. Tiga pertimbangan utama telah dibuat di dalam merealisasikan rekabentuk bangunan utama Kompleks Muzium Negeri Terengganu.



Depan tu ada Kampung Budaya Terengganu...kami x masuk pun sebab macam x cukup masa


Tadaaaa...menjerit kami dalam kereta sebab rasa kagum sangat dengan Muzium ni...


Binaan nyer yang tinggi, besar dan mengasyikkan

Kat tepi sebelah kanan SA ni ada dipamerkan kereta- kereta lama dan keretapi lama..memang cantik la keretapi tu kalau nak bergambar..tapi panasss...SA dah ebrpeluh-peuh masa ni..mekap pun dah cair..



Suami yang minat kereta lama Merc ni..dan pernah ada 1 ke 2 ntah lebih kurang macam ni..model lain la..masa dia ngorat SA dulu pakai kereta Merc model lama la...dah jual dah kereta tu yang dia namakan Claudia kot...



Haaaa....cantiknyaaaa


nampak macam x panas..tapi panas yeee....


Kena paksa bergambar kat sini tanda dah sampai kan


tengok la PZ tu


Bahagian bawah tu ada majlis perkahwinan..


Selfie satu


Boleh tahan gak ramai orang


Kaunter tiket


Harga tiket RM5 untuk dewasa


SA masih rasa kagum masa ni...memang banyak amik gambar Muzium 


Selfie ngan suami


Nyesal pakai warna hitam..panehhh...


Ala-ala photoshoot la..



candid..PZ tengah minum 100 plus


Gambar Dania dan Atok


Jom masuk muzium


Cantik kan?


Replika jam gajah




Bahagian bawah ni banyak pameran bahagian tekstil..masa ni la kita nak mengenal jenis- jenis tekstil lama, tradisional dan tekstil yang diperbuat dari bahan- bahan semulajadi..bila baca macam x percaya pun ada...







Cop batik





Then SA naik ke tingkat atas..naik tangga ye....termengah- mengah SA masa ni...suami cakap mana la lift...hahahaha...lift ada tapi ada tertulis untuk kegunaan kakitangan je...so naik la tangga...lantak la sakit lutut..Dania dah hilang..PZ pun dah hilang..rupanya PZ x nak naik..x terdaya katanya..dia duduk kat bawah dan melawat pameran kat bawah aje..


Tiba-tiba!!!

Assalamualaikum!!! sapaan dari seseorang...SA masa tu terkejut..SA jawab salam dan tanya Siapa ni ye? Eh..dia tanya ni SA kan....SA cakap la ye...siapa ni..Saya Ujie katanya...haaa..terjerit SA...tak sangka terjumpa Ujie dari Blog Titian Perjalanan kat sini...ya allah.....berkali- kali SA ucap terima kasih sebab tegur...kalau nak harap SA yang tegur memang SA x kenal la empunya nama Ujie ni...Alhamdulillah berjumpa jugak kami akhirnya....Syukur ke hadrat allah swt.....dipertemukan secara tidak sengaja....Terima kasih banyak Ujie sebab cam muka SA dan sudi menegur. Betullah orang kata, silaturahim di alam maya itu indah, tapi bila dapat bertemu empat mata, manisnya berganda-ganda..

Berborak la kami sekejap dalam 10 minit macam tu..sempatkan kenalkan suami masing- masing...


Gambar ni dari hp SA..abaikan muka mekap dah cair tu...SA tanya Ujie boleh post ke gambar kat blog?
Ujie senyum je dan macam berat nak jawab so SA faham, kita tampal sticker gambar Ujie ye..sebab tau Ujie memang x expose wajah di blog


Ni dari hp Ujie..kalau nak tau kami berdua ni sebaya...

One more untuk kenangan...Pertemuan yang serba singkat di Muzium Negeri Terengganu ni memang jadi kenangan manis buat SA. Rasa bertuah sangat bila Allah temukan dua sahabat yang selama ni hanya bertegur sapa di ruangan blog..


Sungguh, perancangan Allah itu yang terbaik. Moment terjumpa Ujie ni terus buat hilang rasa penat dan panas seharian melawat muzium. Bertuah sangat rasa hati ni, daripada ribuan pengunjung, siapa sangka, niat asal nak melawat muzium je, tapi alhamdulillah dikurniakan rezeki dapat bertatap muka dengan Ujie. Bertuah sangat rasa diri ni sebab kalau bukan Ujie yang manis menegur, memang SA tak perasan! Terima kasih Ujie sebab sudi tegur SA. Semoga ukhwah yang terjalin mesra di alam maya ini berpanjangan dan insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi di lain kali!Kalau balik NS bagi tau ye..mana tau boleh pi makan- makan ke..no HP dah simpan kan....

Entry ni belum habis ye..gambar banyak sangat...nanti SA share entry part 2...jumpa next entry...


14 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki berjumpa dgn kak Ujie kat sini. Nasib dia kenal SA kan. Agaknya kalau kak Ujie jumpa saya kat luar mungkin tak cam sbb dlm blog post gambar muka senyum je, tapi klu tak senyum org selalu igt muka sombong! 🤣

    Menarik betul muzium Terengganu ni. Tak tau pulak muzium dia besar dan lawa gini. Pernah pergi Taman Tamadun Islam je kat Terengganu dulu tapi sedih betul keadaan tempat tu macam tak cukup duit je nak selenggarakan.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pergi muzium Terengganu ni. Besar juga tempatnya tu.

    ReplyDelete
  3. MZ pernah singgah sini..many2 years ago...tak ingat dah sama ada MZ masuk dlm or posing2 kat luar ajer..kisah dulu2... anyway MZ jenis tak suka apa2 yg muzium stuff hahahah

    ReplyDelete
  4. Hihi…jadi kenangan pulak kan, kita sama-sama pertama kali ke Muzium Terengganu lepas tu boleh pulak terserempak. Pada hal masing-masing duduk jauh. Gitulah aturan Allah 😊

    Alhamdulillah…seronok dapat bertegur sapa dengan SA. Saya pun terus macam lupa penat menjelajah muzium luas tu sebab seronok jumpa kawan blog 😁

    ReplyDelete
  5. Wahhh jumpa Ujie ya....alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Wah best dpt jumpa.bilalah rabia dpt jumpa kak SA

    ReplyDelete
  7. Memang rezeki SA, sambil jalan-jalan terjumpa pula teman blogger. Siapa sangka ya...

    ReplyDelete
  8. Kitrg aritu x nasuk muzium.bawa bdk² ni kang bkn reti nak hargai sejarah so kita skip terus ke kg budaya ..baru bdk² suka sbb byk aktiviti..

    Wah untung SA dpt jumpa ujie yr.. tu la rezeki and jodoh org kata😜

    ReplyDelete
  9. Muzium negeri Terengganu memang besar betul kan Kak SA..saya pun sampai sekarang still boleh ingat lagi rasa kekaguman muzium tu...
    Dah kat luar kawasan jajahan pun berezeki jumpa kawan blogger ye Kak SA...Alhamdulilah...

    ReplyDelete
  10. Haa betul².. kat Muzium Ganu boleh buat wedding, pernah nampak kawan FB share kahwin kat situ tema busana tradisional.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah ke muzium Terengganu,walaupun 3 tahun dok ganu.. Alhamdulillah...seronok dapat jumpa kak Ujie . Terus hilang penat ye

    ReplyDelete
  12. Belum ada rezeki terjumpa mana-mana blogger tanpa sengaja kat luar.

    ReplyDelete
  13. Ok, saya akan masukkan museum ini untuk di visit saat ke KT 😍😍😍😍. Uwiiiiiih, memang besaaar istananya ya kak. Saya kagum dan penasaran juga kenapa setinggi itu kaki istana dibuat. Apakah dulu rawan banjir besar, atau banyak hewan buas , karena itu dibuat kaki istana setinggi itu.


    Tiket tak mahal, tp harga untuk foreigners sama tak yaa? Biasanya lebih mahal 😄.

    Bagus2 mobil klasiknya. Ada sepupu saya yg juga koleksi mobil2 lama seperti ini

    Tak sangka bisa jumpa kak ujie yaaa. Sayapun tak akan cam, Krn kak ujie tak pernah expose muka. Memang rezeki sangat bisa jumpa 👍☺️☺️


    ReplyDelete
  14. bestnya muzium KT ni. Muzium kat Somban tu pun last pegi masa darjah 6 maghin...macam kena bawak si Alip ni pergi jelah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah