Assalamualaikum wrt..
Salam Jumaat yang barakah buat semua kawan-kawan.
Alhamdulillah, hari ini dimulakan dengan perasaan yang sangat tenang. Ada masanya kita memang perlukan rasa tenang yang sebegini hanya untuk menikmati suasana tanpa perlu tergesa-gesa. SA rasa happy sangat hari ini dapat sarapan nasi lemak daun pisang yang betul-betul "complete". Cukup segala syarat ada telur, kacang, timun. ikan bilis yang banyak, dan sambal yang kena dengan selera manis-manis masam pedas.. Ditambah pula dengan karipap kentang panas, memang puas hati..
Korang dah sarapan pagi ke? sarapan apa tu?
Karipap RM1 sebiji...
Macam biasa la Nescafe O bancuh sendiri less sugar
Ini baru nasi lemak..complete condiment nya...pedas pun pedas...
Pose 1 dengan nasi lemak
Muka happy dapat makan nasi lemak sedap dan complete
Namun, dalam kita menikmati ketenangan hari ini, terselit juga berita sedih yang menyentuh hati. Semalam, kami menerima khabar duka apabila ibu kepada dua orang rakan pejabat SA telah kembali ke rahmatullah semalam..
Kehilangan ibu adalah satu ujian yang sangat berat, SA turut berdukacita.. Sebagai rakan pejabat , SA mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan hari ini. Keluarga rakan-rakan SA ini diberikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa. Semoga roh Allahyarhamah kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ibu rakan-rakan SA. Semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan buat kita semua dan mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai setiap detik bersama orang tersayang.
Salam takziah buat rakan sekerja SA.









No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......