Monday, November 3, 2025
Terjah Bunga Semusim Di Taman Pertanian Universiti di UPM

Selamat Pagi....

Sunday, November 2, 2025
Semoga Dipermudahkan Buat Abang Bahari Tamid...
Semoga dipermudahkan buat Abang Baha, semoga keluarga beliau tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..Insyaallah Abang Baha kuat semangat...
Solat hajat dan bacaan yassin pun dah dibuat..semoga allah tunjukkan punca kepada segala permasalahan Abang Baha...
SA nak pergi melawat sorang lagi staff Malakoff yang menghidap cancer dan sekarang berada dan menerima rawatan di di Institut Kanser Negara..SA masih belum dapat apa-apa update lagi...tak tau samada boleh melawat atau tidak..staff wanita ni sama department dengan suami Puan Hazel iaitu En H.
Harap-harap dah boleh melawat dah..walau SA x rapat tapi fardhu kifayyah kan...sekurang-kurangnya dapat berikan kata semangat dan gembirakan beliau...
SA sedih sangat...lately ni banyak cerita-cerita sedih sampai ke telinga SA dan buat SA terus diserang anxiety....

Asam Pedas Ikan Kembung, Terung Sambal, Sambal Belacan Dan Ulam Petai Lauk Lunch Hari Ini..
Asam pedas ikan kembung...punya banyak stok ikan kembung..SA masak je separuh...tapi pedas giler la plak sebab cili kering SA beli tu pedas...dah pesan ngan PZ jangan makan kuah...makan ikan dia je...
Buat jugak sambal terung..nasib x buduk terung tu..SA beli sebiji panjang kat Jaya Grocer...baru ingat ada beli...
Sambal belacan macam biasa ..

Bila Mati Rasa...
Credit gambar dari FB
Dia tak mengamuk.
Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.
Dia cuma diam…
Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."
Dia tak balas.
Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.
Bila kau tipu dia, dia senyum.
Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.
Tapi dalam diam tu…
dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.
Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.
Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.
Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.
Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.
Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.
Tanpa drama.
Tanpa babak air mata.
Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…
Dah tak tanya makan apa.
Dah tak tegur bila kau online tengah malam.
Dah tak risau bila kau hilang…
Waktu tu baru kau tahu…
Kau tak kehilangan kawan..
Kau kehilangan tempat paling selamat yang pernah wujud dalam hidup kau.
Dia bukan sempurna.
Tapi dia jujur.
Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…
bukan marah yang tinggal.
Tapi jarak.
Dan jarak tu…
Tak ada siapa boleh isi balik.
Sebab bila dia pilih untuk pergi…
itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.
Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…Akhirnya jadi orang yang paling jauh.
Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…
Bukan bila seseorang itu mati.
Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…
Tiba-tiba diam.
Dan kau tahu dalam hati…
Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.
Kredit: Penulis asal

Cantik Kejadian Bihun Goreng Hari Ini...
Masak guna kuali Tefal yang baru beli awal bulan hari tu so xde la melekat..cantik elok aje...

Pemenang Top Komentator Oktober 2025

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah


































































