Saturday, April 11, 2026
Perkongsian ~ Mee Kuning Korang Cuci Dulu Atau Terus Masak?

Monday, December 8, 2025
Tips Rebus Kerang

Saturday, December 6, 2025
Tips Simpan Cili Api Segar Lama
Hari ni SA nak share tips mudah simpan cili api supaya lebih segar walaupun dah 3 minggu dlm fridge. Tips simple je dan SA yakin korang pun tau..saje je SA share kat sini untuk perkongsian mana tau ada yang belum tau lagi..tips ni bagus untuk elak pembaziran..kadang-kadang cili api yg kita beli x sampai seminggu dh busuk kan..sayang plak rasanya..cili api bukan murah ye tak?
Cara-Caranya
1. Buangkan tangkainya.
2. Basuh cili api then tapiskan airnya..biarkan sedikit kering..kalau rajin boleh dap-dap ngan tisu dapur...
3. Masukkan ke dlm bekas yg ada penutup. Alas dgn tisu dapur (tisu dapur tebal skit bbanding tisu lap muka).
4. Letak sebiji bawang putih yg dh dikupas.
5. Tutup bekas. Simpan dlm fridge.
InsyaAllah boleh tahan sampai 3 minggu atau lebih. Semoga tips ini dapat membantu kawan -kawan semua..
Selamat mencuba...

Thursday, August 28, 2025
🌸 10 Tabiat Sebenar Buat Wanita Cepat Tua, No.1 Paling Ramai Buat!
“Eh, kenapa muka aku nampak letih sangat ni? Baru 40-an tapi rasa macam 50-an!” Pernah tak rasa macam tu? Hakikatnya, penuaan bukan datang dari umur saja. Kadang-kadang, gaya hidup dan tabiat harian kita yang diam-diam telah “mencuri” seri wajah dan buat kita nampak lebih tua dari usia sebenar.
Korang pernah rasa macam ni tak?
Jangan risau, semua ni boleh diperbaiki. Jom baca sampai habis entry ni siap ada tips mudah untuk lawan balik tanda-tanda penuaan!
SA pun sedang alami masalah ini sebenarnya...garis-garis halus dah mula muncul di muka especially bawah mata...kulit dah mula kusam sebab x menitikberatkan soal kesihatan kulit macam masa muda-muda dulu..sekarang main belasah aje x fikir kesan masa panjang...
10 Tabiat Sebenarnya Buat Wanita Cepat Tua, No.1 Paling Ramai Buat!
1. Stress & Overthinking Level Maksima
Stress buat hormon kortisol naik, kulit jadi kusam, jerawat naik, dan muka nampak lesu.💡 Tip: Cuba tarik nafas dalam-dalam, journaling, senaman ringan, atau dengar muzik menenangkan. “Me time” sekejap pun bantu otak rehat.
2. Tidur Macam Burung Hantu
Tidur kurang dari 7 jam sehari boleh buat eyebag makin tebal dan kulit nampak kusam.💡 Tip: Tidur awal, elakkan skrin telefon 30 minit sebelum tidur, dan pasang lampu malap untuk signal “masa rehat”.
3. Lupa Sunscreen
UV bukan main-main — ia punca utama kedut dan bintik hitam!💡 Tip: Pakai sunscreen SPF 30+ setiap pagi walaupun duduk rumah. Cahaya tingkap pun boleh rosakkan kulit.
4. Tak Cukup Air
Kurang air = kulit kering = garis halus cepat nampak.💡 Tip: Target 2–3 liter sehari. Guna botol besar atau reminder phone supaya tak lupa minum.
5. Gaya Hidup Kurang Sihat
Makan fast food, minum manis berlebihan, atau merokok percepatkan penuaan.💡 Tip: Tukar perlahan-lahan: kurang gula, lebih buah & sayur, dan masak di rumah bila boleh.
6. Malas Bersenam
Tanpa senaman, darah kurang lancar, kulit pun hilang glow.
💡 Tip: 20 minit jalan kaki, naik tangga, atau senaman ringan di rumah dah cukup untuk mula.
7. Skincare Main Lepas Tangan
Skip cuci muka atau pelembap boleh rosakkan skin barrier.
💡 Tip: Basic routine: cleanser, pelembap, sunscreen. Kalau rajin, tambah serum vitamin C. Kunci: konsisten!
8. Bongkok Sepanjang Masa
Postur bongkok buat kita nampak lesu dan lebih tua.
💡 Tip: Latih duduk & berdiri tegak, buat regangan pagi, letak reminder “Duduk tegak!” dekat meja kerja.
9. Selalu Mood Swing & Negatif
Wajah orang yang selalu marah atau murung cepat berkedut sebab ekspresi tegang.
💡 Tip: Practice gratitude harian, senyum walaupun tengah stress, dan surround diri dengan orang positif.
10. Tak Ada ‘Me Time’
Asyik sibuk jaga orang lain sampai lupa diri sendiri. Lama-lama badan & mental penat.
💡 Tip: Ambil 15–30 minit sehari untuk diri baca buku/novel, skincare, dengar lagu kegemaran. Jangan rasa bersalah nak rehat!
Awet muda bukan pasal produk mahal atau rawatan klinik je. Ia bermula dari cara kita jaga diri dan mental setiap hari. Bila hati tenang dan badan sihat, seri tu datang sendiri.
Kalau korang rasa tips ni berguna, kongsi dengan kawan-kawan perempuan yang korang sayang! Atau tinggalkan komen, Sebab mana yang paling korang struggle nak ubah?
Jom kita saling support untuk nampak dan rasa lebih muda! 😊😊😊

Thursday, July 10, 2025
Eh, Tiba-Tiba Terkena Renjatan! Kenapa Badan Kita Ada ‘Elektrik’?
Assalamualaikum...
Hi korang...
Pernah tak korang alami situasi macam ni tengah elok-elok nak pegang bahu suami, anak, atau buka pintu kereta… zapp! terasa macam ada kejutan elektrik kecil? SA pun selalu alami. Terkejut juga masa mula-mula, siap fikir tu...
“Eh, aku ni ada kuasa luar biasa ke? Atau cinta aku ni memang ‘berkaran’?” 😜
Bila tanya suami, dia leh cakap...ooo itulah tanda cinta abang yang melimpah ruah untuk sayang....ehhh dia ni dah kenapa...ke situ plak...masalahnya SA sentuh tangan or lengan tetiba rasa ada renjatan..pedih gak la kulit kan..semalam SA kena dalam bilik..lalu aje kat karpet tetiba rasa renjatan lagi dan kaki rasa pedih sampai ke hari ini...
Tapi sebenarnya, semua tu ada penjelasan sains yang menarik dan tak perlu panik pun!
Kenapa boleh jadi macam tu?
Rasa ‘renjatan’ tu sebenarnya disebabkan oleh cas elektrik statik. Bila kita bergerak contohnya berjalan atas karpet, duduk atas sofa fabrik, atau bergesel dengan baju badan kita mengumpul cas elektrik (biasanya cas negatif).
Bila kita sentuh orang lain atau objek logam, cas elektrik tu akan “melompat keluar” untuk seimbangkan cas antara dua permukaan. Hasilnya? Kejutan kecil yang rasa macam kena ‘karan’!
Badan manusia memang ada arus elektrik ke?
Ya, badan kita memang ada sistem elektrik semula jadi. Dalam otak, saraf dan jantung, isyarat-isyarat elektrik digunakan untuk gerakkan otot, hantar maklumat, dan kawal degupan jantung.
Tapi kejutan statik tu bukan daripada sistem badan kita, sebaliknya ia datang dari geseran luar — pakaian, udara kering, permukaan lantai dan sebagainya.
“Eh, bahaya ke kejutan elektrik statik ni? Boleh mati tak?”
Soalan yang ramai juga tertanya-tanya.
Jawapannya: Tak bahaya langsung, dan tak boleh menyebabkan kematian.
Kejutan elektrik statik ni cuma cas kecil yang berlaku dalam masa yang sangat singkat. Arus dia pun sangat lemah dan sekadar buat kita terkejut sekejap.
Kesan paling kuat pun mungkin:
- terasa pedih sekejap
- buat rambut berdiri
- atau menjerit sikit sebab terkejut 😅
Lainlah kalau kena renjatan elektrik dari sumber elektrik sebenar contohnya wayar rosak, suis bocor, atau kena petir. Itu memang sangat bahaya dan boleh bawa maut. Tapi renjatan biasa yang kita alami ni memang tak bahaya.
Faktor yang buat kita lebih mudah 'berkaran':
- Udara kering (biasanya waktu sejuk atau dalam aircond)
- Pakaian jenis sintetik (polyester, fleece)
- Jalan atas karpet
- Duduk atas sofa fabrik lama
- Pakai kasut bertapak getah
Cara nak kurangkan risiko ‘kena karan’:
- Gunakan pelembap udara (humidifier) dalam bilik aircond
- Pakai pakaian jenis kapas
- Letak pelembap badan, sebab kulit kering mudah berkaran
- Sentuh objek logam dulu sebelum sentuh orang (contoh: tombol pintu, sinki)
- Jalan berkaki ayam atas lantai jubin kalau boleh 😄
Jadi lepas ni, kalau terasa macam “kena karen” bila sentuh bahu suami atau pegang tombol pintu jangan panik ya. Itu cuma cas statik tengah cari jalan keluar dari badan kita.
Dan siapa tahu… mungkin cinta tu memang ada spark dia yang tersendiri juga ⚡💕😂😂

Tuesday, February 25, 2025
Petua Jantung Pisang Tidak Htam Ketika Di Rebus
Assalamualaikum..
Pagi Selasa..seawal 6.30am dh sampai KL..awal kan? Hehehe..apapun selamat bekerja untuk korang...hari ni SA mulakan entry dengan tips..lama x share tips..tapi tips ni bukan lah dari SA sendiri...SA terjumpa dalam FB page dan share kat sini...rasanya tips ni sesuai untuk semua mak-mak dalam friendlist SA ni...
Ada tak antara korang semua suka makan jantung pisang rebus cicah sambal belacan? SA antara penggemar jantung pisang...dulu PZ selalu ambilkan jantung pisang karuk a.k.a jantu g pisang hutan..tepi-tepi jalan banyak pisang ni kan..so jantungnya PZ ambil..kalau PZ pergi memancing SA selalu pesan ambilkan jantung pisang...ni dah lama x makan..hari tu beli sebiji tapi bila rebus jai hitam plak..
Scroll FB SA jumpa tips ni..jom tengok
Cara-cara dan petua merebus jantung pisang
1. Didihkan air ( pastikan air mendidih baru masukkn jantung pisang )
2. Masukkan jantung pisang ( jangan belah )
3. Tabur garam dan sedikit minyak masak.
4. Tutup periuk
5. Rebus selama 10 minit
6. Toskan dan boleh belah.
Hasilnya jantung pisang elok putih bahagian dalam dan tidak bengkak hitam.
Kredit tips dan gambar Fb : Cham Osman
Tips ke 2 ( ni tips arwah Mak SA)
Didihkan air dalam periuk, masukkan asam keping beberapa keping, masukkan jantung pisang sebiji-sebiji jangan dibelah...rebus sampai empuk..dah empuk..biarkan suam-suam.baru belah masa nak makan...
SA nak pi pasar tani la nanti...nak cari jantung pisang dan tanya jantung pisang apa yang kalau rebus x hitam..dia ada jenis-jenis kan..share ye kalau korang tau...PZ sejak kurang sihat ni dah lama x pergi mancing...so dh susah nak dapat jantung pisang...

Wednesday, November 27, 2024
6 Tips Merebus Jagung
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

Wednesday, July 3, 2024
WW ~ Panduan Pengendalian Daging Ayam Yang Selamat..

Thursday, October 12, 2023
Kopi Melegakan Atau Meningkatkan Stress?
- Berehat jika perlu. Tonton televisyen, dengar lagu, lakukan meditasi atau lakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu anda rasa lebih tenang.
- Ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, berminyak dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Kedua minuman ini adalah pantang larang anxiety.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Bersenam setiap hari. Senaman dapat membuatkan mood anda stabil.
- Berpandangan positif.
- Belajar tentang kondisi anda dan kenal pasti apa yang membuatkan anda resah

Monday, November 21, 2022
Tips Ketika Sesat Di Dalam Hutan
Assalamualaikum...
Lupakan kejap pasal PRU15. Apapun keputusan terima je la...kan? Diorang nak bergaduh sesama diorang biarkan aje...penat baca sana sini menyalak...dah ada keputusan nanti at least lega dah...so hari ni SA nak share sedikit tips ketika kita tersesat di hutan...mana la tau sedikit sebanyak boleh membantu kan...
'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta alam Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini terdapat beberapa "tips" yang boleh dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita lihat Faktor-faktor ia berlaku.
Faktor-faktor ia terjadi (sesat)
1.Keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.
2.Gangguan makluk halus. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memesongkan dari laluan asal. apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.
3.Guide(jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian) kerana tidak semua peserta berpengalaman.
4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat.
Dari empat faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:
1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)
2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.
3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.
4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp, sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan. Semasa mahu berjalan tinggalkanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggallah tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.
Mencari makanan dan bekalan air
Didalam hutan banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:
Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.
Anda juga boleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang (terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas tanah)-makan cendawan ni, lusuh tidak galakkan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan juga.
Jika buah-buahan:
Sama seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas ialah, haiwan seperti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan haiwan, makan sedikit buah tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah sepuasnya.
Jika haiwan dan serangga:
banyak haiwan yang boleh dimakan,seperti burung,kancil dan pelanduk. dalam keadaan darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang isi perutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walau apapun haiwan yang ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan, contohnya anai-anai atau larva semut. (Tetapi jangan termakan yang berbisa punya ok), ia mengandungi kandungan protien yang tinggi.
Bekalan air:
Sebaik-baiknya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu tanpa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan periuk kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting)
Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat?
Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh 2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekeliling tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makanannya .
Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatang,air,laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada binatang berbisa. Langkah yang terbaik di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk, gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap dari sarang ini dapat halau serangga ini)
Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6 meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah badan anda mengikut keselesaan, tetapi ingat simpulan terakhir mestilah kuat.
Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan.Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semangat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan. Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%.Walau apapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.
Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.

Sunday, February 21, 2021
Jadikan Vitamin C & Bioflavonoids Sebagai BFF Anda
Hi korang,
VITAMIN C sememangnya sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C.
Hari ni SA nak share ngan korang kebaikkan mengamalkan pengambilan vitamin dalam kehidupan kita seharian
Hari ni SA nak share ngan korang beberapa kebaikkan pengambilan Vitamin C untuk badan kita. SA memang mengamalkan pengambilan Vitamin C & Bioflavonoids dari Biolife ni kerana ianya bebas acid. sesuai untuk SA yang mengalami gastrik. 1000mg cukup untuk keperluan sehari vitamin dalam badan. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 90 biji tablets untuk kegunaan 3 bulan dan SA amalkan sebiji sehari selepas sarapan..
Antara kebaikan pengambilan vitamin C :
1) Mencantik dan Menyihatkan Kulit
Vitamin C dikatakan dapat membantu menyihatkan dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.
2) Menghasilkan kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, kita semua disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.
4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita semua tidak mudah diserang jangkitan kuman.
5) Keburukan
Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.
Memandangkan dah hampir setahun dunia berperang dengan Covid 19, kita semua sememangnya disarankan untuk utamakan pengambilan supplement especially vitamin C untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Itu yang SA dan family amalkan..tingkatkan pengambilan vitamin C sekurang- kurangnya mampu menghindarkan jangkitan dan menguatkan imunisasi.
Jom amalkan cara hidup siht agar kita semua terhindar dari sebarang jangkitan penyakit merbahaya. Belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah cara hidup dan terus amalkan dan pentingkan pengambilan supplement.

Wednesday, February 10, 2021
Cara Betul Makan Limau Mandarin
Hi korang...
Tak lama jer lagi kita semua akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Sana sini dah banyak pasaraya menjual limau mandarin. Limau mandarin sememangnya sangat berkait rapat dengan perayaan Tahun Baru Cina ini. Rasanya yang manis dan berjus memang tidak dinafikan ianya menjadi kegemaran orang ramai.
Namun ada satu perkara yang akan melanda orang ramai yang suka makan limau mandarin kan? Jika dimakan banyak pasti akan mengakibatkan gejala sakit tekak dan menjurus ke arah mendapat batuk yang teruk dalam jangka masa yang lama.
Apa yang menyebabkan gejala batuk melanda mereka yang makan limau mandarin? Limau kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang dari terkena gangguan batuk. Tetapi bilangan pesakit yang mengalami sakit tekak, tekak gatal bertambah apabila tiba musim perayaan ini.
Apa kaitan dengan limau mandarin?
Sejenis kimia iaitu Sulfur Dioxide digunakan oleh pengusaha buah-buahan dengan merendam buah limau dengan cecair bahan kimia tersebut terlebih dahulu.Ia dilakukan sebelum buah limau tersebut di masukkan kedalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari kulat, serangga dan bakteria. Bahan kimia tersebut bertindak sebagai bahan pengawet agar buah limau tahan lama sebelum di pasarkan.
Apakah Kesan Bahan Kimia Sulfur Dioxide terhadap manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, deman dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan perut dan radang usus. Ia juga boleh menyebabkan radang kulit dan serangan penyakit lelah
Cara Betul Makan Limau Mandarin
Untuk mengelakkan dari mendapat masalah seperti yang dinyatakan diatas. Berikut merupakan cara betul makan limau dan tips ini baoleh dilakukan sebelum makan limau mandarin:-
- Basuh dan rendam dahulu buah limau ini sebelum dimakan
- Pastikan jari yang menyentuh kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi buah limau sebelum dimakan
- Sekiranya perlu pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek kulit limau

Friday, November 20, 2020
Tips 'belajar' Membantu Peniaga Jalanan
credit photo from google.com
Jika kita adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk kita.
Tips 'belajar' membantu peniaga jalanan
1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.
2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10.
BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.
3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya.
Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.
4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.
BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.
5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.
Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.
Begitulah rakan-rakan yang baik,
Belajar memberi walau sedikit.
Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.
Peniaga jalanan,
Mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha.
Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.
Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama.
Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!

Monday, August 26, 2019
10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun...
Selain tu SA nak share juga Tips elak lapar ketika berdiet.
1. Makan setiap 3 jam atau 5-6 kali sehari.
2. Cukupkan pengambilan protein
3. Utamakan pengambilan serat di setiap meal.
4. Bawa bekal snack sihat seperti epal hijau
5. Minum Air kosong 2-3 Liter sehari mengikut berat badan dan keperluan badan ( boleh check dietician)
6. Tidur perlu cukup 7-8 jam sehari
Punca utama kegemukan atau penambahan berat badan adalah disebabkan oleh GULA , berikut merupakan 7 langkah bijak kurangkan gula.
1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.
2. Elak menambah gula dalam Masakan.
3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
4. Pilih produk berlabel rendah gula dan bebas gula
5. Hadkan 1 sudu teh gula sahaja untuk setiap cawan minuman
6. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur
7. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

Tuesday, March 12, 2019
Perkongsian Dari Dr Khairul Faizzie
EDISI HARI WANITA SEDUNIA: Saya rasa saya jadi gemuk la bila period.
Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan 'macam gemuk' bila period.
Jawapan nya: Bukan macam, memang gemuk pun. Haha.
Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.
Dan gemuk nya boleh dibuang cepat, sebab yang menyumbang kepada gemuk ( tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).
Bila dah nak dekat period, hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air , dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period...level estrogen akan turun...dan water retention berkurangan.
Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung2 kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air. Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.
Tapi awas, kesan ' rasa gemuk' yang mudah hilang ( sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ' melayani craving anda masa period'.
Memang masa period wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesterone yg meningkat sebelum period tiba.Hormon progesterone merangsang selera.
Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun...estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low. Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula ( carbohydrate)....sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin. Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, icecream...diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul2 jadi gemuk...Haha.
So, cara yang disaran utk atasi craving high carb foods ini ialah banyakkan minum PLAIN water, ambik lean protein...
Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh), dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.
Kesimpulannya:
- Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki...Hahaha.
- Berat naik sebab period.
- Berat naik sebab pregnant.
- Berat naik lepas bersalin.
- Berat naik menyusukan anak.
- Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
- Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan utk hilang stress.
Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan utk justify perubahan mereka. Hahaha....
Lelaki jadi gemuk tak leh salahkan hormon. Lelaki boncit teruk sebab kuat minum alcohol. Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon? Takda! Habit kuat minum alcohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.
Credit : FB Doktor Khairul Faizzie
Maknanya SA x gemuk la kan tiap kali nak period...okey la dh senang hati dah..so berat badan SA naik ni sebab water retention je la ni....Kebetulan memang tiap kali nak period badan SA memang Bloated..🤣🤣🤣

Friday, March 31, 2017
5 Perkara Perlu Di Elak Ketika Membeli Kasut
![]() |
| Gambar sumber google |
Korang suka kumpul kasut?
Takde sapa tak suka kasut kan..sure semua suka..macam tu jugak SA..selain baju dan seluar, kasut antara barangan peribadi yang menjadi koleksi peribadi kebanyakkan individu tak kira lelaki mahupun perempuan.
Namun selain dari harga, warna dan bentuk, ada perkara lain yang 'wajib' diambil kira dan di elakkan ketika membeli kasut
![]() |
| Gambar sumber google |
Tips Perlu Dielak Golongan Kaki Shopping Ketika Membeli Kasut
- Elak Beli Kasut Pada Waktu Pagi - Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum. Sebaliknya beli pada sebelah petang iaitu ketika saiz kakinsedikit membesar namun sesetengah pakar mengatakan waktu malam adalah paling ideal. Nampak remeh tp ianya penting.
- Jangan Duduk Ketika Mencuba - Tabiat ini adalah satu kesilapan yang besar,tidak salah untuk duduk tetapi anda perlu bangun dan cuba berjalan bagi memastikan ia benar- benar sesuai dan selesa dipakai. Paling penting jangan malas mencuba kedua-dua belah kasut
- Ketahui Ukuran Kasut - Jangan membeli kasut berpandukan saiz yang anda pakai ketika itu. Tidak semua jenama menggunakan saiz kasut yang sama jadi anda perlu peka. Sebaiknya tanya dan minta nasihat pembantu jualan yang bertugas
- Elak Kasut Ketat - walaupun kasut itu cantik, jangan beli sekiranya ukurun tidak sama atu setakat muat-muat kaki anda. Mungkin tiada masalah pada awalnya tetapi besar kemungkinan kaki anda akan melecet apabila berjalan lama melainkan anda berpegang pada frasa cantik itu sakit..
- Jangan Terburu Buru - Keselesaan adalah penting ketika memakai kasut jadi jangan terburu- buru dan terlalu taksub mengikut fesyen sedangkan ianya tidak sesuai dengan anda.
![]() |
| Gambar sumber google |
So..korang kena lihat semua perkara diatas kalau tak nak membazir. Melainkan korang ada lebih bajet kan...ye la..pakai sekali lepas tu simpan sebab tak boleh pakai dah, Tapi jangan lupa tau korang boleh jual secondhand..hehehe..itu yang biasa SA buat...kalau rasa dh tak nak pakai atau salah size..SA akan jual di laman web yang jual kasut secondhand. Walau tak dapat untung banyak at least orang lain boleh beli dan guna..kan?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah



























