Assalamualaikum wrt...
Harapnya korang semua sihat dan bersemangat hari ni.
Kita sambung lagi cerita CSR Program Heart To Heart Bersama Anak-Anak Yatim Miskin Ahad lepas...selepas mereka melalui 2 aktiviti, aktiviti sebelum tu SA xde..ada ramah mesra dan sesi pengenalan dengan team KSRM UCAM...SA sampai kemudian kan...memandangkan program ni takde VIP so SA la jadi VIP bidan terjun. untuk acara penyampaian goodies bag yang SA sponsor bersama Bul Bul Art Studio, Acu Dania, Pak Zain dan Manik Wani.
Dania siap tanya SA nak berikan ucapan sepatah dua kata ke..SA cakap tak payah la..kita buat simple- simple je tak yah melibatkan acara yang formal..SA dah la x berapa sihat..nasib baik batuk SA x kerap dan teruk masa ni..macam faham plak kita tengah dalam program kan...SA suka berada dikalangan anak- anak ni semua..rasa macam tengah borak dengan anak buah sendiri..semua pun OK bila SA approach diorang masa diorang tengah buat aktiviti pagi tu..
Jom kita tengok gambar...
Bersama Pengarah Program Suriani yang merupakan AJK KSRM UCAM
seronok betul dia bila dapat goodies bag dan hadiah bantal Owl tu
Alhamdulillah selesai semua goodies bag dah diserahkan kepada anak- anak yatim Payasum ni...seronok tengok diorang happy...Senyum sampai ke telinga bila dapat hadiah dan goodies bag tu..sempat la SA tanya nama dan umur diorang...siap pesan guna barang- barang yang diorang dapat tu baik- baik dan jaga elok- elok.
Program khidmat masyarakat (CSR) seperti Heart To Heart Bersama Anak-Anak Yatim Miskin (PAYASUM) bukan sahaja memberi impak langsung kepada penerima, malah membawa kebaikan yang cukup besar kepada masyarakat secara keseluruhan.
Berikut adalah beberapa kebaikan utama program ini kepada masyarakat luar:
Memupuk Sifat Empati dan Keprihatinan Sosial: Menggalakkan orang ramai untuk lebih peka dengan kesusahan golongan kurang bernasib baik serta mengikis sifat mementingkan diri sendiri.
Mengeratkan Tali Silaturahim dan Perpaduan: Menyatukan pelbagai pihak daripada penaja, sukarelawan, hingga ke wakil universiti/kelab untuk bekerjasama demi satu matlamat murni.
Menyemai Budaya Memberi (Culture of Giving): Menjadi teladan dan sumber inspirasi kepada komuniti luar untuk turut sama menyumbang, sama ada dalam bentuk tenaga, kewangan, atau barangan sokongan.
Membantu Meringankan Beban Golongan Memerlukan: Sumbangan barangan atau tajaan (seperti goodies bag dan keperluan asas) secara langsung membantu mengurangkan kos pengurusan rumah kebajikan dan keperluan harian anak-anak yatim.
Sokongan Moral dan Emosi: Membuktikan kepada anak-anak yatim bahawa masyarakat sentiasa ambil peduli dan menyayangi mereka, sekali gus memberi dorongan emosi yang positif untuk mereka membesar dengan yakin.
Haa... gitulah sikit sebanyak kenangan SA, Suami, Dania dan Team KSRM UCAM. Seronok sangat bila tengok senyuman di wajah anak-anak ni. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat menggembirakan semua anak-anak...mereka berhak diraikan dan diberi sedikit keistimewaan. Betul tak?
Jumpa lagi di entri akan datang ye...Part last dimana diadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak- anak yang lahir pada bulan Julai dan Ogos.
Bye!
alhamdulillah., aminn
ReplyDelete