Wednesday, June 18, 2025

Menu Lunch Hari Ini Pasta Spiral Goreng

Assalamualaikum...

Walaupun SA busy hari ni..tetap bangun 4am masak untuk bekal..malam semalam dh prep bahan nak buat spiral pasta goreng..bahan xde la banyak mana pun..bahan untuk tumis bawang putih, bawang merah, lada hitam. Pastu ada minced meat Ramly burger ngan sosej Lotus. SA tambah tomato cherry dan carrot...



 SA guna resepi mummy Ayu tapi ada derhaka bahan skit...x letak mixed herbs ke oregano ke..malas nak cari dalam kabinet subuh-subuh sepie tu...

Sebungkus  cukup untuk kami 4 beranak..SA bawak untuk bekal sekali untuk suami dan tinggalkan skit untuk PZ dan Dania...Dania bawak pi tempat kerja gak..

Alhamdulillah  sedap dan habis licin SA makan..bertambah sedap bila ada sosej Lotus tu...SA ingat x sedap sebab suami beli sampai 2 pack..risau z sedap je...tapi...memang sedap ye...lain macam sedap dia..SA hari tu sempat sound suami..x sedap siap ye..habiskan jugak nanti...hahaha...sekali memang sedap..SA x pernah beli yang jenama Lotus..selalu beli yang selalu SA beli kat Zemart je..lepas ni boleh la beli lagi...huhu...

24 comments:

  1. Sedap² tambah bila ibu baca entry SA ni perut tgh lapar

    ReplyDelete
  2. Awalnya SA bangun.
    Alhamdulillah, sedap air tangan SA.

    ReplyDelete
  3. Sedap nampaknya...
    Hari ini bfast kami Macaroni goreng

    ReplyDelete
  4. Dulu masa masak bekal anak rajin la masak pelbagai jenis pasta. Lama tak masak spiral ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau sosej saya suma brand ayam pertiwi, dia rasa sosej zaman2 sekolah dulu. Nanti nk try beli jugakla sosej lotus ni

    Saya kalau gi lotus suka beli dia punya megi tomyam. sedap betull

    ReplyDelete
  6. Awal tu menyiapkan sarapan dan bekal. Sedap habis tu senang hati. Tak pernah beli juga sosej lotus. Jarang ke lotus sebenarnya. Sosej pun lama tak beli. Pasta lagi sedap kalau tambah sosej, sosej dia sedap pula tu. Patutlah licin.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya spiral pasta SA ni.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Yg penting habis.. Ft

    ReplyDelete
  9. Kalau pasta ni Dania paling suka. Ummi dan ayahnya makan juga.

    ReplyDelete
  10. Kadang sosis ini memang harus pilih betul. Ada banyak, tp yg sedap tak banyak. Saya pun kalo ada yg memang suka, biasanya beli brand itu saja

    ReplyDelete
  11. Yummy, spiral goreng. 😋

    ReplyDelete
  12. Macam nak masak pasta juga harini, duduk sengsorang ni dah bosan juga makan nasi hahahaha

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaaa spiral goreng! mcm nak kena buat jugalah nti! ehehehe

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..sedap nampak tu.
    ala kita yg wat dia, ikhlas & penuh kasih sayang..confirm sedap punya la

    ReplyDelete
  15. Ramai gak yang cakap frozen food jenama Lotus sedap. Akak ada beli tapi tak ingat mana satu akak beli.

    ReplyDelete
  16. Uihhh nampak sedap makanan nie, boleh lah mintak chef saya masakkan...🤭

    ReplyDelete
  17. walaupun derhaka bahan tp ttp nampak sedapppp

    ReplyDelete
  18. Ammi belum stock up frozen food pun. Minggu ni anak2 semua ada dirumah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah