Assalamualaikum wrt...
Korang pernah tak tengah syok scroll TikTok, tiba-tiba muncul satu barang yang korang rasa "Eh, macam perlu je benda ni?" Haa.. itulah yang jadi kat SA baru-baru ini. Niat hati nak tengok video masak-masak je, sekali terlekat kat live Travel Steam Iron dari brand MMX.
Kenapa SA Beli?
Sebenarnya dah lama cari seterika yang kecil untuk bawa travel atau nak touch-up baju yang kedut sikit-sikit.
Selain tu sebab....
Saiz Comel: Sangat kompak, masuk dalam luggage memang tak makan ruang.
Harga: Memang mampu milik, apatah lagi kalau beli waktu live tengah ada voucher dari harga RM47, SA dapat RM33...berbaloi kan?
Design: Nampak moden dan premium (warna putih-gold tu memang menawan!).
First impression bila barang sampai, SA terus unboxing. berat dia pun tak adalah berat sangat, tapi rasa solid. Yang paling best, dia jenis steam iron, jadi tak risau sangat kalau jenis fabrik yang sensitif. Sesuai sangat untuk mak-mak yang selalu nak cepat macam SA ni.
Selalu la terjebak...
Aesthetic sangat
Bahagian tapak dan bekas air yg disediakan
Lepas ni kalau pergi mana-mana, tak perlu dah nak harapkan seterika hotel yang kadang-kadang tapaknya dah hitam tu. Bawa sendiri lagi puas hati kan...kebetulan SA nak pi Mersing minggu depan 3 hari..so sedang elok la..risau plak kalau homestay xde iron..itu yang SA beli tu...
Ada yang tengah fikir nak beli juga ke tu? Hati-hati ya, sekali tengok live, confirm rasa nak checkout beg kuning! 😂







Nampak unik seterika ni. Nasib baik dah ada dah....
ReplyDeleteSenang bwa kemana mana ye
ReplyDeleteNak kena jgaklah ni he hee
Kat beg kuning saya tak ada jual ini lagi. Mungkin perlu letak juga ni. He he he.
ReplyDeleteThis is a beautiful iron.
ReplyDeleteCuya pon dah lama berkenan iron ni.. one day kene checkout jugakkk
ReplyDeleteSamalah kita SA. Kak Amie pun beli travel iron steam di tik tok. Tapi jenama Haier, harga RM84. Hari Isnin lepas diterima. Senang nak bawa je mana-mana sebab comel kecik jew.
ReplyDeleteCie dah add to cart dalam Shopee. Selalu je lupa nak check out. Lama dah nak beli duk mengenangkan pi hotel yang iron kat luar tu la. Lepas tu bukan steam iron memang tak hilang kedut. Cie tu brand lain. Nanti Cie share kalau dah terbeli.
ReplyDeleteMudah tu.. harga pun reasonable.
ReplyDeletecute sgt!! MZ pun memang bwk travel iron ke mana2...tp bkn yg steam la
ReplyDeleteSaya nih harus belajar lah pakai steam iron. Tak lulus2 pakai ini. Tiap ke Malaysia , biasa hotel dah sedia iron steam kan. Tp dah 3x baju saya robek saat setrika 🤣🤣🤣. Tak terlalu paham pakai yg model steam.
ReplyDeleteSetrika di rumah pula asisten pakai yg model biasa. Bukan steam. Akhirnya saya bawa iron sendiri, tp yg model biasa, dan memang utk travel. Hrs belajar pakai yg steam. 😅
Iron ..penting tu ada di rumah kan..pakai baju tak licin nati tak ada iron..
ReplyDeleteso far dah guna ok x tahap kepanasan dia kalau guna kat baju yg jenis mcm cotton tu?
ReplyDeletecute ni boleh bawak travel! warna pun cantik
ReplyDeletelinda pun dah beli masa nak raya puasa hari tu.. sebab iron dekat kampung udah selalu makan baju @ tudung.. yang pandai guna, kakak je... sebab dia yang selalu guna.. jadi, untuk keselamatan baju dan tudung raya... beli la yang comel ni.. hihihi
ReplyDeleteComel betul seterika nya..
ReplyDelete