Friday, October 7, 2022

Tak Suka SA? Like I Care......

Assalamualaikum..

Apa pulak hal ni kan...halah-halah..ada plak yang x suka ngan SA selama ni..baru je SA dapat tau...dapat tau pun lepas orang tu dh tender and dia duk citer x suka ngan SA hanya sebab dua benda je..pertama sebab SA x bertudung dan kedua sebab SA x pernah solat sekali ngan dia atau dia x pernah nampak SA solat kat mana2...gelak besar SA..dh la SA bukan jenis menunjuk2 ni...eh...habis twisties SA makan buat entry ni la...

Rasanya korang yg lebih kenal SA macam mana kot kan..




Bab bertudung ni...bukan la SA nak buat mainan ke apa..dh SA terangkan dah sebelum ni..betul balasan allah tu cash je..tapi biar la semuanya berlaku dengan penuh keikhlasan..kat opis ni ada je bertudung kat opis..kat luar yerbang melayang tudungnya...buat apa nak hipokrit...sampai masa insyaaallah SA berubah dan istiqomah..mana tau lepas SA tamatkan zaman janda ni nanti SA officially bertudung...doakan aje la semoga allah permudahkan semua kan...patut doakan bukan kutuk belakang-belakang.

Yang kedua bab solat...perlu ke nak menunjuk? Perlu ke...kat opis ni banyak je tempat nak solat ikut keselesaan...ibadat SA biarlah menjadi personal SA...dari duk over mention kat satu dunia konon dia je lengkap solatnya dari subuh, duha dan semuanya..siap dia plak bg tazkirah lepas solat and amik masa yang lama time solat...eh..berdosa la kalau SA lambak kan semua kat sini..bukan SA la orangnya nak bukak pekung dia...xpe la...SA maafkan...tapi x suka SA pun..x yah la citer kat org...ko keep it to yourself sudah...coz x luak pun gaji SA ke apa...


 

Aduhai....

Macam-macam hal...rasanya x pernah plak SA kacau orang sepanjang SA bekerja..SA pun x pernah kisah dia suka SA ke x ke..bab bekerja is bekerja...

Takpe la ..budak lagi kan...nama pun budak...ada la tu masalah mental dia kat mana-mana...ada je sok sek sok sek citer dia yg SA dengar tp malas nak amik port..SA just cakap alahai kesiannnnn......

Takpe la..dia pun nak blah dh..biar la dia...patut SA perasan dia mmg x pandang SA or borak ngan SA pun...x pernah bertegur kecuali terpaksa...ingatkan memang karakter dia memang cenggitu, eermmm...rupanya dia dok mention dia x suka SA sebab SA x islamic compliance...

Lantak ko la aihhhhh.....


Perkongsian Jumaat

Assalamualaikum..

Salam Jumaat buat semua... SA nak share sikit perkongsian yang di share dari group whatsaap mengaji untuk pengetahuan kita semua.. insyaallah perkongsian untuk ke arah kebaikkan...


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


*Tegur Menegur*


Ada orang menegur orang lain tentang sesuatu perkara, padahal dirinya sendiri lebih banyak melakukan kesalahan itu.  


Ada banyak perkara boleh diselesaikan dengan berbincang dengan cara baik tetapi ramai yang suka memilih ego sendiri.  


Akibatnya hubungan menjadi retak dan musnah.


Alimnya seseorang bukan lah kerana amalan agamanya, tetapi sejauhmana beliau punyai ilmu dan faham tentang apa yang diamalkan.  


Memang benar tidak dikira beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji.


Seringkali kita melihat keburukan orang sebagai satu kesalahan, tetapi kita tidak sedar bahawa keburukan yang ada padanya adalah satu ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk melihat apa tindakan kita terhadap situasi itu.


Apabila orang buat salah dengan kita, kita suka membalas dengan turut membuat tindakan yang salah.  


Sedangkan sebelum ini hanya orang itu yang berdosa, tetapi kerana tindakan kita yang dipenuhi nafsu kemarahan, kita turut mendapat dosa.


Diwaktu kita senang, usahakan untuk membantu orang, diwaktu kita susah belum tentu orang akan membantu kita.  


Maka, ikhlaskan diri dalam membantu orang lain, Jangan mengharapkan balasan baik dari manusia, kerana mereka juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.


Semoga bermanfaat..


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Berselawat Dalam Majlis*


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ


Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi No: 3468) Status: Hassan Sahih


Pengajaran:


1.  Majlis yang diberkati, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW


2.  Berselawat sekali apabila berada dalam satu majlis atau program mencukupi bermaksud sangat mudah untuk dilakukan tetapi memiliki pahala yang sangat besar termasuk keampunan.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata:


مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً, فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.


“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh selawat, maka perbanyaklah seorang hamba dalam membacanya.” (Al-Musnad Imam Ahmad X/106-107 No. 6605) Status: Hadis Hasan 


3.  Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya.


4.  Memperbanyak selawat pada bila-bila masa amat digalakkan


Rahsia Kejayaan..

AHAD - al mulk

ISNIN - ad dukhan

SELASA - al hasyr

RABU - al waqiah

KHAMIS - yasin

JUMAAT - al kahfi

SABTU - as sajadah

SEBELUM TIDUR - al mulk


Jom sama-sama cipta kejayaan...amalkan membaca surah-surah tersebut. 



Thursday, October 6, 2022

Layan Waroeng Penyet Lagi

Assalamualaikum..

Selamat petang uolls...

Hari ni patut makan ngan kawan kat KL Sentral..tapi x jadi...last minit kensel.. SA plak lapar nasi...semalam x makan nasi..malam pun x makan...malam tadi SA makan pisang emas di bawa belayar je 2 biji...bukan 2 tandan ye...pas tu minum air panas..then tido..

Hari ni blom pukul 12.30 lagi SA dah lapar..sarapan td makan karipap ngan buah je...lepas tu gigil wey...siyes gigil....mula-mula nak diet memang cenggini la kan...sudahnya x jadi kuar makan ngan kawan SA layan Mak Buyung makan...hahaha...lapar nasi kan..so jom la layan Waroeng..makan nasi ayam bakar ngan soda gembira....yihaaaaa



Meja kami...


Soda gembira...x susah pun buat sebenarnya..air mirinda merah tu tambah je susu cair and gula skit...jadi lah soda gembira


Ayam bakar SA punya


Ayam penyet Mak Buyung punya


Cili amik yg terpaling hot....

 

Berpeluh2 muka makan sebab pedas giler..sampai sekarang x pandai buat sambal tu...sedap!!

Now dh kenyang...malam ni x yah makan dh...harap2 Pak Zain x masak lauk sedap la...kalau x kang kita x makan dia merajuk lagi...asyik.merajuk je pakcik tu...Dia x tau baju anak dia semua dah sendat...x kan setiap bulan nak pakai baju size baru...baju banyak giler and masih baru-baru lagi..ada seluar pelbagai jenama yang syg nak sedekah...sebab tu gigih diet ha....harap2 xde la makanan sedap lagi yg boleh kantoikan diet SA minggu ni...bertabah  lah duhai hati....

Takkan Makan Buah Aje Kot ....

Assalamualaikum...

Sejak dah ada pisau sendiri kat work station ni...rajin SA bawak buah...potong sendiri je...x nak guna pisau pantry sebab tumpul...rosak rupa paras buah2 SA...x paham camne yang lain2 relax je potong buah sampai macam nak hancur dikerjakan...

Hari ni SA bawak buat pear dan orange lagi .itu je stok banyak kat rumah...hari tu tetamu istimewa bawak buah  tangan banyak plak...dari x bermakan better bawak pi opis and makan as a kudapan...



Buah pear...sedap...crunchy


Buah orange sebiji ..tengok potong ngan pisau tajam..cantik aje kan


Selfie makan buah hari ni...

 

Kenapa consume buah setiap hari?Makan buah memang baik untuk kesihatan tubuh badan kan..

  1. Mencegah penyakit 
  2. Meningkatkan daya tahan badan
  3. Sumber vitamin A, B6, C dan asid folat-folasin
  4. Kandungan Mineral ( kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium)
  5. Serat
Haa...itu la sebabnya..sekarang pun SA dh mula banyak makan sayur dan buah...kena pelbagaikan cara masakan sayur...rebus, celur, buat sup tanpa minyak dan kukus...sedap uiii...

Selain tu SA kan dah mula cut sugar, garam dan minyak...cuma semalam la cheating day sebab boss belanja makan sedap....hari ni kena start balik...roti pun dah tukar ke roti wholemeal semula...buat sandwich pun guna wholemeal...masam je muka Dania...x sedap katanya....

Yang x sedap tu la sihat kan?


Tiberrr.......

Assalamualaikum...

Yeay Khamis...minggu ni cuti panjang kan...ramai kawan-kawan amik cuti dari Jumaat sampai Isnin. Isnin cuti ganti untuk Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad.

Seronok?

Takde la seronok mana pun sebab SA x kemana-mana...jaga Mak Pah yang x sihat je la...x tau la adik badik lain balik ke x...Dania masih lagi bekerja dan hanya akan berhenti 25hb nanti...

Hari ni SA bz skit....nak buat filing la...and macam-macam lagi...



Kau okey tak?

Ye laaa..kau la...

Penat?

Faham...memang akan ada masa dalam dunia ni ko akan rasa penat like bukan penat biasa la..penat gila-gila ah...

Dan waktu tu la ko rasa macam nak lari daripada semua benda. Dan masa tu la ko rasa macam ko nak berhenti dari buat apa yang ko tengah buat sekarang ni...

Carilah balik ketengan diri tu..banyak je caranya...

main ngan anak kucing ke, 

mandi kat sungai ke..

Dengar lagu ke..

Zikir ke...

Ko sendiri tau la cara apa ko prefer..

Ko lepak kejap lepas tu ko get back on track..

Sebab ada lagi org perlukan ko

Ada lagi org yg syg ko..

Diorang pun sakit tengok ko sakit

Sedih tengok ko penat 

Risau tengok ko resah..

Macam macam la..

Slow slow eh..ko bleh buat punya...

Aku percaya ko...


SA

06102022


Wednesday, October 5, 2022

Boss Belanja Makan Di Jibby & Chow Bangsar Village

Assalamualaikum....

Seperti yang SA cakap semalam...SA 2-3 hari ni makan free aje...esok pun ada lagi kalau jadi kawan baik SA nak belanja makan..apapun alhamdulillah rezeki...hari ni big boss belanja makan...dh sekian lama xde department lunch so hari ni kami makan kat Jibby & Chow Bangsar Village. Reservation SA dah buat siap2.. so kami ke sana dengan 2 grab car...x kuasa nak drive masing2 memandangkan tempat jammed kan...

Sampai-sampai je the guys dah tunggu kami the gegurl..hehehe....amik masa skit order makanan memandangkan kami first time makan kat sini...mulanya SA nak book Jibby & Co tap fully booked. Naj & Belle pun fully booked ..dapat cari Jibby & Chow...

Jom la tengok gambar yang tunggang langga g sebab biasa la...hehehe...korang tengok gambar je la ye..SA x ingat menu nak letak caption...


















Cantonese Roasted Duck...sedapppp...juicy..crispy kulit dia...


Ni pinggan SA


Radish cake


Fresh Orange SA



Assorted Dim Sum


Chow Linguine Buttermilk Salted Egg Yolk Carbonara



Mongolian Style Australian Lamb Ribs with pickled chilli & Cucumber Ribbons


Mr Chiw's Crispy Lemon Chicken






 


Tak banyak amik gambar pun sebab segan...apa yang ada je...segan ngan boss....selfie pun curi2 😆😆😆

Makan sedap...semua sedap...kami makan tanpa nasi...bukan diet tapi masing2 amik ala carte yg big portion so kita share-share...lepas tu amik dim sum jugak...

SA recommend korang makan kat sini...memang best and korang bleh booked private area kalau x nak ada gangguan...

Jibby & Chow
Lot GF - 1, Ground Floor
Bangsar Village 2
Jalan Telawi 1
Bangsar Baru
Tel : 0322018551 for reservation

Korang boleh walk in jugak...

WW : Bihun Favorite


Assalamualaikum 


Ntah kenapa hari ni teringin plak nak makan bihun goreng...but knowing Plaza Sentral ni susah nak dapat bihun yang x putus2 tu ..kebanyakkan diorang kerat2 bihun tu so jadi x menarik dan nampak macam benyek...pusing punya pusing ounya pusing eh..ada la bihun yang x dikerat pendek-pendek tu..teringat plak bihun goreng daging yg Acu buat 2 bulan lepas ..ishhh!! Teringin......

SA pun beli la..sikit je..sebab nanti lunch kat Jibby & Chow boss belanja...2 hari ni makan je keja...mcm mana x gebu...haihhh...



 Bihun + telur mata cair+ kacang+sambal 
RM4




Lepas tu SA pi Mynews beli hot latte...x puas hati ngan hazelnut latte semalam yang mahal giler...yang ni baru RM7 yang large..yg small RM4 kalau x salah...xpe la rezeki semalam kan...ngade sangat nak cuba...

Hari ni dah Rabu dh...nanti SA blogwalking singgah rumah korang ye sebab kat opis semua dh kena blocked...x leh bukak website lain kecuali untuk urusan kerja..amaran dh dikeluarkan ...you have been watching katanya...nak blogwalking guna hp korang paham-paham aje la ye..lambat...nanti weekend SA marathon blogwalking...lagipun Isnin PH kan?


Tuesday, October 4, 2022

First Time Kena Jerat Scammer TNG

Tercicirkan TNG baru ni..nak beli baru semua sold out..menyesal x beratur kat NuSentral hari tu..tapi tu la x tau plak benda nak jadi...

😕😕


Source from google


X nak beli online dah sebab ramai scammer dan ramai scalper..dah bayar pas tu banyak dolak dalih..biadap betul..mula deal 2 kad NFC RM50, satu xde reload satu lagi reload RM50, kat situ mcm dh syak dh..okey la setakat RM50 je and  dia willing to post to me..dah bayar dan dah bg alamat, eh....dia kata dia silap dalam kad baki RM100, suruh tambah lagi RM50..i x nak..malas nak layan and ckp nak macam dh deal awal2..eh..kata dia macam mana nak pos sebab baki ada RM100...i layankan lagi dia kata plak .memandangkan semua ni salah dia..sis transfer RM30 je la ..saya pos terus ..i ckp i x nak tetap nak mcm yg i dh deal dan transfer...pas tu dia lama senyap..i syak dia scammer sebab apa tau 1/2 jam lepas transfer RM50, dia msg mintak tolong top up hp dia...ko dh kenapa kan..i x layan...tu yg dia meroyan and cipta macam2 plak..so..sebelum i blocked no dia...i tarbiahkan dia dulu, i cakap cancel je la, anggap la bukan rezeki i kalau dalam masa 3 hari i x dapat kad tu, tp i harap jangan la amik kesempatan kat orang yang memerlukan, bukan semua orang hidupnya senang, x pe la hari ni hari awak..ingat...karma ye..Satu hari nanti awak akan kena apa yang awak buat ni..Allah balas cash je...lepastu i blocked...first time kena scam and i anggap xde rezeki la...

Korang hati2 la...bila apa je barangan HOT dan mendapat permintaan ramai macam kad TNG ni akan ramai la scammer yg amik kesempatan...scalper pun ramai..kalau ada barangnya xpe..ni xde..duit dia sapu dulu ...now dh xde TNG...jenuh pakai cash money naik LRT...balik xpe sebab ada kad komuter link...

Pengajaran untuk diri sendiri la ni... ye la..benda macam ni bukan boleh nak siasat dulu kan...😆😆😆

Masalah sekarang ni mana nak cari ganti..Kad TNG tu pinjam Pak Zain punya😩😩


Lunch Di Dish Room CVSL Sempena Birthday Kak Norainy

Assalamualaikum...

Hi korang..

Lunch apa tadi...

Macam SA mention tadi...SA lunch kat luar meraikan dan menyantuni Kak Norainy atau lebih mesra dipanggil Kak Ani di Dish Room CVSKL depan office. Semua bersempena dengan birthday Kak Ani yang ke tuttttttt....hehehe...4 tahun lagi nak pencen  weyh.....seronok betul...

So kami berlima berkumpul la meraikan Kak Ani..nama je satu office tapi kami ni jarang dapat berkumpul makan-makan. Ni pun sebab dah banyak kali Kak Ani ajak makan kat situ...ni sempena birthday dia patut kami yg belanja ni xde...dia yang belanja kami...ada ka patut kan..so nanti kami nak beli hadiah buat Kak Ani...x sempat nak cari hari ni...Ada la kek..kami beli td...leas tu pandai sangat cashier tunmasukkan dalam bil Kak Ani...kantoi kat situ...😆😆😆

jom tengok gambar...sesekali berkumpul memang banyak beribu gambar..okey tipu....banyak la gambar...
































Gambar macam biasa la tunggang terbalik  walau dh susun elok-elok..seronok la kami sesekali berkumpul. Tak cukup masa 1 jam...borak punya borak x sedar dh pukul 2 lebih...

Banyak benda yang kami borak...dari kecik-kecik hal sampai la hal besar-besar... macam-macam 
isu keluar...

Looking forward untuk lepak makan-makan lagi...banyak benda boleh share...kalau kat opis setakat say hi..hi...bye..bye je...nak borak-borak memang xde kesempatan...

okey next birthday siapa pulak....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah