Tuesday, May 12, 2026
Cucur Kucai Ikan Bilis Cicah Sambal Sardin

SA Dengan Mood Swingnya
Assalamualaikum wrt..
Lagi beberapa minggu kita akan menyambut Aidiladha.
Buat yang menunaikan ibadah haji tahun ni, semoga mendapat haji yang mabrur. Bagi yang ambil bahagian dalam ibadah korban, alhamdulillah semoga amalan anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Sarapan apa hari ni?
SA hari ni mood baru nak ok...semalam Monday Blues betul...so hari ni SA beli roti je...x tau nak makan apa...malas plak SA nak turun food court..nak keluar pun malas....ntah apa kena semuanya malas...

Monday, May 11, 2026
Lepak Malam Minggu

Sunday, May 10, 2026
Laksa Penang Sempena Hari Ibu

Saturday, May 9, 2026
SA Masak Nasi Ayam Untuk Lunch Hari Ini......
Assalamualaikum wrt..
Selamat tengahari....
Setelah asyik terliur tengok orang masak nasi ayam selalu...SA pu beranikan diri masak nai ayam...ayam SA x goreng tapi SA steam...perut PZ kita kena jaga skit..kang salah masak mula la meragam lagi...SA nak tambah bok choy, halia macam TCRS tu...tauge segala...eh diorang ni x nak...sebabnya nak makan ala-ala biasa macam arwah mak buat ..then ok la..senang kerja SA....1 jam settle semua..penat sikit la sebab SA berdiri lama..kaki ni sakit macam x kuat bila berdiri lama..nanti pijak nak jalan mula la sakit...
Kita zoom plak...dapnyaaaaa....
Selalu makan SA x menambah nasi...kali ni SA tambah 2 kali..hahaha...petang kang suami balik kerja x tau la acaner kan...dia suka je nasi ayam..tapi dia x makan sos..sos kalau xde tak lengkap la nama nasi ayam tu...macam lain je kan...
Apapun alhamdulillah kenyang dengan rezeki hari ini..
PZ cakap nanti kita buat lagi tp tukar ayam jadi ayam kampung kacukan yang biasa PZ beli tu....
Perut dah kenyang...apa lagi nak buat ni....tido pun sedap ni kan..cuaca pun mendung je ha....xde plan nak kemana-mana pun ha...budak-budak ni pun xdenyang baliknya....

Tanaman PZ Dah Berkurang
Ni nenas josephine Saa beli hari tu..
Ni nenas MD2
Pucuk pegaga dh tinggal sikit2 je
Pokok cili api ada 3 batang lagi dan masih ada banyak buah
Pokok betik tepi rumah...macam pelik aje buahnya...
Pokok daun kari ni dah beberapa kali cantas, x putus2 daun baru keluar dan makin subur
Pokok daun pandan
Benih sayur kangkung
Benih kacang buncis
Baja organik

Friday, May 8, 2026
Simple Menu Untuk Lunch Hari Ini

MC Hari Ini...

Thursday, May 7, 2026
Dania Punya Kerja

Review & Penangan Tengok Filem Seram JARANN (2025)
Assalamualaikum wrt..
SA dan suami memang suka tengok citer hantu... especially cerita Indonesia. Seramnya boleh tahan..lagi satu citer seram Tamil...boleh tahan gak jump scare dia...biasa kami tengok malam minggu atau weekend...SA okey jer tengok citer hantu malam- malam..xde la sampai terbawak dalam mimpi...tapiiiii....suami SA lain kisahnya...Suami SA ni jenis imaginasi tinggi. Masa tengah tengok tu okey lagi, tapi bila lampu dah tutup nak tidur, dia kata nampak 'boneka usang' dalam filem tu macam ada kat penjuru bilik. Mulalah dia tarik selimut sampai tutup muka..geram aje ye tengok perngai penakut dia tapi sibuk nak tengok citer hantu...PZ memang tak layan la citer- citer hantu ni..dia kalau citer kungfu dia sanggup tengok.
Kemuncaknya malam tu, tengah sedap tidur tiba-tiba dia mengigau kuat..Bukan setakat bercakap yang kita tak faham, tapi tangan dia macam menepis-nepis sesuatu, seolah-olah tengah 'berperang' dengan gangguan sihir dalam mimpi tu. SA yang kat sebelah ni pun terjaga sekali sebab terkejut..Bila SA kejutkan tanya kenapa, dia bangun dengan peluh jantan kat dahi. Dia kata mimpi tu rasa 'real' sangat..aduhai... Penangan plot twist filem ni memang terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.
JARANN (2025)
"Rasailah Sendiri Pengalaman Disihir Oleh Plot Twist!"
Filem genre psychological thriller ini mengisahkan tentang Radha (Amruta Subhash), seorang wanita yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Suatu hari, Radha kembali ke rumah warisan keluarganya di sebuah desa terpencil bersama anak perempuannya, Saie (Avanee Joshi).
Niat asalnya hanyalah untuk menjual rumah lama itu, namun kepulangan tersebut membangkitkan semula trauma masa kecil yang selama ini cuba dilupakan. Radha dibayangi kisah silam tentang Ganguti (Anita Date-Kelkar), seorang wanita yang pernah dituduh sebagai pengamal ilmu hitam, yang dikatakan telah menyihirnya ketika kecil.
Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, Radha mula mengalami kejadian aneh. Bisikan halus yang kedengaran jelas pada waktu malam, boneka usang yang seolah-olah hidup, dan suasana rumah yang seakan bernafas dengan rahsia gelap. Tekanan yang dialami semakin meruncing apabila Saie sendiri mula terperangkap dalam bayangan misteri yang sukar dijelaskan.
Keadaan Radha menjadi semakin tertekan sehingga dia memerlukan bantuan Dr. Rashmi Pandit (Jyoti Malshe), seorang psikiatri yang cuba membezakan antara trauma psikologi dengan gangguan sihir. Namun, semakin jauh Radha menyelami kebenaran, semakin kabur sempadan antara realiti dan ilusi.
Filem ini akan membawa penonton kepada sebuah klimaks yang mengejutkan bukan satu tetapi beberapa plot twist yang menimbulkan persoalan.
Apakah sebenarnya yang menghantui Radha?
Jarann adalah sebuah naskhah Marathi yang menggabungkan elemen seram, psikologi dan mistik dengan begitu halus. Keistimewaannya bukan pada kesan seram klise, tetapi pada kemampuan naratifnya menggoncang minda penonton. Pengarah menampilkan dunia desa dengan penuh sunyi, terpencil, dan sarat dengan aura misteri menjadikan setiap detik terasa menekan.
Amruta Subhash tampil dengan lakonan yang luar biasa. Beliau bukan sekadar membawa watak Radha sebagai seorang ibu, tetapi juga seorang manusia yang rapuh, berperang dengan ketakutan dalaman dan bayangan masa silam. Ekspresi wajahnya yang ketakutan, panik dan putus asa membuatkan penonton hanyut dalam penderitaannya.
Anita Date-Kelkar sebagai Ganguti pula menghadirkan persona misteri yang sukar dijangka. Lakonan beliau sebagai antagonis dalam filem ini berjaya menambah misteri tentang rumah pusaka itu dan ritual ilmu hitam yang diamalkannya.
Sinematografi filem ini bermain dengan cahaya malap, bayang-bayang, dan visual misteri yang berkesan. Patung yang berulang kali muncul bukan sekadar alat seram, tetapi lambang trauma masa kecil yang terus menghantui Radha. Skor muziknya pula menambah rasa intense membiarkan penonton terikat pada setiap detik tanpa rasa selamat.
Lebih daripada sekadar kisah seram, Jarann ialah sebuah refleksi tentang bagaimana trauma lama boleh menjadi penjara yang lebih menakutkan daripada sebarang ilmu hitam. Ia mengangkat persoalan tentang persepsi masyarakat terhadap sihir, kepercayaan, dan bagaimana tuduhan boleh menghancurkan hidup seseorang.
Secara keseluruhannya, Jarann bukan sekadar filem seram, tetapi sebuah karya yang menuntut penonton berfikir , Adakah ketakutan itu datang dari luar, atau sebenarnya berakar dalam jiwa manusia sendiri?
Plot twist di penghujung cerita tidak hanya mengejutkan, tetapi juga menyedarkan bahawa batas antara realiti dan ilusi seringkali sangat tipis.
Recommended.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah




















































