Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Sunday, September 16, 2018

Ayam Brand Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan Warisan Budaya Malaysia Selama 126 Tahun

Dari zaman British Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”.

Chronological timeline of Ayam Brand in Malaysia for 126 years.


Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Children enjoying their can of Ayam Brand Mackerel and Sardines in tomato sauce - photographer Stefen Chow


Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.

 The vintage 1930s Ayam Brand Green Peas can label

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.
Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.



Kualiti sebagai keutamaan


Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan.  Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran.

An Ayam Brand factory employee in Taiping arranging Ayam Brand cans - photographer Stefen Chow

Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai.
Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.

Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk. Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat.

Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar. Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas.  Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan.


 The vintage 1930s Ayam Brand Green Peas can label.

Mengenai Ayam Brand


Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

Friday, May 18, 2018

Ramadhan Day 1| Resepi Betik Mengkal Goreng

Assalammualaikum...

Macam mana dengan First day Ramadhan korang..berjalan dengan lancar? Anak-anak yang baru belajar puasa tu memang menduga ibu-ibu kan..sure ada yang setiap saat saatanya bila nak Maghrib, SA dah lalui dulu dah masa dania umur 5 tahun. aYe dania start puasa half day masa umur 5 tahun dan alhamdulillah dia puasa penuh since umur 6 tahun..cuma sejak dah anak dara ni dia x boleh dh cukup puasa kan ..macam mana keadaan korang..okey ke x tu..seronok puasa kan..cuaca pun tak panas bagai memahami keadaan semua yang berpuasa..SA sepanjang hari memang x rasa lapar tapi lebih kepada dahaga..buka puasa pun banyak minum air je dari makan..

Bersempena bulan puasa ni SA nak share resepi rare skit ngan korang..ada ada anyara korang dah biasa ngan resepi ni..tapi maybe ada ada yang tak tau..tau kan betik mengkal? betik yang baru2 nak mencelah masaknya..yang masih hijau kulit dan ada ada sikit2 kuning..nak tau mengkal ke x senang je..korang beli yang ada ciri-ciri nak masak tu dan masih keras...resepi ni resepi mak SA dan dia selalu masak masak masa dia muda-muda dulu. SA dulu tak berapa suka..tapi sejak dh tua ni SA dah mula suka lauk lauk rare..

Resepi Betik Mengkal Goreng

Bahan- Bahannya
  1. 1 biji betik mengkal - dicincang
  2. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
  3. Bawang merah 4-5 ulas - ditumbuk
  4. Serai 3 batang di titik
  5. Ikan bilis segenggam - ditumbuk
  6. Cili padi 20 biji ikut suka pedas - ditumbuk
  7. Garam



Cara memasak


  1. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan betik yang dh dicincang
  4. Masak sehingga air dari betik tadi kering
  5. Digaul selalu agar bahagian bawah tidak hangus
  6. perasakan garam
  7. Siap
Mak SA cakap lauk li elok digandingkan dengan ikan masin goreng. Tak kisah ikan masin apa asalkan ada ada ikan masin. Dan semestinya lauk ni lauk lauat sebab akan akan buat korang makan bertambah. Kalau dh bertambah makan tu maknanya apa? Kelaut dalam la diet korang kan?

Hehehe..selamat mencuba ye....

Thursday, May 17, 2018

Kenikmatan Raya Bersama Kimball Dan Selebriti Cef Fikree Aznan

Rumah terbuka Hari Raya merupakan satu sambutan perayaan meriah yang pasti dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai bukan sahaja untuk menjamu hidangan yang disediakan tetapi juga untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim. Akan tetapi, ramai mungkin menghadapi stres apabila hendak merancang majlis rumah terbuka, daripada memilih barang hiasan rumah, membeli baju Raya untuk ahli keluarga kepada perancangan menu rumah terbuka.

Sertai peraduan ini untuk berpeluang memenangi rumah terbuka bersama Cef Fikree dan Kimball!


Alangkah indah jika pada tahun ini, anda tidak perlu bersusah payah merancang atau berbelanja untuk menganjurkan majlis terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai, dan beraya bersama selebriti cef?

Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Cef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.

 Resipi-resipi dari kempen terbaharu Kimball, Mudah Dan Lazat, Hati Terpikat.

Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, jawab satu soalan mudah dan hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016.454.7909. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat,  sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di http://www.kimball.com.my/ atau Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/!


Mengenai Kimball Malaysia

Dengan warisan lebih dari 40 tahun, Kimball merupakan jenama makanan Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis produk seperti Sos (Chilli, Tomato, Tiram, Lada Hitam, BBQ), Sos Salad (Mayonis), Pasta Kering dan lain-lain untuk mencipta pelbagai pilihan yang menjimatkan. Kimball menggalakkan warga Malaysia untuk menambah produk-produk Kimball dalam penyediaan hidangan mereka bagi menjadikannya lebih lazat dan lebih menjimatkan.

Sunday, November 22, 2015

Kuali Makan Tuan!!!


Bukan tak biasa masak..malah masak ni dah memjadi rutin..biasa tak pernah kena sebab sudip panjang kan..haih goreng karipap je kot tetiba leh melekat jari kat kuali...giler punya sakit...padahal bab masak ni dh pro dh..memang dah takde masalah dah...Malang tak berbau la ni..merasa jari telunjuk melecur ha..dah menggelembung tp malas nak pecahkan..nanti lagi sakit..
Alaaaaaaa...once a while chef kat hotel tu pun melecur gak kena kuali panas kan...


Monday, September 20, 2010

Sambungan Pre Raya Kacau Dodol - Accident

Abah den accident..dodol yang tengah menggelegak telah terpercik terkena terkelepap terkena betis dia..mengacau dodol pakai seluar pendek..ambikkkkk..bayangkan dodol menggelegak tu kena kat kulit kita...x ker haru biru...tapi abah best..buat muka selamba mcm x sakit...

cepat2 curahkan madu...elakkan lagi jadi teruk...
tengok la...kesan melecur...kalau tgok sekarang memang teruk..kesian dia terhincut2 nak jalan..sakit tu gamakknya..nasib baik bukan Lisa yang kena..moral nyer..jangan pakai seluar pendek ketika mengacau dodol yer anak2....

Monday, March 15, 2010

IBU MENGANDUNG HAMPIR MAUT KERETA DI HEMPAP KREN..(Belum tiba ajalnya...subhanallah..)

Bermulalah sebuah kisah....hanya kematian yang difikirkan oleh pengguna jalanraya yang melihat kemalangan ini..


Bila mendapat maklumat 5 buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini dan sebuah kren yang terbabas lalu menghempap sebuah dari kenderaan yang terlibat.
akhirnya dapat dilihat kerakusan kren yang melanggar kenderaan ini..kia spectra yang dinaiki seorang ibu dan anaknya
Gen 2 juga dipandu seorang ibu yang baru pulang kerja
akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawab..sebuah kereta wira di bawah kren tersebut..


Lihatlah..kerakusan kren ini..ranap bahagian depan wira tersebut..hanya kematian..ya allah...

suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah memanggil nama isterinya..bertawakal dan berserah..

akhirnya dengan kuasa allah satu keajaiban terjadi..siibu yang terperangkap di bawah kren menjerit meminta tolong...

Usaha terus ditingkatkan bagi mengeluarkan ibu tersebut



akhirnya wajah si isteri dapat dilihat..memguatkan lagi semangat anggota bomba utk berjuang menyelamatkan ibu ini..

tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan si suami melihat isteri tersepit di bawah kren ini..

Kata2 semangat dan bacaan al quran yang dapat diberikan oleh suami agar isterinya mampu bertahan..

Pihak bomba terus meningkatkan usaha!!!!!!!

Akhirnya bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta


Ya allah....

Bantuan dari sebuah kren di perlukan untuk mengangkat kren ini bagi mengeluarkan si ibu


wajah tenang si ibu dapat dilihat dan kren dapat diangkat.orang ramai menarik keluar kereta itu dan dgn berhati2 pihak bomba mengeluarkan si ibu yang sedang sarat mengandung.



ibu ini berjaya dikeluarkan dan diberi bantuan segera oleh paramedik


Lihatlah kebesaran Allah, kita pasti tiada nyawa yang dapat diselamatkan apabila melihat kesan hancur kereta ini..namun si ibu sungguh bertuah...ngeri dan tragis sekali kejadian ini..selain takut..Lisa berjanji pada diri sendiri utk berhati2 ketika memandu...Ya Allah..jauhkan aku dari malapetaka ini melainkan telah tersurat itu yang harus aku terima...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah