Friday, July 24, 2026

Resepi Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Assalamualaikum wrt...

Salam Jumaat semua! Hari ni rasa macam tiba-tiba nak makan benda yang segar-segar dan berunsurkan ulaman sikit.. PZ call SA bagi tau dia pi pasar nampak pucuk paku hijau segar, nak beli tak katanya...terus terbayang Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang. Kombinasi rasa masam, pedas, dan manis kerang tu memang kecur liur! Terus SA suruh dia beli 2 ikat...mintak dia beli kerang segar sekilo je...teringin makan kerabu kerang....

Kadang-kadang bila tekak rasa muak dengan lauk bergoreng atau bersantan, resepi kerabu macam ni lah yang jadi penyelamat. Tak perlu renek lama-lama atas dapur, cuma celur dan gaul-gaul dah siap! Nak tahu macam mana SA buat? 

Jom semak bahan-bahan kat bawah




Resepi Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Bahan-Bahan:

Pucuk paku (celur dulu)

Kerang (rebus dulu)

Cili besar,cili padi dan bawang putih (ditumbuk) 

Bawang merah (Hiris)

Tomato (potong kecil)

Cili padi (hiris kecil)

Limau nipis perahkan dalam bahan nanti

Sos ikan (agak-agak, SA letak 3 sudu besar)

Gula dan serbuk perasa. terpulang kalau nak letak garam sebab sos ikan dah masin.


Cara buat :

*Satukan semua bahan kacau sebati...boleh di hidangkan..


Senang sangat kan? Tak sampai 20 minit dah siap satu hidangan yang segar dan membuka selera. Makan pulak dengan nasi hangat-hangat, memang tak sedar bertambah! part ni bahaya..untuk SA berpada- pada la makan kan? kang effect kat berat badan plak...

Korang pulak macam mana? Suka kerabu versi masam-pedas macam ni atau suka yang letak kerisik?


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah