Assalamualaikum wrt...
Selamat pagi semua....
Terjebak dengan adik manis Ch@ kita...muahahahaha....dah lama dah SA buat ni...tapi simpan aje lagi dalam draft...SA hutang lagi banyak citer Terengganu trip kan...sabar ye...nanti SA buat satu persatu...tengah amik mood sebenarnya....gambar pun banyak sangat...tengah pilih mana nak masukkan dalam entry...hari tu stop kat hari kedua kan...last entry Roti Paung...
Nanti SA buat ye..insyaallah start today...kang lagi menimbun plak entry dalam draft...SA nak cuba habiskan...then baru la boleh buat ongoing entry...
Klik gambar kalau nak baca sinopsis tu...
Hidup ini bukan tentang seberapa sempurna kisah yang kita tulis, tetapi bagaimana kita bangkit semula setiap kali menghadapi ujian. Setiap pahit dan manis yang dilalui itulah yang mematangkan dan membentuk siapa diri kita hari ini.
Pada akhirnya, yang paling penting bukanlah bagaimana kisah kita bermula, tetapi bagaimana kita terus melangkah dengan hati yang redha dan lapang.
Sayangi diri sendiri, teruskan berbuat baik walaupun sekecil zarah, dan percayalah bahawa susunan Allah itu sentiasa yang terbaik untuk kita. Selamat terus berkarya buat semua kawan-kawan dan melukis warna-warna indah dalam buku kehidupan masing-masing.
Semoga kehidupan kita diserikan dengan kedamaian jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Love,
Suria Amanda





Wahhh ayatnya....kadang2 nampak hidup orang tu penuh dengan gelak ketawa tapi realitinya? Hanya dia sahaja yang tahu.
ReplyDeleteSebab tu ada ayat kita kena berdamai dengan takdir kan sis?...Semoga kita semua kuat & tenang hadapi apa je yang dtg. Dan semoga org2 sekeliling kita jadi pendengar yg paling terbaik.Amin =D
ReplyDeleteSemuanya dari Allah
ReplyDeleteItulah ketenangan hati
Memujuk diri
Sehelai daun yg gugur pun tetapan dariNya
nice sgt! Semoga kehidupan kita diserikan dengan kedamaian jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan.
ReplyDeleteWowwww ok terkesima kejap😅😅
ReplyDeleteHow to react?
Hidup tidak sentiasa manis..
Hidup jangan mengharapkan orang lain..
Kerna kehidupan ini hanya sementara..
Sekali terduduk, berkali² kita bangkit kerna mungkin dalam byk² kejatuhan, pasti akan ada sekali yang akan bagi kita semangat untuk terus bangun dan berdiri dengan senyuman dan penih kebahgiaan
Eh cop dah nape ako plak berdrama ni? 🤣🤣🤣
Hidup ini penuh keindahan, kita kena cari. Dan hidup ini cantik di bawah aturan-Nya kerana bawak hikmah tersembunyi yang jarang kita nampak. Selamat menempuh hari mendatang penuh keyakinan SA.
ReplyDeletesenakin meningkat usia semakin kita dambakan ketenangan hidup dan hati
ReplyDeletememikirkan apa yg berlaku dan segala keperitan lampau hanya membuatkan kita jd sera ut
ya reda dan lps kan segalanya sbb hidup kite pun bkn nya lama mana...
Bagus juga Kata2 yang dibuat 👍.
ReplyDeleteSetujuuu dengan kakak. Hidup nih kalau mulus sangat tak baik juga. Kita jadi manja, tak bisa hadapi masalah, rapuh.
Ada masalah, hadapi. Cari solusinya, bangkit lagi. Jangan hanya mengeluh kan. Dengan begitu kita terlatih menjadi orang yang kuat
Nanti nak buat jugalah. he he he.Nak kena letak gambar ye?
ReplyDeleteeh? hati kita kuat nak dtg sini, sista seru nama kita rupanya.
ReplyDeletebegitulah kehidupan. langit tidak selalu cerah, kita masih gagah menongkah arah. semoga semuanya baik-baik belaka. InShaaAllah~
Yang penting, kita dapat pelajari sesuatu... InShaAllah
ReplyDeleteIndeed.
ReplyDelete