Monday, August 17, 2026

Majlis Persandingan Sepupu Di MK Royal Luxury Hall Senawang & Jumpa Kak Zana Blogger Cerita Kami

Assalamualaikum wrt...

Semalam merupakan hari persandingan sepupu SA yang dah selamat bernikah di Muar bulan June lepas. Majlis yang gilang-gemilang ni berlangsung di MK Royal Luxury Hall, Senawang.

Kisah Majlis Nikah Mereka

Seronok betul SA bila masuk tengok interior dewan ni. Subhanallah, memang besar, cantik, dan tersangat luxury! Bila tengok suasana dewan yang indah macam ni, terus rasa terdetik nak kahwinkan anak kat sini... eh, hahaha! Lamberttt lagi sebenarnya, tapi berangan itu percuma kan?

Berapa lah agaknya kos buat majlis persandingan kat sini kan...SA target mesti pakej lebih dari RM20k...sekarang senang dah..x perlu buat majlis kat rumah..takde la berkecah rumah kan..tapi penatnya tetap sama macam buat kenduri kat rumah...ye tak? sediakan ongkos nya aje...






SA pakai baju kurung moden dari Nadzri Morshidi..kebanyakan baju SA dari beliau...handbag Rico Rinaldi warna maroon


SA suka hiasan bunga- bunga putih ni..suci je pemandangan


Pelamin cantik dan besar sangat







Paling menyeronokkan, majlis semalam bukan sekadar meraikan pasangan pengantin, tapi dapat juga meluangkan masa berkumpul dengan sanak-saudara. Makan-makan sambil bersembang santai memang buat suasana jadi makin meriah.  Memang terubat rindu dapat bertegur sapa dan sembang-sembang mesra secara terus.


Gambar dari hp Dania...


Masa ni x pakai spec lagi..bila pandangan kabur x nampak muka orang..terus pakai spec


Haaa baru cerah pemandangan..redho la SA awak tu rabun dan kena pakai spec selalu


kuih sedap


Cendol sedap


Makanan memang sedap...


Tihani pun adaaaa...Tihani dalam dukungan Uncle.bad mood sebab tido dalam kereta..


Tak lupa kehadiran Tok mat...beliau tak nak duduk kat meja VIP..humble betul...sudahnya meja VIP kami suruh tetamu lain yang duduk...



Suami dah cakap awal- awal..dia nak bergambar ngan Tok Mat...bisaaaa...apa plak x boleh...



Ada yang tanya kenapa ada Tok Mat...laaa...dah tentu-tentu pakcik kami kan...mesti la dia datang..



Gambar pengantin x berapa terang sebab suasana malap..lampu dipadamkan dan ada spotlight kiri kanan depan belakang dewan...






Cantik songket pengantin


Majlis diiringi dengan alunan muzik piano..


Salam restu dari PZ




PZ dan keluarga abang no 2 dia..Pak Ngah SA...dia kembar dengan Pak Ngah sorang lagi...yg penting hidung sama kan?


Ni dari hp SA


SA dan adik sepupu SA


SA dan kazen SA..kami sebaya dan satu kelas di Sek Men Tuanku Durah..kami membesar sama- sama..
anak dia 6 orang...meriah betul..


gambar ni goyang ..dari hp kazen SA yang baju biru tu


Uwan ni duduk kat meja SA..suka sangat SA tengok dia..x pasti plak dia jemputan sebelah mana..tapi dia sangat comel...SA siap ambilkan air dan sudu garfu untuk dia..


Comel kan.....rasa nak peluk je..nasib baik Uwan orang lain...


Suami yang sentiasa disisi...tengah gastrik plak dia masa ni



Paling tak disangka-sangka, SA ditegur oleh kawan blogger iaitu Kak Zana daripada blog Cerita Kami! Terima kasih banyak Kak Zana sebab tegur SA awal-awal tu. Katanya sebab dia ternampak Pak Zain dulu, jadi dia yakin sangat SA pun ada sekali kat majlis tu. Mujur Kak Zana tegur, kalau tidak... sampai ke sudah la SA tak perasan kan!Menurut Kak Zana, Pakcik SA iaitu ayah pengantin kawan kepada suami Kak Zana...kecil je dunia ni kan...



Sebelum SA balik, SA dan adik SA yang no 3 bergambar dengan pengantin..

 
Aduhai, seronok sangat rasa hati semalam. Selain dapat meluangkan masa berkumpul dan beramah mesra dengan saudara-mara sambil menikmati hidangan yang sedap-sedap, dapat pula jumpa kawan blogger yang kita memang teringin sangat nak jumpa secara berdepan. Memang terubat rindu dapat bertegur sapa dan sembang-sembang mesra!

Apapun, SA nak ucapkan selamat pengantin baru buat sepupu SA dan pasangan. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah-Nya. Terima kasih juga buat tuan rumah atas jemputan majlis yang cukup meriah ni!

Korang pula macam mana weekend baru-baru ni? Ada pergi kenduri juga ke?


14 comments:

  1. Cantik venue majlis. Berseri-seri juga akak pakai baju warna ni. Wah tetamu VVIP pun ado. Mesti ramai orang nak ambil gambar dengan TokMat. adik beradik Pak Zain semua hidung mancung-mancung tu haaa..Seronok dapat berjumpa dan bergambar. Memang keciknya dunia. Pusing-pusing jumpa orang yang kita kenal.

    Suka pengantin pakai baju songket. Cantik warna songketnya pun.

    ReplyDelete
  2. Tihani cekak pinggang ke tu kat dukungan Uncle dia?....Mewah la nampak dewannya. Cantik pelaminnya. Wahhh orang politik la.

    ReplyDelete
  3. Wah, muka SA ada nampak tirus la sejak join program diet 👏🏻👏🏻 saya rasa SA nampak sesuai je pakai cermin mata

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.meriah sungguh. selamat pengantin abru to both mempelai..semoga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin.

    ReplyDelete
  5. cantiknya pelamin serba white...
    tahniah sepupu kak SA..semoga kekal bahagian hingga ke Jannah...Aminnnn

    ReplyDelete
  6. Wah meriah majlis nya. Tahniah buat pengantin. Masa ni lah dapat jumpa saudara mara walaupun sekejap.

    ReplyDelete
  7. anak buah Tok Mat rupanya.. mantappp...
    seronok dapat jumpa blogger juga, kecik je dunia ni..

    tahniah buat pengantin, semoga hubungan yang dibina diberkati Allah, aamin

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pergi kenduri kawen.

    ReplyDelete
  9. lawa la ootd SA! nmpk slim in that outfit!

    ReplyDelete
  10. Cantik la baju kak SA. Wahhhh siap dapat jumpa geng blogger rupanya.

    ReplyDelete
  11. Dulu saya pun tak nak pakai kacamata. Rela rabun asal tak pakai hahahah. Tp skr memang dah tak bisa, jadi pakai lah yaa, mau tak mau 😅.

    Cantiiik dan hensem kedua mempelai 👍👍. Sukaa juga dengan baju adat yg dipakai. Dan pelaminan pun cantiiik. Memang terlihat luxury nya ❤️.

    Waaah tak sangka ketemu kak dana ya kak. 😄👍.

    ReplyDelete
  12. Cantik SA pakai kaler tu.
    Fuhh 20k.. ritu sembang-sembang dengan member dia buat majlis kahwin anak kat event place terkenal.. RM42 sekepala.. jemputan 1200 orang.. bila dicongak pengsan juga dibuatnya.

    ReplyDelete
  13. SIL ammi haritu kawinkan anak dia kata dalam 40k juga. Sebab dia serah semua kat Event Planner, dari lauk ke pelamin semua. Pengsan mak dengar.

    Tok Mat memang gitulah, banyak kali juga dia dtg kenduri rumah kakak ipar. Taknak duduk meja yg disediakan...taknak org hidangkan lauk. Dia sendiri beratur amik pinggan cedok nasi pastu duduk je kat memana meja.

    ReplyDelete
  14. Meriahnya kenduriii....lawa Kak SA pakai color tu...
    Boleh nampak rupa sepupu sepapat makcik pakcik Kak SA sepesen hihi...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah