Showing posts with label Syawal 2018. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2018. Show all posts

Friday, July 20, 2018

Syawal Ke 2 & Ke 4 SA, Berjalan dan Mak Masuk Ward

Hi korang...

Sementara SA dalam MRT ni...kita kita publish la entry raya ke 2 SA..biasa SA suka je buat step by step mengikut lokasi berjalan kan..tapi raya ke dua kami duk leka-leka je lagi..abah tanya nak pi mana..memang kami k plan nak ke mana..Angah balik Muar pagi raya ke dua tu..lepas Angah dah balik kami bersiap2 pi umah makcik kat Kg Jijan Nilai..kami memang tak plan..redah kasi jadi je..dari rumah dalam pukul 11 lebih macam tu..sampai rumah makcik dalam pukul 12 lebih...panas betul cuaca raya ke 2..seriously raya tahun tak berapa meriah..maybe sebab dh tau raya sederhana sebab mak tak sihat kan dan warded raya ke 4..so SA lebih menguruskan mak je..


Raya ke 2 SA berkebaya merah...


Masa kat rumah makcik


Sikembar dan Dida..alahai..sopannya Dida..ngan spec mata dia...


Bukti cuaca panas terik

o

Kakak Dania lately suka sangat amik gambar x pandang camera...baru cantik katanya..sabar je la


Selfie lagi...


Selfie 2 beranak plak


Masam je muka..mama paksa amik gambar


Nak jugak dengan spec mata


Lepas tu kami balik...Dania biasa la dalam kereta masuk je kena ekon memang lelap..kami tak kemana lepas tu terus balik rumah sebab adik beradik yg lain nak balik rumah mertua memasing...tinggal SA ngan Dania, Mak Abah dan family Lisa..


Raya ke 3 pun pun tak kemana-mana sebab Mak pergi hospital Jelebu nak cuci darah..Lisa and family pi berjalan ke Melaka..SA dan Dania berkurung dalam rumah...hahaha..malas nak keluar..SA nak tido...memang kunci rumah seolah xde orang pun ..akalnya x nak orang datang rumah..entah la kenapa tahun ni x seronok la compare tahun lepas..mak cuci darah balik pukul 6 petang macam tu..memang lepas tu x kemana laaa...


Raya ke 4 seawal pagi bangun sebab kena hantar mak masuk ward..lepas mandikan mak sebab tau nanti dalam ward mak tak mandi kan..lap badan je..bagi mak sarapan lepas tu SA hantar mak ke hospital..mak aiii raya raya pun ramai orang kat hospital..ada yang tak beraya jugak kot...bahagian masing-masing kan


Urusan warded mak berjalan lancar, takde masalah pun..tgok mak macam sedih je sebab lepas ni mak lepak spital je..cakap kat mak nanti petang kami datang..bawak makanan mak..lepas tu SA balik terus pi pasar cari ikan ke apa apa yang perlu untuk lauk mak..mak agak x suka lauk lauk hospital..eh bukan mak sorang je tak suka..semua orang kot..


Petang tu kami bertiga iaitu SA, Abah dan Dania lepak kat mak kat hospital..itu la rutin kami hari-hari..tak perlu jaga mak kat ward sebab mak  kuat..mak operate Raya ke 6 rasanya masa tu..SA pun ddah start keja..Dania masih cuti sekolah..so Dania temankan uwan dia kat spital..

Itulah sedikit sebanyak kisah Raya 2018 SA yang sangat-sangat sederhana..harap allah kurniakan kesihatan yang baik buat mak.mak dah mula cuci buah pinggang guna kaedah CAPD ( Cuci Air)..nampak mak sangat selesa cuci cuci buah pinggang guna kaedah ni..cuma sedikit rumit sebab kebersihan perlu diutamakan..

Jumpa lagi next entry

Thursday, July 19, 2018

Kisah Syawal 2018 SA Yang Dah Basi

Hi korang..

Dah berlalu syawal, SA baru terhegeh- hegeh nak update kisah raya yang x seberapa..raya tahun ni sederhana je sebab mak tak sihat, takde la buat sambutan besar- besar. Apapun masih tetap beraya..masih pergi berjalan sana sini cuma tak macam orang lain..Raya SA hanya sampai hari raya yang ke 3 je...selebihnya uruskan mak yang masuk ward. Kali ini raya ke 4 mak masuk ward untuk operation masukkan tube untuk cuci buah pinggang dengan kaedah CAPD. Kalau cuci darah masukkan Fistula kat lengan kan..tapi sementara nak tunggu buat CAPD ni sebulan lebih gak mak ulang alik 2 hari sekali ke Hospital Jelebu untuk cuci darah..tapak sementara dipasang di leher mak..

Jom la baca kisah raya SA...petang raya tu SA balik kampung tolong masak lemang..memang tiap- tiap tahun itu je la aktiviti..bab buat lemang memang kena balik kampung..kat rumah Seremban takde tempat nak bakar lemang...lepas tu petang tu balik Seremban semula dan mula la sinsing lengan masak rendang ayam kampung, rendang daging. Adik lelaki SA balik malam raya bawak plak siput sedut..adik bongsu mengidam preggy anak ke dua...gigih masak sampai kul 2am..penat giler..masa tu takde rupa orang dah..dengan penat ngan tak mandi...gigih kul 2 pagi mandi..lepas tu pengsan...Bangun pagi raya...dah siapkan segala macam juadah untuk sarapan pagi..yang lelaki pergi solat raya..tinggal kami yang wanita2 ni uruskan rumah, uruskan anak, masa ni la nak selfie..masa ni la dah lawa2...


Selfie SA di pagi raya...takde specific warna baju..asal boleh jer SA ni..kebetulan Dania pun warna akan- akan sedondon..

Tak lama lepas tu semua yang lelaki dah balik dari amsjid...masa ni la nak bersalam raya, minta ampun maaf atas segala kesalahan..masa ni memang syahdu tp bravo la SA tak nangis pun..jom layan gambar minta ampun dipagi raya


Dimulakan dengan mak...


Diikuti SA..Dania ni amik gambar gegar la..


Mintak maaf ngan mak...


Giliran Angah plak satu family


Dak pemalu ni salam mama kena cium...


Salamm....salammm.....


Family adik no 4


Family adik bongsu


Salam kosong2...sebagai kakak sulung memang kena la duk kat kerusi...terasa diriku dah tua..


Ni la mak abah SA yang tersayang


Mak abah dengan sebahagian cucu2nyaaa....


Family Ateh...ni la mommy daddy si comel Dida tu


Family adik lelaki SA..


Family SA...sorry takde laki..hahaha...


Angah Satu Family


Acu satu Family


Ateh satu family


Family SA..

Satu family jer takde..family adik SA si Lisa..turn dia beraya rumah mertua dia masa ni...

Lepas salam-salam raya dan dah sarapan kami gerak ke rumah Mak Long di Seremban Jaya, dari situ nanti balik kampung abah plak...


Macam- macam ada tu ha..sampai rumah mak long memang rumah dia penuh..anak- anak Mak long ramai..blom campur cucu dia yang ramai..lebih 30 orang kot cucu dia..meriah..kalau buat kenduri tak yah jemput ramai- ramai dah..cukup kot anak beranak je...


SA ada masalah besar bila raya..SA tak lalu makan...maybe sebab SA dah penat masak jer kot..


wefie ngan family..

Lepas rumah Mak Long kami teruskan perjalanan balik ke kampung sebelah abah di Rantau. Balik sini pun tak berapa ramai..adik beradik abah ada yang tak balik berkumpul..tapi cukup meriah jugak la kan...SA perasan tahun ni raya SA tak banyak amik gambar..maybe sebab dah set kot dalam otak..tahun ni raya sederhana je..


Selfie is a must...


Dida dan Dhia...dua orang ni dapat naik rumah atas...bukan main lagi...


Abah dan sebahagian adik beradik dia...


Raya tahun ni sangat bermakna untuk abah sebab baju raya tajaan Jakel..suka betul abah tau..padahal SA dah belikan abah baju kaler pink..hahaha..so simpan la baju pink tu untuk raya haji..


Baju dah hensem dah...tang kasut tu failed...abah pakai selipar je...


Masa ni memang layan jer anak dara SA ni bergambar


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami 2 beranak...baju dah sedondon dah..


Ikutkan SA suka beraya suasana kampung..nyaman jer udara segar...


Selfie lagi...


Next pose..


Sibuk jer Acu


Gambar ni sebenarnya kandid...oh...baju SA ni beli kat Vietnam..kirim kat Anil Wanina


Takde kerja buat kerja...

Alhamdulillah....masih diberi kesempatan untuk beraya dengan family..mana la tau kalau sampai jodoh SA nanti beraya plak dengan keluarga lain kan...ehhh..hahaha..takde la..SA masih macam ni..x tau la berjodoh lagi ke tak..semua tu kerja allah kan...lepas ka kampung abah..kami teruskan perjalanan balik kampung mak plak di Seri Menanti, Kuala Pilah..kisahnya kat sana kami tak sempat bergambar pun sebab kepenatan..hahaha...

So dapat tak soalan cepu emas, cepu gangsa or soalan cepuk muka? adat la tu kan ..orang- orang tua mana tau guna internet atau hp canggih..so diorang tak tau nak citer pasal apa..apa yang diorang nampak tu la yang akan keluar dari mulut diorang...SA masih tak terlepas dari soalan membawang...tapi SA tak kisah pun..kalau SA rasa nak jawab SA akan jawab..kalau tak jawab SA senyum je..kadang ada la pihak lain tolong jawabkan..yang penting jawapan tu jangan sampai mengguris hati mana- mana pihak..ikutkan memang tak suka..tapi kita tak nak nanti di labelkan KURANG ADAB kan..Mak Abah dah besarkan dan didik SA tentang adab...so..hormat menghormati tu sangat penting...

Itu aje lah kisah Syawal dah basi SA...takde yang menarik pun..hanya sederhana asalkan beraya...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah