Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts
Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

In Person With Ziana Zain Di TV2

Hi korang...

Tengah - tengah lepak tgok tv tertukar channel TV2 ternampak rancangan In Person With Ziana Zain...pergh..fav artist SA dari dulu kini dan selamanya...SA kalau pi karaoke or masuk pertandingan menyanyi memang akan nyanyi lagu ni...SA ada kenangan indah bila masa jadi PR Event Management dulu beberapa kali uruskan promosi Ziana Zain. Ada gambar tapi kena cari semula nanti rasanya ada simpan dalam IG SA....

Jom baca artikel berkenaan Ziana Zain yang menjadi Idola SA selama ni selain Fazura...nanti bila- bila SA cari semula gambar dengan Ziana Zain dan share kat sini..

source from google.com


Lebih sedekad tidak mementaskan konsert solo, Ziana Zain gementar menjayakan rakaman Konsert In Person With Ziana Zain 30 yang bakal disiarkan TV2, pada jam 9 malam ini.

Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain mengaku risau memikirkan reaksi peminat selepas menyaksikan konsert berkenaan.

"Sudah lebih 10 tahun saya tidak muncul dalam konsert solo. Justeru, apabila diberi peluang, saya berdebar. Maklumlah, sudah lama tidak beraksi dalam persembahan lebih sejam.

"Saya tahu jangkaan penonton amat tinggi. Mereka pasti mengharapkan nyanyian dan tenaga saya sama seperti ketika masih muda.

"Namun, mereka harus sedar, pada usia 53 tahun, agak sukar untuk saya berbuat demikian.

'Dalam hal ini, saya ikut nasihat penyanyi senior Salamiah Hassan dan adik, Anuar Zain agar menyanyi ikut kemampuan diri dan menjaga usia

Ziana risau kemampuan beraksi dahulu dan sekarang dibandingkan peminat selepas konsert istimewa di TV2, malam ini. 


source from google.com


"Usah paksa diri kerana pada saat ini, saya sudah tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa," katanya kepada BH Online.

Berkongsi pengalaman mementaskan konsert dalam normal baharu, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Madah Berhelah ini tidak menafikan kekok kerana tiada penonton.

"Saya rasa kepetahan untuk berceloteh terbatas. Biasanya, kehadiran penonton yang ramai menyalurkan kita tenaga dan aura untuk lebih bersemangat.

"Tanpa sorakan mereka, kita sendiri rasa tidak puas. Hendak buat lawak pun hambar. Tapi hendak buat macam mana, kenalah patuh soal keselamatan. Sekurang-kurangnya, kita ada kerja," katanya.

Untuk memeriahkan lagi konsert terbitan Ain Sabrina On ini, Ziana mengundang Naim Daniel sebagai penyanyi jemputan.

Konsert yang dianjurkan sempena tiga dekad pembabitan Ziana dalam industri seni bakal menyaksikan penyanyi bersuara lantang ini mendendangkan lagu popularnya.


Credit : Berita harian online


Selamat menyambut 30 tahun Ziana Zain di dalam industri muzik tanah air...semoga beliau terus success mewarnai dunia seni dan terus kuat dan menjadi wanita tabah serta menjadi contoh kepada semua wanita di luar sana.


Tuesday, February 18, 2020

Al Fatihah ~ Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Wednesday, March 1, 2017

Datuk Hans Isaac Pilih Ratu Cantik Pelancongan


Akhirnya segala teka teki mengenai siapakah gerangan yang bakal menjadi isteri kepada Datuk Hans Isaac terjawab. Dalam satu sidang media yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi, Hans mengumumkan akan bernikah pada 29 Julai ini.

Hans memilih bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson, 28 sebagai isteirnya.Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di Singapura.

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu," katanya yang sudah melangsungkan majlis pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura.

Sumber: Mstar Online.

Sunday, August 21, 2016

Tahniah Stacy Hamil 4 Bulan

Gambar dari google


Penyanyi Stacy, 26, memaklumkan usia kandungannya kini hampir mencecah empat bulan namun terpaksa berahsia ketika awal kehamilan kerana akur dengan nasihat orang tua.

Katanya, selepas melepasi trimester pertama baharu dia dan suami, Akim Ahmad, sedia berkongsi berita gembira itu dengan peminat menerusi hebahan di laman sosial mereka.

"Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga. "Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu.

Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya. "Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak.

Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik," katanya yang tidak mengalami alahan teruk. Pada masa sama, penyanyi itu berharap tiada pihak kecil hati andai terpaksa berdepan emosinya yang kurang stabil selain harus menolak beberapa undangan pentas disebabkan isu kesihatan.

"Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak. "Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri.

Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi," katanya kepada BH Online.

Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. Sebelum mendirikan rumah tangga Stacy mengambil anak angkat, Bella yang kini sudah berusia empat tahun.

Buat Stacy dan Akim, tahniah...semoga dikurniakan anak yang sihat dan comel macam daddy dan mummy nya...yeay tak lama lagi Bella ada adik....

Sunday, August 23, 2015

Bakal Suami Neelofa

SIAPA BAKAL SUAMI NEELOFA?



Memang gelak besar la aku baca komik ni kat newspaper..mana tak gelaknya korang tgok la..sampai mak dia pun leh gelak guling-guling macam tu...berangan sungguh..dah ramai yang di gossipkan suami Neelofa tp sampai sekarang masih tiada perkhabaran gumbira dari Neelofa sendiri...kejap ngan Sultan..kejap ngan omputih..ngan mamat itu ini la..last2 masih macam tu je..dia ok je..tapi orang yang lebih-lebih kan...

Memang macam -macam la sekarang ni.....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah