Showing posts with label Free review. Show all posts
Showing posts with label Free review. Show all posts

Saturday, October 11, 2025

Terjebak Beli Garlic Spread Di Tik Tok

Assalamualaikum...

SA kalau tengok Tik Tok gerenti akan terjebak teruk..huhu....tudung laa...baju la....hahahaha...baru ni SA terjebak dengan garlic spread plak...memang sedap wey garlic spread ni...pandai orang tu buat...sapu kat roti boleh terus makan atau bakar dulu dalam airfryer...

Jom tengok gambar


Satu botol ni harga dalam RM13 kalau x salah masa SA beli..nasib2 je ni dapat murah


Isinya padat sampai penutup..


Sapu kat roti lepas tu SA terus makan je..malas nak bakar kat Airfryer..
 

Sedap..berlemak dan kuat rasa bawang putihnya..

Setakat ni, garlic Spread ni yang menepati citarasa SA...cumanya xde mushroom soup je ha...kena belajar la buat mushroom soup kalau macam ni ..kan? Beli yang instant kang x sedap plak...

Korang check kat Tik Tok kalau nak beli ye ..

SA recommended, SA review jujur ni..x reti nak buat affiliatte..😅😅

Thursday, July 20, 2017

Nescafe Smoovlatte Pilihan SA!!

Hi korang...

Hari  ni kan SA busy betul...ke hulu ke hilir settlekan urusan kerja..mata ni plak rasa mengantuk x tau pasal apa. Padahal dah terlebih tido..hari- hari balik rumah tido memang awal..ye la duduk menyewa kan..apa jer nak buat..tak yah sibuk2 nak kemas rumah orang dah...focus kat bilik sendiri je...haaaa....bila dah sampai kat tempat duduk SA tadi terus capai Nescafe Smoovlatte ni haa....terang balik mata bila minum coffee...hehehe...SA dan Nescafe memang tak boleh di pisahkan...


Nescafe Smoovlatte tu kan..ada banyak stok kat meja SA ni...so ada beberapa flavour, ada Mocca, Latte , Original coffee dan rasanya memang tak dinafikan memang sedap. Lebih sedap diminum ketika sejuk...


Nampak tak muka penat SA tu...muka mengantuk sebenarnya kan...


Sekejapan jer habis sebotol...sebab apa? dah tentu la sebab sedap sangat....


SA suka...korang?

Nak cuba ke? Nescafe Smoovlatte ni ada jer di jual di pasaraya sekitar korang, di 7E, My News.com dan kedai- kedai runcit lain...try la..sedap tau..kaya aroma caffe latte..rasa segar jer lepas minum..SA simpan dalam fridge untuk rasa yang lebih segar. Ianya sangat lazat ketika sejuk..

Nescafe Smoovlatte pilihan tepat kerana keseimbangan susu halus dan kopi yang enak dan sempurna..

Korang cuba la...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah