Wednesday, November 25, 2026

Suami Ke Sustainable Waste Management Conference & Exhibition 2026 Di PICC Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini nak kongsi sedikit cerita aktiviti suami yang berpeluang menghadiri Sustainable Waste Management Conference & Exhibition (SWAM) 2026 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Kalau tengok pada pintu gerbang utama pameran ni, temanya memang sangat menarik dan relevan dengan keadaan semasa, iaitu "Beyond Waste: Creating a Sustainable Legacy for Future Generations".

Conference ni bermula semalam dan hari ni...














 


Best lah suami makan sedap 2 hari ni..

Persidangan dan pameran macam ni memang bagus sebab ia menghimpunkan pelbagai pihak industri, agensi kerajaan (termasuklah SWCorp dan syarikat-syarikat pengurusan sisa seperti Alam Flora) untuk berkongsi teknologi terkini, inovasi, serta amalan terbaik dalam menguruskan sisa pepejal secara lebih mampan.

Bukan sekadar pameran biasa, tapi platform penting untuk memupuk kesedaran bahawa pengurusan sisa bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya bermula dari kita semua demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Semoga banyak ilmu dan input bermanfaat yang suami dapat sepanjang berada di sana. Nanti kalau ada cerita atau perkongsian menarik dari sana, bolehlah kita kongsikan lagi di sini!


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah