Showing posts with label Office Life. Show all posts
Showing posts with label Office Life. Show all posts

Wednesday, January 14, 2026

Kelas Pengajian Tajwid Al -Quran

Assalamualaikum  wrt...

Seperti yang SA maklumkan di entry sebelum ni SA sertai kelas pengajian Tajwid Al-Quran...Kelas yang nampak “biasa-biasa”, tapi sebenarnya banyak beri rasa ingin tahu..

Masuk kelas, suasananya tenang. Tak ada tekanan. Tak ada siapa kejar nak cepat pandai. Semua datang dengan niat yang sama nak betulkan bacaan, nak baca dengan lebih beradab, dan nak dekatkan diri dengan Al-Quran.

Ustaz pesan satu ayat yang ringkas tapi melekat di hati..

“Baca perlahan tak apa, janji betul dan ikhlas.”

Kat bawah ni gambar yang sempat SA snap tadi..














Pack food yang disediakan


minuman


Alhamdulillah rezeki hari ini...
 

Balik dari kelas, hati rasa ringan.

Bukan sebab dah pandai, tapi sebab sedang berusaha.

Moga langkah kecil ini jadi istiqamah.

Tak sempurna, tapi konsisten.

Tak laju, tapi menuju arah yang betul.

Thursday, December 4, 2025

Sarapan SA Hari Ini 4 Disember 2025

Assalamualaikum wrt...

SA hari ni sebenarnya dah sarapan kat rumah...suami buat roti sardin goreng..balance filling sandwich sardin ada banyak lagi...so dia buat la..kali ni version goreng...SA tengok menarik plak (sebenarnya lapar) so kecek la 1 kat dia...tersenyum simpul dia SA mintak..selalunya SA x mintak apa yang dia masak kan..alaaa...sekali sekala makan masakan suami...ok la sedap rasa dia...cuma sebelum makan SA kena dap dap dulu roti tu dengan tisu..sebab oily skit...sedap laaa.......nanti buat lagi erk...

Sampai office lapar semula...cepat- cepat buat Nescafe O lepas tu turun bawah beli mee goreng...x de pilihan lain la...yang lain x menarik...malas nak merayau kedai lain...


Mee goreng, Paru goreng kicap dan sambal cost me RM7.....


Nescafe O less sugar 


Today's Look..tudung fazura baju satu suit hitam....

Pukul 10.30am kang SA nak ke NuSentral, misi pencarian dessert untuk meeting lagi....nanti SA update ye apa yang SA beli...


Good Morning....

Assalamualaikum wrt...

Hi korang..

Just a quick one....selamat pagi...selamat bertugas dan selamat menguruskan rumahtangga...

Jom kita selawat ke atas nabi sebelum memulakan kerja...hari ni SA sedikit bz..kejap lagi nak cari kuih untuk refreshment meeting...



 

Aaminnnn...untuk quotes dan doa di atas...

See ya next entry...


Saturday, November 29, 2025

Celebrate Birthday Fadh & Farewell Syafiq Mansor

Assalamualaikum wrt...

Ssmalam mseupalan sambutan birthday colleague SA Fadh dan jugak farewell untuk Syafiq Mansor...mereka berdua ni team Waste To Energy Project yang sebelum ni SA assit. Sekarang SA lebih kepada International Assets. Kadang-kadang SA assist gak la team ni sebab diorang bawah division yang sama...so semalam merupakan birthday dan farewell...

Syafiq Mansor akan tinggalkan company pertengahan December nanti...memandangkan team ni bz dengan project sebab tu buat awal farewell ni..kiranya dari International Asset, hanya SA dan Sharifah yg join...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap semalam..



Cake untuk Syafiq Mansor


Cake untuk Fadh


Cake pemberian suami Fadh


Bihun goreng


Macaroni goreng...sedap tp pedas giler


Kuih lopes


Kuah gula


Surprise menjadi


Member ingat ada meeting...


Potong cake



Surprise menjadi gak..


Teekejut tgok cake gambar muka sendiri




Nak amik candid..Syafiq plak photobomb


Congratulations Syafiq


Mr Madhu


Nik Mohd Farid


Syafiq dan En Hedzuan


Cake cutting..

Lepas tu semua makan...


SA amik kuih lopes


Amik sikit macaroni goreng pedas tu


Kena paksa makan cake...jahanam result gula dalam darah SA


SA ada bagi hadiah tudung kat Fadh..


Group photo




SA dan Sharifah depan sekali


Ni SA buat collage update kat FB

By 4.30pm settle..SA mintak diri...diorang teruskan majlis...SA nak solat, nak kemas-kemas meja lepas tu nak balik...

Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik untuk Fadh dan all the best untuk Syafiq Mansor...

Sampai sini...jumpa lagi next entry..

SA nak masak tapi tengah fikir nak masak apa...haha...


Wednesday, November 19, 2025

Beli Sandwich Untuk Meeting Di O'Briens

Assalamualaikum wrt..

Menyediakan makanan untuk meeting memang task SA la...memandangkan office SA ni dekat je dengan NuSentral, so takde la susah sangat..pergi je beli dan biasanya pilihan adalah dari pihak boss la...ikutkan Isnin lepas SA dah book restaurant untuk diorang lunch dengan guest Jepun...SA dah set time segala la...SA ingatkan diorang pergi lunch time tu..rupanya meeting drag dan dah melepasi waktu lunch..boss call suruh beli sandwich...pulak dah...menonong la SA gerak pi O'Briens...tengahari makan sandwich ye...hahahaha...

SA mintak staff tu buatkan sandwich untuk 4 orang makan..beli set untuk 2 orang tu 2 set...nasib baik x lama sangat....kesian diorang kelaparan...SA dah hint tea lady untuk prep piring dan buatkan air...2.30pm SA sampai office semula...berkicap gak la berjalan laju- laju...



Nasib baik dah lepas peak hour dan orang takde..


sempat SA snap gambar skit nak buat content


staff tu buat dah sandwich yang SA order..


Our Sandwiches Give You More...


Yummy...tapi tu la..x beli plak untuk diri sendiri...muahahaha

yang SA order ni Chicken Tripledecker Toastie RM26.60

SA rasa kalau roti tu x dibakar mesti potongan dia cantik kan? ke SA yang salah...hahaha...SA jarang la beli sandwich mahal ni...sesekali kalau meeting je beli...Bukan ini je yang SA beli untuk task Isnin ye...semalam pun ada...semalam lagi mencabar...nanti SA citer...

Jumpa next entry... 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah