Sunday, July 19, 2020

Santai - Santai Hujung Minggu Dengan Si Kembar..

Hi korang...

Sepanjang hari hujan semalam...kebetulan si kembar satu family datang balik rumah sini..meriah sikit rumah..kalau tak tinggal SA berempat je..kali ni diorang balik dengan kisah sensasi..Adeliya si kakak dah period...alhamdulillah...dh jadi anak dara pada umur 9 tahun. Cepat betul plak..tapi memang Adeliya cepat matang...nampak perubahan hormon anak dara dia cepat berbanding Aressa yang masih lagi keanak-anakkan. 

Pengalaman indah sebenarnya untuk adik SA si Lisa. Untuk korang yang dah lama mengikuti blog SA mesti kenal Lisa yang merupakan pemilik asal blog ni..lepas dia dh kahwin dan dikurniakan anak kembar blog ni SA ambil alih dan jadi pemilik rasmi. Awal kan Adeliya period. Rasanya anak-anak zaman sekarang semua awal period. Kakak Dania dulu dapat period umur 10 tahun.Rasa macam x adil sebab umur rendah kan..tapi dah begitu percaturan yang ditentukan. Bagus la dah jadi anak dara. Cuma kena ingatkan dia..dah x boleh dh nak jadi macam budak-budak kecik...banyak juga nasihat yang SA berikan tadi..


Adeliya yg bagi peace tu..Aressa si adik...



SA happy sangat bila Adeliya dah jadi anak dara...bertambah lagi anak dara SA...ye anak-anak buah SA layan sama rata macam anak sendiri..tak hairan la diorang close dengan SA...seronok kan...Nampak sedikit perubahan pada Adeliya...dah pandai jaga tingkah laku..SA ajar jugak cara-cara dan adab semasa period. Tak boleh lasak sangat kan....banyak yang perlu dikongsikan..SA dh bagi tips dan selebihnya biar ibu dia yg ajar. SA hanya berkongsi pengalaman macam mana SA buat masa handle kakak Dania period masa umur 10 tahun. Ikutkan SA x leh terima hakikat gak masa tu..Sebab terlalu awal kan...tapi ada juga baiknya...Tak mudah ye nak handle anak yg rendah umurnya tetapi dah dapat period pertama. Banyak ilmu nak di share dengan dia..Tak tau la macam mana sebab next week diorang dh sekolah...ye..Adeliya dan Aressa baru darjah 3.. Bayangkan diorang masih menikmati dunia kanak-kanak riang...

Jumpa lagi next entry...selamat berhujung minggu...

Saturday, July 18, 2020

Bonding Mom & Daughter Again

Hi korang...

Hampir terlupa nak abadikan kisah Sabtu lepas dalam blog SA ni..Sabtu lepas saje keluar berdua ngan Dania. Lama x bonding together melayan perangai kami yang suka berjalan dan makan- makan...nampaknya Dania memang mengikut jejak mama dia ni..kalau stress pi window shopping..Kebetulan masa ni atok x berapa sihat kan..so takde sapa hantar jadinya kita belasah guna grab je...kebetulan mama nyer grab apps ni dah banyak points...so setiap perjalanan  bleh redeem potongan harga. Cuma tolak la points. 

As usual ada la kelengkapan sekolah yang dia nak beli..nak beli A4 paper dan macam2 lagi la..Nak selesa SA ajak dia pi AEON Seremban 2. Mahal skit la tambang sebab jauh kan..anak punya pasal dan memang nak keluar makanya SA tutup mata je...Sampai- sampai je terus cuci2 mata dan makan eskrem yogurt IlaoIlao yang rasanya baru je bukak outlet kat situ..erm sudahnya mama dia je yang bagi perabih..dah la mentamak beli yang harga RM15++...dia tak suka plak...dia ingat eskrem biasa..dia ni memang pelik skit..nak mencuba..dah cuba pas tu rasa masam yogurt dia tak nak makan dah...yang gemuk mama...adat la tu kan..mama akan jadi tong sampah habiskan makanan anak....


Selfie pakai face mask..bagus sangat


Sekarang habit dia suka ketawa nampak gigi..cantik nau gigi terjongket..


She did requested to wear braces...mama ko blom mampu lagi anak....mahal kot braces


Satu perangai yang buat SA kadang2 hangin ngan dia adalah...pakaian...kalau tak menepati piawaian dia...dia x kan pakai..


Ni baju yang dia rasa tak pendek...labuh tutup punggung...


Masa ni la yang dia rasa IlaoIlao yang dia x suka tu...


Sedap je SA makan...SA yang kena habiskan


Selfie sekali lagi...


Terserlah betul kegemukkan mama  ko kakak oiiii


Ermmmm...yummy


Then as usual SA pi Popular Book Store...adehhh..x leh kawal la keinginan utk beli novel walau dah banyak novel x baca kat rumah


SA boleh je habiskan masa yang lama kat kedai buku tanpa gangguan...fav spot kat sini


Selfie memang wajib


Amik gambar dengan koleksi Ramlee Awang Murshid


Yang ni jelas skit


Then kat area buku resepi


Banyak buku baru nampaknya

Lepas tu melayan Dania nak beli tealive...ganti tadi punya IlaoIlao yang dia x suka


Dia sekarang tengah belajar jadi seorang perempuan katanya...maksudnya apa?


Sebelum ni dia tak suka handbag...so dia dah mula belajar ke arah gaya seorang perempuan...haduiiii...boleh plak kuar statement macam tu...


Lepas pi popular book beli tealive apa segala..SA terbau plak laksa..pergh
tuhan je tau betapa menyengatnya bau laksa tersebut..terjebak lagi pi lepak plak kat oldtown kopitiam...maka teroder la laksa dan dan secawan hot honey lemon


Hot honey Lemon


3 buah novel untuk reward diri sendiri..


Well itu kisah Sabtu lepas dan kisah Sabtu ni x tau la nak citer macam mana memandangkan blom ada lagi cerita menarik yang nak di share..ada la kisah pasal Dania...dia sedikit down pasal tetiba dia di sahkan suspect Thalassemia..itu nanti SA ceritadalam entry khas..

Selamat berhari minggu uolls...

Thursday, July 16, 2020

Random Photo This Week

Hi korang...

Kembali semula dengan random photo this week...nampak nau pemalas nak update blog sampai semua gambar yang rasa ok nak masuk dalam satu entry...sebenarnya minggu ni sedikit hectic sebab SA busy giler..selain dari SA nak cakap pasal random photo SA nak sentuh sikit tentang body shaming...

Kenapa SA sebut pasal body shaming?



Sebenarnya body shaming ni tak baik...sangat tak sihat kalau berlaku di persekitaran kita...korang pernah kena body shaming? SA pernah kena semalam..hurm..tapi takpe la...balas pun x guna sebab tak dapat apa faedah pun...Mungkin ramai di antara kita yang masih tidak tahu bahawa perbuatan ‘body shaming’ atau mempersendakan bentuk tubuh fizikal seseorang adalah satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang Malaysia.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hantaran terbaru di akaun media sosial rasmi mereka.

‘Body shaming’ telah diklasifikasikan sebagai jenayah buli siber dan mangsa yang terkena perbuatan ini boleh membuat laporan polis atau kepada SKMM.

Mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) , jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Antara kesan-kesan buruk yang boleh terjadi kepada mangsa perbuatan tidak bermoral ini adalah, stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan, dan kes bunuh diri.

Setiap tubuh manusia adalah berbeza-beza. Menghina fizikal orang lain sama seperti kita menghina ciptaan Allah SWT. Beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata-kata biarpun niat kita hanya sekadar untuk bergurau.

So korang kawan- kawan SA...kena ingat ye...Body Shaming adalah Jenayah!!!


Haa..puas hati..dapat share ngan korang...well jom tgok rndom photo this week...


SA pakai jumpsuit terus dipersendakan..adayang kata macam budak tadika, macam mental...hurmmm...lantak disitu asalkan SA comel dan yang pasti baju SA berjenama dan mahal...
( read my lips: baju i mahal dan berjenama)


SA beli lipstik ANASISM...hahaha...sekali 3 SA rembat


Birthday cake boss dari Huckleberry Bangsar...


Pisang goreng plak....


Ni masa balik dalam MRT semalam


Tiara as usual menggedik comel hantar gambar kat mama


Green tea..SA amalkan minum green tea skrg..


2 tumbler ni sehari...


Pagi semalam...


Birthday one of the bosses semalam


Carot cake secret recipe


Busy memasing


Huckleberry Awesome Blackout..best giler


Compact powder FiT Maybelline


Wagyu Steak kat Jaya Grocer semalam...borak ngan kawan sekolah tetiba rasa nak makan steak tapi harga dia...hahahahaha...


Yang murah pun ribeye


Cari beras utk kat rumah sewa..SA memang makan beras basmathi..yang ni sedap tapi harga dia cantik sanagt la...seram...hahaha...


Ni pernah makan dan beli masa promosi..pun mahal gak ni


Last2 amik ni je 1 kg sebab SA jarang masak kat rumah sewa...1kg ni cukup utk SA sorang sebab bukan hari-hari makan nasi pun..


Pemandangan hari ni kat Philleo Damansara


Cantik kan...suka tengok bangunan kat sini


this one too....cantik kan....


ni opis SA...


Vitamin C Flavettes..

Rasanya itu je gambar untuk Random photo minggu ni...

SA banyak amik gambar utk update kat whatsaap story..x tau kenapa lebih kat whatsaap story selain IG Story...nanti nak cuba la letak banyak2 kat IG story...hehehe...

Have a great day ahead kawan2..




Wednesday, July 15, 2020

Novel Fauziah Ashari Untuk Special Top Komentator Blog SA

Hi korang...

Nak tau tak apa yang SA dah buat last week? SA terbeli lagi novel baru..hahaha....dah la confident beli..eh..eh..ada novel baru..apaaaa...sekali sampai rumah tengok novel yang beli sebelum tu eh..eh...alaaaaaaa...sama plak...dua2 tajuk yang sama dan penulis of course la sama kan, SA ingat nak letgo...letak kat FB tapi takde respon...ada plak PM suruh hadiahkan aje kat diorang kan...alaaa...hehehe..lepas tu SA teringat plak Top Komentator yang dah lama SA stopkan...

So.... untuk itu SA nak jadikan novel ni sebagai hadiah Top Komentator sempena birthday SA bulan lepas. Tapi SA nak bagi pada hujung bulan Ogos nanti. So start sekarang korang dah boleh komen semula banyak- banyak dan jadi Top Komentator Special Blog SA. Untuk sekali ni je tau...bukan untuk every month...almaklumlah PKPP ni kan...ekonomi blom stabil sepenuhnya....korang bleh komen semua entry SA baik yang baru mahupun yang lama....


Sinopsis Tercagarnya Akad ku

NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.

-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-

Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.

-Toleh belakang.-

Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”
Airis dan Zufar sama-sama terkejut. Airis pandang Suhaila yang menjerit tadi. Zufar juga spontan buka matanya. Kacau betul budak Ila ni! Potong stim!
“Cik Naira suruh basuh sikit keretanya. Ada tahi burung kata dia. Pukul tiga Cik Naira nak keluar.”
Waktu sama Zufar buka WhatsApp daripada Airis sambil mata terbias ke arah Airis dalam kotak lif yang hampir tertutup pintunya.

-I feel like flying-

NAMUN masih suaminyakah Zufar ini apabila dia tinggal di banglo milik majikannya manakala Zufar di kuarters pekerja? Di kawasan sama yang digelar Tanah Yumnaa…

“Awak berdendam?” – Airis
“Kalau berdendam, layak kan?” – Zufar

SIAPA Zufar sebenarnya tatkala hati kecil Airis berkata… Awak sesuatu, Zufar. Awak sesuatu sangat. Cool like ais, hot like lava, valiant like a killer, sweet like...like... ah...lori tumpah gula…

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah