Saturday, March 7, 2026
Menu Iftar Day 16

Cuci Baju Di Dobi Warisan Dapat Tudung Neelofar
SA amik la 6 helai tudung pelbagai warna..boleh pakai untuk harian..ada tudung sarung dan ada tudung bawal kot....SA amik 2 helai...dia suruh amik lebih...dapat la SA 6 helai tudung Neelofar..Alhamdulillah rezeki...semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah anak buah owner Dobi Warisan tu....first time jumpa wife owner ni...selalu ada suami dia je...
Semoga dimurahkan rezeki juga....

Brown Setia Menemani Pak Zain

Friday, March 6, 2026
Resepi Asam Pedas Ayam By Dania
Assalamualaikum wrt...
Baru- baru ni kan Dania buat Asam Pedas. SA terpanggil nak share resepi Asam Pedas Ayam yang Dania buat tu...Kalau korang nak tau..ada satu perkara yang boleh buat SA cepat lapar, dah tentu bau Asam Pedas yang baru keluar dari dapur. Bau bumbu dan harum dari bunga kantan dan daun kesum nya tu, siap buat jiran sebelah rumah pun terliur!” Nasib baik xde yang ketuk pintu rumah masa tu...hahahaha
Sebenarnya kat rumah SA ni jarang buat asam pedas ayam..lebih kepada asam pedas ikan je kalau korang perasan...sebab tu SA nak simpan resepi kat blog ni...
Jom tengok resepi
RESEPI ASAM PEDAS AYAM
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
4 biji bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 inci kunyit hidup (kisar)
1 inci halia (kisar)
Lada hitam (kisar)
Cili kisar
2 batang serai (ketuk)
Daun kesum
Daun limau
Bendi
Tomato
Air asam jawa
Minyak masak
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul-betul masak dan garing.
3. Bila cili dah garing, boleh masukkan air hingga paras ayam.
4. Kemudian boleh masukkan bahan perasa dan masukkan daun kesum, daun limau, bendi dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
Selamat Mencuba

Menu Iftar Day 15
Kueyteow goreng daging
Sambal sardin...
Ikan goreng

Tihani In The House

First Time Berbuka Dalam Kereta...
Ni kat MRT Kajang

Throwback Kenduri Sambut Ramadhan Dan Tahlil Di Rantau NS

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah




































































