Assalamualaikum wrt..
Korang pernah tak rasa teruja bila tengok barang comel, tapi rasa lagi bahagia bila tahu barang tu nak dihadiahkan pada orang lain? Haa, itulah perasaan SA bila tengok bantal-bantal burung hantu (Owl) yang comel ni!
Isnin lepas, Dania bersama seorang kawan kolejnya berdua ke Tanjung Minyak, Melaka. Perjalanan mereka berdua ni ada misi khas iaitu nak collect bantal Owl yang ditaja khas untuk dimasukkan ke dalam goodies bag sempena acara CSR di Rumah Anak Yatim Payasum Ahad nanti.
SA dapat kan sponsor ni melalui Thread...ada 2 sponsor...bantal Owl dan Keychain...nanti SA share yang keychain tu next entry...
comel kan bantal tu
Dengan pengasas kot..sipi je dapat muka dia...
bantal tu kecik je..cuma untuk hiasan tapi cantik sangat...
Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Mira, pengasas Bul Bul Art Studio, atas keprihatinan dan dermawanan beliau yang sudi menginfaqkan bantal-bantal Owl ini. Bantalnya bukan sahaja sangat comel dan berkualiti, malah pasti dapat memberi senyuman buat anak-anak di Payasum nanti.
Semoga perniagaan Bul Bul Art Studio terus dimurahkan rezeki dan berkembang maju!
Rasa tak sabar pula nak tunggu Ahad ni untuk sampaikan sendiri goodies bag ni kepada mereka. Moga majlis berjalan lancar dan membawa sejuta kebahagiaan buat anak-anak yatim Payasum.
Korang yang nak support Bul Bul Art Studio boleh klik Bul Bul Art Studio ada banyak product yg comel-comel yang sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang....
Doakan majlis CSR Ahad ini berjalan lancar ya!







Alhamdulillah.Serius comey hadiah2 ni =)
ReplyDeleteComey2 nanti nak belikan jugalah untuk anakku Najla Nazihah
ReplyDeleteWah alhamdulilah rezeki.. semoga yang menderma juga dimurahkan rezeki selalu.. semoga csr nya juga berjaya dan berjalan lancar
ReplyDeleteWahh comelnya. Confirm mereka suka dapat hadiah ni. Semoga dipermudah urusan semua hari Ahad nanti. Aamiin...
ReplyDeleteTerus saya ke insta Bul Bul art Studio ni. hihi...
Semoga Allah limpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan serta kecukupan buat pengasasnya yang sudi menaja. Aaamiin...
ReplyDeletealhamdulillah. barakallah fiikum jami'an
ReplyDeletepernah order dulu masa kat bangkok..memang cute sgt.
ReplyDeletesure je seronok diaorang
bagusnya anak SA join aktiviti kebajikan mcm ni. Pengalaman berguna masa di IPTA ni. Teringat zaman ngaji di UM dulu buat program di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lama dah tak join aktiviti CSR macam ni.
ReplyDeleteComelnya. Semuga majlis yang akan berlangsung Allah permudahkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..murah rezeki owner.. Linda mcm familiar je dengan nama Bul Bul tu..
ReplyDeleteMasyaAllah terima kasih banyak-banyak puan untuk entry ni 🥺🥺 Saya betul-betul terharu.
ReplyDeleteTerima kasih juga untuk sahabat-sahabat atas komen & doa yang baik-baik. Moga doa-doanya berbalik pada kalian sekeluarga juga ya 🥰
Semoga dipermudahkan segala urusannya
ReplyDeleteCute Comey adiah tu.. Stok dpt join aktiviti CSR camni
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletepasti lebarrr senyuman anak-anak yatim Payasum bila terima pemberian ni nanti
insya allah
cute sangat..confirm anak2 happy nanti tu
ReplyDeleteCuteness overload ni SA... Semoga semuanya berjalan lancar aamin 🤲🏻
ReplyDelete