Monday, April 26, 2021

Haurabelle Brick Red Meriahkan Hari Isnin...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Permulaan hari dengan warna yang ceria..SA pakai Haurabelle Brick Red hadiah dari seseorang...haaa...dapat hadiah lagi...tapi yang ni yang bagi hadiah tak bagi reveal siapa...okey la kita hormat permintaan orang...baginya dah lama dah...baru tergerak hati nak pakai...ikutkan nak pakai masa raya nanti dengan Dania...tapi macam alaaa...pakai jer la...hari ni nak nampak sopan dan elegant to office..

Semalam SA x update blog pun, tak tau kenapa rasa tak lalu nak tengok laptop. Biasanya rajin...semalam rasa lesu sangat dengan cuaca panas..semalam pun amik keputusan tak nak masak sebab dah takde idea nak masak apa...hati tu lebih pada nak makan makanan orang lain masak...sabar jer la kan..tapi tak leh..knowing Pak Zain jenis makan nasi waktu buka puasa..kena gak buat lauk...so buat la sayur goreng dan telur bungkus permintaan Dania...




Aci tak ootd dalam bilik filing?


Okey ke SA pakai baju ni...?

Hahaha...ini size S ye...so tak nampak besar gedabak kan...ada yang cakap SA tebiat pakai baju jubah pi kerja...eloooo...baju ni sesuai pakai pi pejabat la...slowly pakai baju yang longgar- longgar kan...takkan nak berimej seksi sepanjang masa...sesekali nak jugak tukar penampilan....tapi baju ni seriously memang selesa...flowy jer kain dia..seluar pun best pakai....

Okey la..nak buat kerja...SA bakal sibuk kejap lagi...

Terima kasih Adda blogger remind page SA ni dah dapat view 7 juta...ya allah terharunya walau jauh lagi perjalanan nak ke 10 Juta....terima kasih pada korang yang sudi berkunjung jugak...appreciated sangat- sangat..


Saturday, April 24, 2021

Alaris, Nusari Bayu @ Bandar Sri Sendayan

Semua orang ada rumah impian kan? sebuah rumah yang besar dan cantik, dilengkapi pelbagai jenis kemudahan. Paling suka kalau terletak di kawasan yang menenangkan dan berdekatan dengan bandaraya. Yang penting selesa untuk sebuah keluarga serta konsep pemilihan design dan warna yang berbeza yang pasti memenuhi citarasa. Zaman ini ramai yang suka membeli rumah yang sedia dihuni dan siap sepenuhnya  agar tidak perlu menunggu lama. Walaupun negara kita kini dilanda pandemik Covid 19,hartanah tidak terjejas dan untuk anda yang berhasrat untuk memiliki rumah impian ini adalah masa yang paling baik kerana pelbagai rebat diberikan kepada pembeli.


Setiap individu mempunyai keutamaan dalam memilih rumah idaman sama ada untuk didiami,untuk pelaburan mahupun untuk diwariskan kepada anak-anak..Saya sendiri pentingkan beberapa faktor dalam pemilihan rumah idaman antaranya Lokasi Strategik, Kawasan dilengkapi Prasarana dan rekabentuk rumah yang praktikal...Perumahan di Bandar Sri Sendayan ini setanding dengan kawasan perumahan yang hebat di Lembah Klang. Menariknya lagi kawasan perumahan ini merupakan laluan angin yang sering bertiup nyaman membuatkan ianya mendamaikan dalam suasana yang penuh ketenangan dengan udara yang segar.






Floor Plan

ALARIS Nusari Bayu sebuah lagi kawasan perumahan baru dan telah dirasmikan yang sememangnya menarik perhatian ramai. Dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2022.Tenang dan damai..korang pasti setuju dengan pendapat saya....semakin ramai memilih membeli rumah di kawasan Seremban sedangkan mereka bekerja di Kuala Lumpur. Ini kerana lokasi adalah sangat- sangat strategik memandangkan jarak tidak jauh dari Lembah Klang dan mempunyai highway utama. Kawasan perumahan ini adalah pegangan bebas yang berkeluasan 23 ekar. Rumah yang ditawarkan adalah 2 tingkat dengan keluasan 20' x 70'. Gaya dan konsep kontemporari yang diketengahkan cukup sempurna untuk anda menetap disini. Ditambah pula dengan kawasan yang dikelilingi rimbunan hijau pelbagai pokok disekitarnya.


Jenis rumah 

TYPE A

2,141sq.ft . (INT)

2,337sq.ft (ET)

2,416 sq.ft (. (CT) 

Unit yang ditawarkan adalah 192 units

Non.Bumi - 96 units

Bumi Terbuka - 38 units

Bumi -58 units




Memandangkan Bandar Sri Sendayan  berkonsepkan township maka pelbagai kemudahan dan fasiliti di beri penekanan utama dan dibangunkan untuk kemudahan penduduk di kawasan ini. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan sekiranya anda memilih kediaman ini.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  1. Akses lebuhraya PLUS
  2. Highway Seremban -Port Dickson
  3. KLIA Linkage 
  4. Senawang -KLIA Expressway ( proposed)
  5. Kemudahan taman reakreasi d'Tempat Country Club, Sendayan Green Park, Carnelian Park dan X Park
  6. SJK(C ) Bandar Sri Sendayan, SMK Bandar Baru Sri Sendayan dan Matrix Global School
  7. Kemudahan Klinik dan Hospital yang berdekatan
  8. Tesco, AEON dan Mydin berdekatan


Terdapat 3 type untuk ALARIS Nusari Bayu  iaitu Bumiputera Lot, Bumiputra Terbuka Lot dan Non Bumi Lot. Adakah anda seorang kakitangan kerajaan yang sedang mencari rumah dan ansuran bulanan yang rendah disediakan? ALARIS Nusari Bayu adalah pilihan yang sewajarnya....

Pakej menarik yang ditawarkan adalah:-
  • Harga Kemasukan Rendah. Harga SPA bermula dari RM 511,999 untuk Bumiputera
  • Pengecualian Duti Setem dengan Insentif HOC 2.0 (sehingga Mei 2021).
  • Unit tersedia untuk berpindah*
  • Bayaran tempahan RM1,000.
  • Keahlian d'Tempat Country Club percuma
  • Ganjaran khas untuk kakitangan Kerajaan untuk unit terpilih.

Keahlian d'Tempat Country Club Percuma..

Apa yang anda perlukan semuanya ada di sini....



Swimming pool


Gymnasium


Tennis court


Spa


Jika korang memilih untuk menjadi pemilik di ALARIS Nusari Bayu , pastinya korang tidak akan menyesal kerana segala fasiliti terbaik untuk gaya hidup sempurna ada di sini. d'Tempat Country Club ini menempatkan gymnasium, bowling, Squash, Tennis dan Badminton untuk penduduk disini beriadah. Paling best swimming pool bersaiz Olympic juga lengkap untuk kegunaan penduduk.

Masih mencari kediaman bak syurga? disinilah kediaman yang patut anda pilih untuk kebahagiaan keluarga anda serta untuk membina masa depan anda. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila daftar melalui http://bit.ly/nb2registerform


Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 12

Assalamualaikum

Hi korang..

Hari ni puasa yang ke 12 kan....so hari ni SA ada kat rumah dan my turn plak masak...memang tak bagi mak abah masuk dapur dan memang SA buat semua sendiri...berpeluh gak SA masak sensorang nasib dah biasa kan...hari ni meriah lauk dari hari biasa...sedap makan walau tak ramai punkat rumah...of course kami berempat je...tapi macam biasa la lauk ni bawak sampai ke sahur nanti....

Jom tengok apa yang SA masak....



Kari ikan bawal emas


Chicken Chop request by Dania


Blackpepper sauce homemade


Ikan bilis goreng berlada


Sambal belacan


Sayur Kangkung Celur


Sambal Udang Harimau...

Alhamdulillah....

Syukur berbuka hari ni sedap makan...

Harap- harap esok boleh berkumpul berbuka dengan adik beradik...Adik no 3 dan adik no 4....kalau jadi la diorang nak berbuka kat rumah SA..kalau lagi ramai lagi best kan...

Korang berbuka apa hari ni?


Langkah Ke Arah Penglihatan Yang Lebih Baik

Teknologi baru dalam kanta progresif menyediakan fungsi optik dan ketahanan yang tiada tandingan untuk visi yang sempurna


Peranti digital telah menakluki dunia pada kadar yang amat cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seterusnya memberi pelbagai cabaran baharu kepada mata manusia. Selain daripada melihat skrin digital pada jarak dekat selama beberapa jam sehari, tindakan mudah seperti menukar antara pandangan dekat dan jauh juga telah banyak meningkat.

 


Menurut Hoya Vision (“Hoya”), hasil kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia meluangkan masa antara 8 hingga 10 jam sehari untuk melihat skrin digital. Menukar antara skrin komputer riba kepada telefon mudah alih, dan dari tablet kembali kepada komputer riba dan navigasi dalam kenderaan boleh memberi tekanan kepada mata seseorang.

 

Bukan itu sahaja, mata kita juga sentiasa berubah dengan pertambahan usia, dengan mengambil kira pelbagai cabaran baharu dan masalah mata yang sering dikaitkan dengan usia yang mungkin kerap berlaku seperti presbiopia. Presbiopia, sejenis masalah penglihatan yang biasanya berlaku dalam kalangan individu yang berusia 40 tahun ke atas, menyukarkan mata untuk memfokus kepada objek dalam jarak dekat. Oleh itu, mereka yang menghadapi masalah ini sering kali mengalami kesukaran untuk melaras fokus kepada buku, skrin komputer dan papan putih di bilik mesyuarat. Kebanyakan orang akan menggunakan kanta dwifokus untuk membetulkan masalah ini. Namun, kanta dwifokus tidak menawarkan kebolehan yang sama seperti kanta progresif kerana pemakai perlu melaras posisi mereka untuk mendapatkan zon yang ‘betul’ agar dapat melihat dengan jelas.
 

Kanta progresif yang berfungsi dengan cara yang sama mungkin dapat menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, banyak kanta progresif di pasaran tidak disesuaikan dengan pemakai, seterusnya membawa masalah seperti gangguan pada penglihatan periferi mereka. Antara masalah lain apabila memakai kanta progresif yang tidak disesuaikan dengan pemakai adalah lengkok pembelajaran yang lebih curam, di mana pemakai perlu melatih diri untuk melihat melalui bahagian yang betul pada kanta semasa melaksanakan tugas harian. Malah, pemakai juga mungkin berasa tidak seimbang dan loya kerana melihat melalui bahagian yang tidak betul pada kanta tersebut.
 

Sebagai peneraju industri, Hoya telah menjalankan penyelidikan menyeluruh selama bertahun-tahun demi menyempurnakan kanta-kanta progresifnya. Produk terkini yang dibangunkan syarikat ini iaitu Hoyalux ID Myself, memberi penyelesaian yang dapat disesuaikan 100% bagi memastikan prestasi yang cemerlang untuk semua aktiviti, memberikan pemakai perspektif dan visi yang baharu sepenuhnya. Kanta ini memfokus kepada pemprosesan imej yang stabil, terutamanya ketika bergerak. Dengan gangguan yang minimum, penglihatan yang selesa untuk pelbagai jarak, serta transisi yang lancar antara jarak dekat, sederhana dan jauh, apa yang diperlukan hanyalah sepasang cermin mata yang disesuaikan dengan kanta progresif Hoyalux ID Myself untuk menikmati segala yang disukai dalam hidup ini.
 

Kanta progresif Hoyalux ID Myself memberikan kuasa fokus yang betul untuk melihat objek dengan jelas dari mana-mana jarak. Buat pertama kalinya, kanta progresif definisi tinggi baharu ini bukan sahaja sesuai dengan keperluan penglihatan khusus pemakai, ia juga disesuaikan dengan parameter pemakai itu sendiri. Ini memberikan pemakai lebih penglihatan, lebih jarak, penglihatan jarak dekat yang lebih baik, lebih ke kiri, lebih ke kanan, dan prestasi optik yang lebih baik sepanjang hari.
 

Antara ciri-ciri utamanya adalah Penglihatan Binokular 3D yang membolehkan pemakai menikmati manfaat pengurangan gangguan dan kesan berayun yang tinggi dalam semua dimensi. Teknologi Pengharmonian Binokular yang digunakan juga meningkatkan persepsi kedalaman dan kejelasan penglihatan walaupun untuk preskripsi yang berbeza antara mata kiri dan mata kanan. Model Mata Binokular menganalisa bagaimana mata akan saling bekerjasama semasa melihat melalui kanta ini dalam pandangan semua arah, mengambil kira perbezaan yang mungkin wujud antara paras dan paksi visual mata.
 

Teknologi AdaptEase Hoya juga meningkatkan lebar visual dekat dan sederhana dan transisi pandangan tanpa mempengaruhi penglihatan jarak jauh dan hasil lapangan visual yang optimum, Hoyalux ID Myself menawarkan pengalaman yang hebat semasa menggunakan peranti digital.
 

Melalui penghasilan Hoyalux ID Myself, Hoya telah mencetuskan anjakan paradigma dalam kanta progresif individu yang boleh disesuaikan sempurna dengan mata pemakai. Ia berkemampuan sepenuhnya untuk merealisasikan potensi penglihatan seseorang dengan melaksanakan proses pembinaan yang menghasilkan salah satu kanta yang paling tepat untuk sesiapa sahaja. 

Friday, April 23, 2021

‘Capture Infinity’ Raya Ini Dengan Telefon Pintar Pertama Realme Dengan 108MP Kamera & Pengecasan Pantas 50W

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ bermula hari ini


realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme 8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.




Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.

 "Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan telefon pintar realme pertama kami yang dilengkapi dengan Kamera 108MP Kejelasan Tanpa Batasan yang menggunakan piksel tertinggi yang ada di industri. Dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat. Sekali lagi, ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.




































Kamera Ultra Quad 108MP

realme 8 Pro adalah telefon pintar realme pertama yang dilengkapi dengan kamera 108MP, mengguna pakai Sensor ISOCELL HM2 generasi ketiga dengan piksel ultra tinggi 108MP. Ia dilengkapi dengan sensor ekstra besar 1 / 1.53 inci yang mencapai resolusi maksimum 12000x9000.

realme juga mengembangkan algoritma definisi ultra tinggi baru untuk kejelasan yang tiada tandingannya dalam setiap tangkapan 108MP dengan sensor HM2 resolusi yang baru ditingkatkan dan super tinggi. Mod 108MP yang sangat jelas membolehkan anda mengambil gambar jelas tanpa batasan dalam warna yang terang hanya dengan menghidupkan fungsi pengecaman pemandangan AI.





















Teknologi Smart-ISO adalah bantuan pencahayaan terbaik anda kerana secara automatik memilih penyediaan ISO terbaik mengikut persekitaran, memastikan gambar yang diambil jelas, terang, hierarki dan berwarna-warni. Selain itu, sensor HM2 menyokong teknologi Pixel 9-in-1 Binning yang meningkatkan kualiti gambar di bawah cahaya redup.

Mod Super Nightscape telah diperbaharui ke generasi kelima di mana fungsi baru termasuk algoritma Pure Raw Nightscape dengan pengurangan kebisingan gambar AI dan penghapusan piksel mati automatik. Ia meningkatkan gambar pemandangan malam agar kelihatan cerah.

Bagi teknologi Zoom In-Sensor 3X baru pada realme 8 Pro, ia dapat meningkatkan gambar yang diperbesar dengan Algoritma Peningkatan Kejelasan. Teknologi ini mempunyai ukuran pengimejan yang lebih kecil dan kelajuan pencitraan yang lebih cepat. Ia menggabungkan lapan foto 12-megapiksel yang ditangkap dengan cepat setiap masa dan output untuk meningkatkan ketajaman dan kejelasan.

realme juga memperkenalkan mod Starry generasi kedua yang ditingkatkan dengan mengoptimumkan proses pengimejan. Langkah pencerahan bintang dipisahkan dari algoritma dan diproses oleh ISP di SoC yang dipromosikan sebagai kesan pencerahan dan pengurangan kebisingan pada gambar.

realme secara eksklusif telah mengembangkan Algoritma Video Selang Masa Starry Pertama di Dunia yang membolehkan anda mengambil 16 foto individu setiap 15 saat selama 4 minit dan digabungkan menjadi gambar akhir. Untuk Video Starry Time-lapse, anda boleh mengambil gambar pada selang 15 saat yang sama tetapi hanya 15 foto terakhir yang disimpan untuk menjimatkan lebih banyak storan sambil menyusun gambar berbintang dan menggabungkannya menjadi video selang 30fps.


Mod Tilt-shift pada realme 8 Pro dapat mengubah dunia nyata menjadi dunia miniatur hanya dengan kesan kabur yang menjadikan sebahagian foto menjadi jelas dan kabur. Anda juga dapat menyesuaikan bentuk, sudut, kedudukan dan ukuran kesan kabur secara manual atau sesuaikan kesan kaburnya agar sesuai dengan pemandangan. realme 8 Pro menampilkan Mod Video Time-lapse Tilt-shift Pertama di Dunia yang menyokong video selang waktu dengan pemutaran 10x, menghadirkan dunia nyata dengan cara yang lebih unik.


Seterusnya, realme 8 Pro juga menawarkan mod potret di mana Potret Neon meningkatkan kesan kabur pada lampu latar untuk menghasilkan tangkapan yang lebih "mengasyikkan"; Dynamic Bokeh menghasilkan gerak menarik untuk gambar jalan anda; Potret Warna AI mempamerkan protagonis unik sebagai watak utama dikesan berwarna dengan latar belakang hitam dan putih. Potret AI Baru secara automatik menggambarkan dalam pelbagai senario, menghasilkan gambar potret yang kelihatan semula jadi dan terang. Potret Selfie 16MP pada realme 8 Pro membawa gambar diri anda ke tahap seterusnya dengan Kecantikan AI, Mod Potret dan Super Nightscape.


Pengguna YouTube dan Tiktok kini dapat merakam klip kreatif dan menarik dengan kamera depan dan belakang pada masa yang sama dengan menggunakan Video Dual-view serba baru. Algoritma peningkatan AI pada Ultra Nightscape Video telah ditingkatkan dengan pengesanan pencahayaan pintar yang meningkat kecerahan dan kejelasan gambar, membolehkan anda mengambil video malam yang indah.


Pengecasan Pantas 50W dan Bateri Besar 4500mAh

realme 8 Pro mempunyai bateri besar 4500mAh yang cukup untuk penggunaan sepanjang hari kerana digabungkan dengan pemproses penggunaan kuasa rendah dan Paparan Super AMOLED. Ia boleh berlangsung selama 33 jam panggilan telefon, 82 jam bermain muzik Spotify, 8 jam permainan, 22 jam teks atau 20 jam bermain video. realme 8 Pro boleh dicas sepenuhnya dalam 47 minit atau 50% dicas dalam 17 minit dengan 50W SuperDart Charge, pengecas 65W hadir di dalam kotak untuk penggunaan pengecasan pantas yang lain pada rangkaian peranti yang lebih luas.


Apabila Mod Penjimatan Kuasa Super dihidupkan, realme 8 Pro boleh bersiap sedia selama 32 jam walaupun pada bateri 5% tahap. Pengoptimuman bateri lain termasuk Pengoptimuman Siaga Tidur, Pembekuan Pantas Aplikasi dan Penjaga Caj Malam.


Skrin penuh 6.4 Inci Super AMOLED

realme 8 Pro dilengkapi dengan Layar Penuh Super AMOLED 6.4 inci yang mempunyai warna yang lebih baik, kontras yang lebih tinggi dan paparan yang lebih realistik berbanding dengan skrin LCD. Skrin ini mencapai resolusi Full HD hingga kadar pensampelan sentuhan 180Hz untuk respons yang lebih pantas ketika bermain. Ciri Paparan Sentiasa Hidup di mana anda dapat melihat maklumat penting sekaligus. Sensor cap jari dalam paparan sensitif cahaya yang cepat dibuka menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan cekap.




realme 8 Pro boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Infinite Blue seperti mimpi dan mempesonakan sementara Infinite Black adalah lebih kepada misteri. Kedua-dua warna menggunakan reka bentuk slogan besar yang lebih berani dan reka bentuk trendy yang unik seiring dengan semangat jenama Dare to Leap. 

Panel belakang realme 8 Pro menggunakan teknologi AG-Crystal Process yang dapat menarik perhatian pengguna dengan rasa tangan yang halus dan berkualiti tinggi. Ia menghasilkan kristal mineral semula jadi, gabungan kilat dan matte, kasar dan halus, tekstur yang indah dan halus seolah-olah sedang melihat langit berbintang yang terdiri daripada butiran kecil yang padat, seolah-olah mimpi dan futuristik. 

Peranti ini sangat nipis dan ringan dengan berat 176g dan ketebalan 8.1mm, ia selesa digunakan berbanding dengan kebanyakan telefon pintar yang beratnya melebihi 200g pada masa ini. Model realme 8 Pro juga merupakan telefon pertama yang dilengkapi dengan sistem realme UI 2.0 dalam memberikan pengalaman yang lebih pantas, lancar dan selamat. 

 

Ketersediaan Produk

 

Versi

Warna

Maklumat Jualan

 

 

 

 

 

realme 8 Pro

(8GB+128GB)

RM1,299

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Infinite Blue

and

Infinite Black

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ di stor rasmi dan pengedar sah realme seluruh negara

        Tempoh pra-pesanan: 22 - 30 April 2021

        Setiap pembelian berpeluang untuk cabutan bertuah semasa mengambil realme 8 Pro pada 1 Mei 2021

        Percuma kotak hadiah pra-pesanan & tambahan 1 tahun jaminan

        Hadiah cabutan bertuah merangkumi 352 hadiah:

        88 unit x realme Smart TV 43"

        88 unit x realme Buds Air Pro

        88 unit x realme M1 Sonic Electric Toothbrush

        88 unit x realme Smart Scale

 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook page dan Instagram @realmemalaysia



GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum...

Banyak betul GA kawan- kawan blogger ni...terus rajin jer SA nak join...nasib  baik GA senang kan...kalau susah memang la SA x join...mengada kan...yang senang je nak join..yang susah x nak join...so far takde lagi GA yang susah untuk SA tahun ni...ntah kenapa rajin plak join GA sekarang ni...maybe sebab seronok kalau menang hadiah kan...

Tekan banner kalau nak join ye....



Syarat - syarat untuk join :


1. Copy banner diatas dan buat satu entri "GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM" 

2. Dalam artikel tu, boleh cerita Apa impian raya korang untuk tahun ni. kalau takda apa nak cerita, pun ok je hehehe

3. Kalau rajin, bolehla follow blog saya dan juga follow di media sosial yang lain. Kalau rajin lagi boleh la klikkan iklan di blog saya ><

4. Ok last, komen link penyertaan korang di ruangan komen entri ni!

Tarikh Penyertaan
20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)
 

Apa impian raya korang untuk tahun ni?

Impian raya SA untuk tahun ni hanya satu jer..agar SA dapat berkumpul semua adik beradik untuk sambut raya bersama sama seperti tahun- tahun sebelum covid melanda..Dapat balik kampung yang takde la jauh mana tu untuk berziarah, mengunjungi pusara dan beraya bersama sanak- saudara. Rindu nak buat semua tu..semoga kuman Covid 19 ni hilang cepat dari muka bumi ini dan kita dapat lepas bebas seperti sebelum- sebelum ni...rindu nak buat segala rutin...rindu nak travel...eh rindu semuanya laaa...serius...rindu nak macam dulu- dulu....



Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Assalamualaikum..

Hi korang..

Jom sama- sama kita meriahkan GIVEAWAY BUKU HIMPUNAN KUIH MUIH TRADISIONAL ETNIK MELAKA kelolaan blogger Fairus ni. Kita support kawan- kawan kan...menarik ni giveaway ni...sebab apa SA kata menarik?

Sebabnya buku ni mengandungi pelbagai resepi kuih- muih tradisional masyarakat etnik Melaka. Dan jangan tak percaya blogger Fairus juga penulis untuk 3 artikel dalam buku tersebut..artikal apa korang boleh rujuk blog Fairus ok...


 

Simple giveaway memang SA suka...so korang masih belum terlambat untuk join..jom la sama- sama memeriahkan lagi...menang kalah adalah adat bertanding. Yang penting kita support...


Syarat- syarat adalah sangat mudah...

1. Buat posting bertajuk Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka.

2. Muat naik gambar poster di bawah ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.

3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.

4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.

5. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.


Hadiah Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

1 buku x 1 orang pemenang. 

(Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah)


Mana tau ada rezeki kan..SA suka jer buku- buku resepi ni...SA nak tag sesiapa sahaja follower SA yang ada dalam list untuk sama- sama support Giveaway ni...

Tempoh giveaway dari 23 April - 29 April.


Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 10

Assalamualaikum,

Hi korang..

SA dah sihat, takde demam dah cumanya SA sakit kepala jer...pelik betul tak hilang- hilang sakit kepala ni...harap- harap ok ajer la..risau jugak sebab SA dah lama x sakit. Semalam seharian SA kat rumah and keep on makan ubat ikut time. Ikutkan nak sambung MC hari ni tapi memikirkan SA sorang jer, kebetulan boss ada banyak meeting. Gagahkan diri pergi office jugak.

Petang semalam dalam pada tak sihat tu SA masak jugak...masak simple dish je sebab Mak dah masak lauk lain..kebetulan nak kirim lauk untuk adik bongsu kan..sebab tu jugak SA kena pergi kerja...

Jom tengok apa yang SA masak petang semalam dan lauk yang Mak SA masak.



Sotong goreng tepung untuk Dania


Kerang Goreng Berlada


Masak Lemak Pisang muda campur ikan masin kurau


Masak Lemak Perut campur rebung


Harumanis all the way dari Perlis

Hari ni tak tau la apa yang Mak dan Abah SA masak. SA kerja kan....kalau ada kat rumah biasanya SA yang masak kan. Bulan puasa ni fridge penuh aje tapi tak tau nak masak apa...pelik betul...bahan banyak..nak gayakan masakan tu yang mak pun pening takde idea...nanti la..hari ni dah Jumaat kan....pandai la esok SA menung dulu kat depan fridge tu sebelum masak...macam mana nak elok demam kan...duk rumah pun x habis2 melasak...takpe la..insyaallah SA okey...mohon doa dari kawan- kawan ye...besar tanggungjawab kan..

Thursday, April 22, 2021

Resepi Udang Goreng Berlada

Assalamualaikum..

Hi korang,

Dah plan nak masak apa berbuka petang nanti? Takde idea? meh sini SA nak kongsikan satu lagi resepi yang paling mudah nak buat..tutup mata pun boleh buat...sebelum tu sorry kalau gambar buat korang semua terliur ye...SA xde niat apa cuma nak berkongsi resepi. Kalau takde gambar idea tu macam susah nak mari la...korang blogger pun mungkin hadapi masalah yang sama kan?

Resepi ni paling senang...SA kalau masak atau cipta sesuatu masakan memang yang tak susah..senang aje..yang mudah untuk korang cuba buat lepas tu...memang SA suka cipta menu masakan lepas tu share kat blog...simple...




RESEPI UDANG GORENG BERLADA

Bahan- bahan

1/2 kg udang kertas sederhana besar (potong sedikit muncungnya)

20 biji cili padi * 

4 biji bawang putih *

1 inci halia*

3 biji bawang kecil*

2 btg serai dititik

1 sudu besar sos tiram


bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara- cara memasak

  1. tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
  2. masukkan serai
  3. masukkan sos tiram
  4. masukkan udang dan gaul sebati
  5. kalau nak ada kuah boleh letak sedikit air, SA suka kering2
  6. padamkan api dan sedia dihidang
  7. Hidangan diatas sesuai dihidangkan untuk keluarga.


Selamat mencuba.


Resepi Kerang Goreng Berlada

Assalamualaikum

Hi korang...

Hari ni SA nak repeat share resepi Kerang Goreng Berlada. SA sebenarnya MC hari ni...rasa kurang sihat. Malam tadi SA demam..lepas buka puasa SA naik bilik atas lepas tu makan ubat terus berselimut tido. Tutup ekon segala..so tadi SA dah pergi klinik dan ambil ubat..lepas tu SA singgah sekejap pasar besar carik apa yang boleh dimasak petang nanti...teringin nak makan kerang goreng berlada..bila teringin dan allah izinkan SA dapat beli kerang fresh dan beli sekilo je..kang beli banyak tak habis pulak..so petang ni nanti SA nak goreng kerang berlada...

Jom tengok resepi...


 

Resepi Kerang Berlada

Bahan- Bahan

1. Kerang sekilo

2. Bawang merah kecik

3. Bawang putih

4. Serai 2-3 barang

5. Sos Tiram 2 sudu

6. Cili padi segenggam

7. Halia

8. sedikit secukup rasa


Cara masak

1. Bawang kecik, Putih, halia, cili api di tumbuk hancur dan di tumis sampai naik bau

2. Masukkan serai yang dh dititik dengan sos tiram

3. Masukkan kerang, goreng dan balik-balikkan 

4. Biarkan 5 minit...then padamkan api

5. Sedia dihidang dengan nasi panas


Selamat Mencuba...


Gatal Lagi Pergi Potong Rambut..

Assalamualaikum

Hi korang...

Maybe ada yang perasan kat FB Story SA ada share yang SA potong rambut Sabtu lepas..cadangnya nak buat relaxing sekali..tapi tak cukup masa plak..relaxing sekurang- kurangnya 3-4 jam...masa SA gunting rambut tu dah pukul 1pm. SA gunting kat area rumah je...Cuaca panas lepas tu dengan SA selalu ikat rambut..so struktur rambut dah patah..then SA amik keputusan nak layered je...gunting paras bawah bahu je..tapi kira banyak jugak la kan...hehehe...


Pinjam handphone Dania...


Takde la pendek sangat kan


Kalau Relaxing nampak ok skit


Now dah jadi buruk sebab blom relaxing...hahahaha...


Rambut yang rebonding semua dah gunting ye...yang ada sekarang rambut asal...hairstylist tu dh bg tau dah..kalau tak relaxing or rebonding dia akan bengkang bengkok sebab dah layered kan...sabo...x cukup masa..kalau cukup masa memang dah buat relaxing dah...alaaa...nanti cantik la semula..bukan tak cantik kan....

Ramai terkejut SA potong rambut dan dah tak cantik potongan..eleh....relax la...yang gunting rambut pun relax je...hehehehe...nak sedapkan hati sendiri kan...so tengok la..minggu ni atau hujung bulan baru relaxing..Alamak Isnin ada buka puasa penting plak tu...acaner ni kan.....kena buat jugak la dalam minggu ni...hahahah...dasarrrr....

Jumpa lagi next entry..


Wednesday, April 21, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 8

Assalamualaikum...

Hi korang...

Balik kerja semalam kan...ada budak- budak semua tu kat rumah...SA memang x masak since Isnin sebab dah start kerja kan..so memang kelaut la gambar- gambar menu masakan..ada pun mintak Dania tolong snapkan...semalam meriah sikit berbuka sebab adik ada balik..adik yang kat area Seremban la..dapat la berbuka ramai- ramai kan..kalau tak tu 4 orang jer...

So apa masakan yang ada semalam?

SA x sempat amik gambar kuew teow goreng je...



Masak tempoyak daun kayu


Ayam kampung masak lemak cili api...


Rezeki Ramadhan bila family adik ipar hantar sekotak Harumanis perlis ni...share- share la kami kat sini..merasa sorang sikit...tapi belum masak betul lagi....



Syukur alhamdulillah...diberi peluang untuk untuk merasa harumanis lagi...tahun lepas pun rasa gak..tapi masa tu MCO kan...time- time macam ni la sampainya pun...Nak beli memang tak terbeli la...dengan kos pos lagi...tapi family adik ipar ni jual gak...cuma tak tau la berapa harga jual...memang depa x pernah jual kat kami pun...selalu dapat diorang kirim....

Terima kasih buat family adik ipar...tak pernah tak kirim..bukan harumanis je..kadang kalau tuai padi pun beras baru kirim jugak kat kami di Seremban...syukur rezeki....

Jumpa lagi next entry ye..

Lunch Sebelum Puasa Di Tony Romas

Assalamualaikum...

Hi korang...

Mengada kan...hehehe...bulan posa pi up citer 2 minggu lepas SA makan dengan kawan opis kat Tony Romas...sebenarnya konon- konon last lunch sebelum puasa...padahal ada jer hari Isnin tu sehari lagi sebelum puasa..so seawal 12.30 kami makan la kat Tony Romas..nasib orang tak ramai masa tu kan...so dapat makanan cepat la...kali ni kami share- share. SA notice harga kat Tony Romas ni makin naik plak...tapi takpe la nama pun share kan...nanti bahagi 2 je bill. Portion agak besar...malas nak makan sendiri- sendiri nanti tak habis...so kami pun order la pasta dan lamb ribs..air plak amik yang bottomless. Sekali je kitorang refilled..



Ice lemon tea


Shrimp Pasta


Lamb Ribs


Nampak kecik..tapi kami berdua jenuh habiskan

So berapa harga makan  ni...

RM158.95 macam tu la x ingat...so bahagi la dua...hehehe...macam tu la kami kalau makan...selalunya share..atau pun macam makan kat paparich sorang bayarkan dulu pas tu bayar balik kat dia...alahai tengok gambar ni lagi sekali terus rasa macam nak makan steak lagi..tunggu birthday SA nanti la bulan 6...ada tak agaknya orang nak belanja steak..hehehe...

Dikelilingi Anak- Anak Buah...

Assalamualaikum...

Hi korang...semalam SA balik kerja tengok rumah riuh rendah dengan suara anak- anak buah...wah..seronoknya diorang datang berbuka sama- sama..dari awal puasa belum berbuka sama lagi kan...ini anak- anak adik yang duk area Seremban ye...tak complete sebab anak adik no 2 dan yang bongsu takde..kalau tak...confirm lagi ramai dan lagi meriah.....seronok bila ramai- ramai..kalau tak kami berbuka 4 orang je kan...

So lepas berbuka semalam masing- masing menyelit kat SA...terus SA ajak bergambar....





 

Sekejap jer diorang kat rumah SA...ye la Ibu penat balik kerja terus balik berbuka kan...nasib Atuk dah siap masak dan Ibunya hanya perlu buat Kuew Teow Goreng je..SA x makan pun kuew teow Goreng...SA makan nasi sebab mak masak sedap sangat...Isnin tu dah makan kuew Teow Goreng sebenarnya...tu sebab semalam x makan..

Jumpa lagi next entry....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah