Showing posts with label Wanita dan Tudung. Show all posts
Showing posts with label Wanita dan Tudung. Show all posts

Tuesday, July 7, 2026

Sarapan SA Hari Ini...

Assalamualaikum wrt...

Sama macam semalam...SA sarapan masih buat half boiled egg...air pun sama bancuh sendiri macam biasa....roti dh habis...SA beli sandwich je...cukup la untuk sampai tengahari...untuk lunch SA bawak bekal tapi nak beli sayur skit..hari ni x tau nak beli lauk apa...tengok la apa yg ada kang...





 

SA perasan tudung2 SA macam susah nak bentuk..sebelum ni OK je..lepas tu nak gosok pun macam dah x smooth..sekali teringat..x asingkan masa hantar dobi....hadehhhhh....rosak tudung...yg hantar dobi of course suami dan kadang Dania...merasa la 2 helai tudung cotton SA ni masuk dryer...nampak x bentuk x on point dia tu...terkelepet tu...

Kena beli tudung baru la ni kan?

Cc : En Suami...

Hahahahahahaha....


Thursday, October 16, 2025

Wanita Dan Tudung Tak Dapat Dipisahkan

Assalamualaikum...

Ada sesuatu yang indah bila kita tengok wanita bertudung ni. Lembut, sopan dan tenang seolah-olah setiap helaian kain itu bercerita tentang keanggunan tersendiri. Mungkin sebab itu, tudung dan wanita memang tak dapat dipisahkan.

SA sendiri memang tak pernah jemu dengan koleksi tudung. Baru-baru ni, SA beli tiga helai tudung bawal dari jenama Shawlpublika. Entah kenapa, setiap kali SA cuba jenama lain, akhirnya SA tetap akan repeat Shawlpulika juga. Tudungnya lembut, senang bentuk dan paling penting, nampak kemas bila dipakai. Tak perlu ambil masa lama depan cermin pun dah boleh siap cantik!





Ni yang SA Pakai Isnin hari tu..


Yang ni pakai masa balik JB


Ni SA pakai masa training kat Putrajaya

Bila dah jumpa tudung yang ‘sempurna’, confirm asyik repeat order! 😍

Yang buat SA makin suka, harga dia pun berpatutan. Tak perlu berbelanja besar untuk nampak bergaya cukup dengan gaya yang kena dengan diri kita. Kadang-kadang, tudung yang simple pun boleh nampak manis bila hati kita pun sedang tenang. 

Kalau korang pun jenis suka tudung bawal macam SA, mungkin boleh cuba jenama ni. Tapi SA nak tahu juga… korang pula lebih suka tudung bawal, shawl, atau instant hijab? 

Kongsikan di ruang komen ya ..mana tahu kita kongsi cita rasa yang sama. 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah