Acara sekolah yang last minute diberitahu yang memaksa mama ambil cuti kecemasan..
program yang memakan masa yang lama
9.00am - 12.00pm
semangat penting along...semangat tu...untuk anak tak salah berkorban cuti walau hakikatnya tak berbaloi
dan mengundang kesedihan di hati
Ainnul Dania Huda
sebab apa?nak citer segan..tp kalau tak citer persoalan itu terbuku di hati..
so aku decide untuk kongsi ngan u olls di sini
boleh tahan kehadiran ibubapa walau di beritahu last minute
x pasti kenapa anak2 ini diarahkan duduk di area ni...tercari2 kalau dania ada dalam ni...xdo
antara adik2 cemerlang..
Kakak Dania yang tetiba ceria jer muka dia..i think dia ingat mama takde..sekali nampak mama kat depan stage tgh standby kamera
terima hadiah...sampul..dalam tuh ada duit la tuh...
wajah anak cemerlang...hehehehe..masa ni masih seronok lagi...
sebab tak tau amount dalam tu berapa kan...
muka frustrated..
nak tau sebab apa..aku tak paham la sekolah diorang ni...
apa2 memang nak buat majlis termasuklah event kecil2..tapi sekaligus menghancurkan semangat anak murid yang berkobar2..apatah lagi ibu bapa yang last minute terpaksa ambil cuti..
macam tak berbaloi aku ambil cuti walaupun hakikatnya aku memang patut beri semangat kat anak dara aku tuh...aku tak tau lah sekarang ni aku marah ke apa..
korang nak tau kenapa?
sebab anak aku si Dania ni hanya dapat RM8.00 for anugerah pelajar cemerlang darjah 1.
wajarkah?hilang semangat anak2 kecil mcm ni..apa lah salahnya pihak sekolah bagi amount lebih sikit..RM30pun dah cukup ok..
meleleh2 airmata Dania..memang touching tau..
siap cakap..banyak ni ajer cikgu bagi mama..Dania dah suruh mama cuti..atuk cuti..nasib baik tak suruh ayah cuti..hadiah lain dania tak dapat pun..
seeee...mcmana aku tak hangin korang...
yess..kita hadir sebagai pemberi semangat..tapi pihak sekolah x boleh la buat mcm ni..
sepanjang hari semalam nampak sangat dia frustrated..
main ngan baby jer dia..nak tunjuk dia ok..dia mewarna tp dari riak muka dia aku faham sangat
sebab aku yang lahirkan dia dan aku yang selama ni dengan dia...
xper la nak..nanti kita pi vacation berdua kat Genting yer..tunggu bonus mama keluar..
aku akan bawa perkara ni ke mesyuarat PIBG sekolah ni tahun depan..