Tuesday, October 27, 2026

Resepi Ayam Sempoi Dari Thread

Assalamualaikum wrt..

Adakala SA akan sentiasa aktif kat Thread...bukan sibuk baca gossip atau apa..SA suka follow mereka-mereka yang suka masak...SA suka cuba cara orang lain masak..kalau menjadi SA share..kalau x jadi tu senyap- senyap aje la makannya...ni kat bawah ni menu dari salah seorang yang SA follow...SA salin semula resepi dan kredit untuk gambar ye..SA x amik gambar masa SA masak lauk ni untuk anak- anak...x sempat..dah habis baru ingat...nanti la buat lagi next..

Benda sedap takkan x share kan?kena la share..biar semua orang pandai masak...



Gambar kredit kepada pemilik resepi


Resepi Ayam Sempoi

Bahan-bahan perapan
  1. Ayam ( x kisah bahagian apa) potong kecik atau potong dadu
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. sedikit serbuk lada hitam
Bahan Sos 
  1. 1 sudu besar Lee Kum Kee Panda Brand Oyster sauce
  2. 2  sudu besar Lee Kum Kee Light Soy sauce
Bahan untuk masakan lagi wangi : 3-4 batang daun bawang hiris kasar

Cara- cara masak
  1. Gaul ayam yang dah dibersihkan dengan bahan perapan..perap 30 minit
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sampai golden brown
  3. Masukkan bahan sos dan gaul sebati
  4. masukkan daun bawang, gaul rata
  5. Siap dan boleh dihidangkan
Makan panas- panas dengan nasi putih panas..confirm bertambah...anak- anak makan 2-3 kali tambah..nasib baik buat banyak..gandakan bahan sekiranya ayam banyak...

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah