Assalamualaikum wrt...
Siapa layan drama Bulan Henti Bicara? Sakit hati tak dengan perangai si Jamali tu? SA ni panas hati je tengok citer tu ye...takde nya la SA nak happy2 tengok citer tu...SA terjebak sebab suami yang jebakkan SA...menemean dia sampai SA pun terjebak sekali...SA bukan setakat sakit hati ngan Jamali tu...sekali sakit hati ngan Zulfa Dan Afghan tu...memang lh jalan cerita cenggitu tapi SA lebih fikir yang logik dari x logik..lembik nau dua-dua tu la dalam citer ni...yang peliknya si Jamali tu x kantoi- kantoi...semalam selesai dah citer ni...SA x tengok malam tadi tapi tengok masa nak pi kerja...suami la ni...dia nyer pasal la x sempat-sempat nak tengok final citer ni...
Korang layan ke citer ni?
Tadi SA whatsaap suami ngadu pokok bunga SA mati lagi...terkulai layu tapi itu je yang selamat...sedih betul la....SA nak beli pokok lain la....x kira nak beli gak...x berseri meja kerja SA dah..yang suami SA ni tak membantu..lagi nak menyakat ada....
ni je tinggal....
Kalau nak kata pokok ni x sesuai untuk indoor mustahil sebab kawan- kawan lain elok je pokoknya...SA Nak beli yang dah siap dalam pasu la..x nak la beli kat Shopee lagi...Serik dah nak beli online, sampai rumah je terus surrender pokoknya. Pasni kena gi nursery beli yang dah siap pasu berhias cantik-cantik... Kalau mati jugak kali ni, memang sah la tangan SA ni jenis tangan 'suam-suam kuku' bukan tangan hijau..bukan berjodoh dengan pokok..berjodoh ngan lauk pauk je...
Lepas ni nak kena cari pokok baru yang 'kalis Jamali', baru la berseri balik meja kerja ni
Korang rasa pokok apa yang jenis 'liat nak mati' dan sesuai diletak atas meja kerja haa? Tolong rekomen kat bawah ya, sebelum SA terbeli pokok plastik pulak nanti..hahahaha...






Pokok bunga akak ada satu ni je... letak kat tanah beranak pinak jadinya.
ReplyDeleteOfismate sy ade pokok mcm ni sis.Tiap kali jumaat sblm blk dieorg akan sirap air utk elak pokok ni kering masa cuti sabtu ahad tu. lepas tu dieorg ade letak baja sikit.
ReplyDeleteSaya tak tengok pulak drama ni. Dah habis baru macam tahu kewujudan drama ni. Trending rupanya.
ReplyDeleteBeli jenis pothos kak, ada macam-macam jenis. Guna medium clay leca balls tu atau crystall jelly tu (guna transparent bekas kaca cantik). Mudah tak perlu nak siram daripada guna medium tanah/coco peat.
memang better beli kat nursery lahhh kan tu...nanti jgn lupa share kalau dh beli yg baru
ReplyDeleteSelalu nampak video cerita ni kat FB & threads. Akhirnya mati dah si jamali tu. Tapi best la azhan rani ni bawak watak apa pun beri kesan kat penonton. Sentiasa orang sebut wataknya tu.
ReplyDeleteLebih baik beli dekat nursery. Boleh cuci-cuci mata banyak sikit hehe
ReplyDeleteApa ke drama tu....hehe tak pernah tengok....ni layan drama hannah delisha dan redza rosli.
ReplyDeleteSaya cadangkan beli je tumbuhan plastik atau pelsu. Boleh bagi cadangan macam tu?
ReplyDeletehahaha ammi pun baru je habis tgk hari Ahad haritu. Geram ek dengan Jem Ali ni... tp bestlah lakonan dia, dialog pun kadang2 mcm impromptu je
ReplyDelete