Assalamualaikum wrt..
Kisah Sabtu lepas, dalam cuaca panas lit-lit sekarang ni, tiba-tiba rasa macam duduk dalam sauna pula kat rumah. Rupa-rupanya, aircond kat rumah ni dah mula buat hal. Bukan setakat tak berapa nak sejuk, tapi dah mula keluar bunyi pelik dan paling haru... dia dah mula "menangis" (menitik air)!
Almaklumlah, kalau dah lama tak diservis, beginilah ragamnya. Nak tak nak, memang kena panggil brother servis aircond datang tengokkan. sekali 2 aircond service, aircond bilik SA nanti minggu depan..x sempat abang tu nak service kan...
Bila abang tu datang dan mula buka casing aircond... amboi, penuh betul khazanah kat dalam tu! Berhabuk tebal. Patutlah udara rasa tak best dan bil elektrik pun makin melambung sejak akhir-akhir ni. Rupanya dia tengah bekerja keras nak sejukkan bilik.
Tengok abang tu buat kerja, memang teliti betul. Habis dicuci semua filter, tembak air laju-laju buang segala kotoran, dan periksa gas sekali. Puas hati tengok!
Tengok abang tu buat kerja, memang teliti betu
Mak oiiii....apa teruk nau aircond bilik Nia tu?
Aircond bilik Dania paling teruk kotornya...hahahaha...
Bila dah siap pasang balik dan on semula... wahhh, nikmatnya! Terus rasa macam duduk kat Cameron Highlands. Udara pun rasa bersih dan segar sangat.
Pengajarannya, jangan tunggu aircond dah tak sejuk atau dah mula bocor baru nak panggil orang servis ya. Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, memang kena buat maintenance sikit untuk keselesaan kita juga.
Berapa bayaran service 2 aircond? Brader tu cakap satu aircond RM80, SA patut bayar RM160 kan? Tapi suami cakap bagi la RM200...bagi lebih xpe...
Korang pulak bila kali terakhir servis aircond rumah? Jangan sampai kena duduk dalam sauna macam SA hari tu baru nak cari nombor telefon technician tau!
Sehingga jumpa lagi di next entry. Tata!
2 bulan lepas baru service ekon, masih sejuk mcm cameron lagi so far :P
ReplyDeleteWahh..Sejuk mcm dkt cameron tu mmg nice la =D
ReplyDeleteHeheee tak ingat bila terakhir service air cond.
ReplyDeleteRasa macam dah lama tak service 😅
ReplyDeletewaaa murahnya! MZ biasanya byr RM150 utk service 1 aircond. rumah MZ ni ada 3 aircond, memang biasanya service setiap 6 bln laaa...habuk byk laaa
ReplyDeleteRumah baru x servis lg ekon... yg umh lama rasanya raya tahun lepas kot.. hihihi... tebal btol lah debu ekon kt bilik dania tu
ReplyDeleteammi ni husband rajin cabut filter tu dan basuh. Sebab kalau penuh ngan habuk pun udara yang keluar tu macam ada bau busuk sikit
ReplyDeletemurah tu kak.. selalu kalau sampai buka macam tu around rm100 juga
ReplyDeleteKalau di rumah saya, service AC ini memang 4 bulan sekali kak. Dah langganan teknisinya. Dia tahu kapan harus DTG service ulang. Mungkin Krn itu AC saya dari awal nikah 2011, masih blm ganti sampai skr. Masih dingin sangat. Suami nak diharapkan membersihkan ac, memang tak mungkin lah 😂😂. Makanya saya prefer cari teknisi langganan
ReplyDeleteLast servis bulan 6 tahun lepas huhu
ReplyDeleteMasih murah kat sana, tempat kami RM120
Bagus uncle, prihatin bagi lebih.