Showing posts with label Birthday Dania.22 Tahun. Show all posts
Showing posts with label Birthday Dania.22 Tahun. Show all posts

Wednesday, October 7, 2026

Acu Celebrate Birthday Dania Di Damascus Bukit Bintang

Assalamualaikum wrt...

Kalini SA nak cerita sikit pengalaman manis 26 September lepas. Hari tu SA, Dania, dan PZ pusing-pusing ke Bangi ke rumah adik bongsu SA. Memandangkan petang tu SA kena balik dulu sebab suami dah sampai jemput, Acu pula ambil alih bawak PZ dengan Dania jalan-jalan. Tak sangka Acu dah siap plan surprise nak celebrate birthday Dania dekat Damascus, Bukit Bintang. Seronok betul tengok diorang dapat luangkan masa sama-sama!

Rezeki Dania dan PZ, la Acu bawak jenjalan dan celebrate birthday kan...



Dak kecik ni memang berkepit ngan Kakak Nia...suka sanagt dia ngan kakak tu..


Dalam kereta pun nak duduk dengan Kakak Nia..lupa kat ibu kejap..padahal selalunya melekap aje ngan ibu..dah macam Koala


Kena la beratur kalau kat sini..tapi takde la lama..kejap aje


Yang dua orang ni memang suka bawak atuk jalan- jalan


Untung la sambut birthday kat Damascus..


Tiara


Taufiq


Wah..best la PZ makan nasi Arab


Seronok ye Acu belanja and celebrate birthday dia


Family selfie...nengok la si kecik tu..


Yeayyy!!!!


Tak payah nak terkejut sangat la Opick..tau la awak suka beef pepperoni


Seronok PZ makan 



Masala Tea


Nampak x opick tu? berkepit je ngan atok


Suka erk makan pizza tarik2 cheese cenggitu


Alhamdulillah...berselera atok...



Video Celebration


suka la tu..Acu buat surprise..



Kunafa


Macam - macam makan sampai nak pecah perut katanya


Best la dapat hadiah Elianto set


PZ kat depan Pavillion...


PZ di tengah- tengah Bukit Bintang

Apapun, terima kasih banyak-banyak buat Acu sebab sudi celebrate dan buat surprise besday Dania kat Damascus, Bukit Bintang ni. Seronok tengok semua dapat kumpul, makan-makan, dan meriahkan hari lahir Dania. Semoga Acu dimurahkan rezeki melimpah ruah selalu dan dipanjangkan umur. 

Terima kasih jugak sebab bawak Abah jalan- jalan...x lekang dari mulut dia cakap x sangka jalan malam- malam kat KL seronok..abah x pernah tau banyak bangunan tinggi..tengok kat TV aje..seronok betul...Dia x tau tu SA plan nak bawak dia explore Pasar Chow Kit nanti...


Wednesday, September 30, 2026

Celebrate Birthday Dania Di Ruang Panorama Sendayan

Assalamualaikum wrt...

Ruang Panorama ni menjadi pilihan orang ramai di sekitar Seremban untuk Dinner atau sambut apa-apa special occasion..dah banyak kali Dania ajak makan kat sini tapi x berkesempatan..So Jumaat lepas kami sekeluarga dinner kat sini la sempena birthday Dania yang ke 22 tahun 25 September lepas...SA dari KL dan Dania serta PZ naik kereta dari rumah and singgah solat maghrib kat Masjid Sendayan...dalam pukul 8pm kami jumpa kat Ruang Panorama...

Masa kami sampai ni tempat duduk kat dalam penuh..so kena la pilih tempat duduk kat luar..tapi bila dah order makanan, owner cakap ada tempat kosong untuk 4 orang kat dalam..so dia tukarkan kami ke dalam dan order pun tukar terus ikut no meja kat dalam...

Alhamdulillah, rezeki kami malam tu dapat duduk kat dalam yang ber-AC, selesa sikit nak bersembang dan nikmati suasana. Suasana & ambience kat Ruang Panorama ni memang sangat tenang dan cantik, sesuai sangat kalau nak buat sambutan hari lahir atau family dinner











tengok Tik Tok sementara tunggu pesanan sampai


Kat sini boleh sambut birthday gak...


Untuk menu pilihan malam tu, kami order beberapa hidangan istimewa. Makanan kat sini memang tak mengecewakan rasa dia OK, hidangan pun membuka selera dan portion memang memuaskan hati. Sambutan kali ni seronok sangat dapat berkumpul satu keluarga raikan Dania..cuma sedikit ralat takde pilihan kek yang banyak..ada kunafa dan beberapa slice cake yang x berkenan kat Dania..takpe la next time la beli cake...

Jom tengok menu yang kami order


Appetizer mushroom soup..selalu dapat garlic bread kali ni dapat roti pita


Pilihan PZ dan SA lamb gril


Lamb grilled dia x berapa panas..musykil kat situ..dah siap-siap masak ke apa, SA x pasti


Nasi goreng chicken chop for the birthday girl


Chicken grilled untuk suami


Minuman kami


Caramel Macchiato SA


Suka PZ


Seronok dia makan lamb grilled





Total damage RM192.25


Mintak tolong staff amikkan gambar


Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat anakanda Dania! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Makin dewasa dah anak dara sorang ni, tapi bagi mama, Dania tetap baby girl sampai bila-bila.

Terima kasih Ruang Panorama Sendayan atas layanan yang mesra dan perkhidmatan yang pantas! Korang yang mana duduk area Seremban atau Sendayan tu, kalau cari tempat dinner yang cozy dan berbaloi, memang highly recommended datang sini.

Masa kami dinner kat sini ada delegasi dari Japan kalau x salah makan kat sini..macam Jabatan Belia Sukan..x ingat plak...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah