Friday, August 7, 2026

Hadiah Comel Ini Bakal Ceriakan Anak-Anak Yatim Payasum Ahad Ini

Assalamualaikum wrt..

Korang pernah tak rasa teruja bila tengok barang comel, tapi rasa lagi bahagia bila tahu barang tu nak dihadiahkan pada orang lain? Haa, itulah perasaan SA bila tengok bantal-bantal burung hantu (Owl) yang comel ni!

Isnin lepas, Dania bersama seorang kawan kolejnya berdua ke Tanjung Minyak, Melaka. Perjalanan mereka berdua ni ada misi khas iaitu nak collect bantal Owl yang ditaja khas untuk dimasukkan ke dalam goodies bag sempena acara CSR di Rumah Anak Yatim Payasum Ahad nanti.

SA dapat kan sponsor ni melalui Thread...ada 2 sponsor...bantal Owl dan Keychain...nanti SA share yang keychain tu next entry...



comel kan bantal tu


Dengan pengasas kot..sipi je dapat muka dia...


bantal tu kecik je..cuma untuk hiasan tapi cantik sangat...


 
Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Mira, pengasas Bul Bul Art Studio, atas keprihatinan dan dermawanan beliau yang sudi menginfaqkan bantal-bantal Owl ini. Bantalnya bukan sahaja sangat comel dan berkualiti, malah pasti dapat memberi  senyuman buat anak-anak di Payasum nanti. 

Semoga perniagaan Bul Bul Art Studio terus dimurahkan rezeki dan berkembang maju!

Rasa tak sabar pula nak tunggu Ahad ni untuk sampaikan sendiri goodies bag ni kepada mereka. Moga majlis berjalan lancar dan membawa sejuta kebahagiaan buat anak-anak yatim Payasum.

Doakan majlis CSR Ahad ini berjalan lancar ya! 


2 comments:

  1. Alhamdulillah.Serius comey hadiah2 ni =)

    ReplyDelete
  2. Comey2 nanti nak belikan jugalah untuk anakku Najla Nazihah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah