Tuesday, September 30, 2025

Grilled Chicken Pasta Lunch Hari Ini...

Assalamualaikum...

Dah petang baru nak up entry lunch tadi...SA beli je dari kawan yang bukak order...grilled chicken pasta dari Zuelicious Kitchen...malas nak fikir nak makan apa kan..so semalam dah order siap- siap..diri sendiri pemalas kan nak bawak bekal...SA sejak x sihat hari tu rasa x terdaya nak bangun awal pagi dan buat bekal...bukan x nak buat...lebih kepada badan masih x kuat...sampai ruamh je dah penat..tu baju ada 2 bakul x lipat lagi tu....





 
Ok la..makan makanan sihat...

Nak buat salad sendiri pun SA x terdaya...hahahaha...so beli je la..

Satu bekas ni RM15...

Okey la...kenyang jugak...

Tadi PZ call...katanya dia buat sup tulang...

Boleh la...dari takde lauk kan....dia pergi pasar tani beli tulang dan beli 2 ekor ikan baung...murah katanya..RM22 sekilo...compare yang kat Temerloh hari tu...RM35 per kg...SA suruh dia masak ikan baung tu hari Khamis..sebab Nia balik kejap...Mamanya dah rindu...kebetulan Khamis nanti SA ada training kat Pulse Grande, Putrajaya..sedang elok la dia balik tu...leh peluk2 jap...hahahaha.....rindu uiii..lebih 2 minggu x jumpa...

Breakfast Simple Tapi Padu, Mee Goreng Dan Telur Mata


 
Assalamualaikum....

Pagi ni SA bangun dengan mood nak sesuatu yang comfort food. Tak sempat nak fikir panjang, SA sampai office tadi, letak bag terus turun food court. SA terus pilih menu paling mudah tapi confirm sedap mee goreng dengan telur mata dan sambal padu. Sedap plak sambal tu hari ni..SA beli sarapan kat kedai lain bukan kedai biasa...

Masa makan, terus rasa wow! Mee goreng ni simple je, tak sarat bahan, tapi cukup rasa. Bila letak telur mata atas tu, kuningnya cair sikit, memang buat sarapan jadi syok. Sambalnya pula manis pedas, cukup buat lidah rasa “terjaga”..

Kadang-kadang, kita tak perlukan menu fancy untuk mula hari dengan senyuman. Yang penting, sarapan tu buat kita rasa puas, kenyang, dan mood jadi happy. Untuk SA, mee goreng dan telur mata ni memang kombinasi yang tak pernah mengecewakan.

Korang pula macam mana? Team mee goreng pagi-pagi atau lebih suka nasi lemak? Komen sikit, jom kita sembang dan share  pasal sarapan kegemaran!

Apa menu sarapan korang pagi ni?

Monday, September 29, 2025

Apabila Suami Craving Auntie Anne's

Assalamualaikum...

Lepas dah beli barang-barang keperluan SA semalam...terus la jenjalan window shopping...pegang2 tangan macam orang muda plak bercinta...nampak donut tanya nak donut ke...pas tu dia geleng kepala..then lalu Empire Sushi memang x la dia makan...SA sorang je yang makan...then dia singgah Auntie Anne's sebab nak beli pretzel...ok la...beli je la...


Ramai gak orang...


SA teringin plak jumbo hot dog tu...padahal dah makan kenyang YTF kan..


Beli ni satu, beli pretzel satu...pas tu yg hot dog tu amik combo sekali ngan air..SA nak air passion fruit...tapi tu la..patut amik lemonade...air tu xde rasa passion fruit pun....


Abaikan tangan suami SA tengah seluk pretzel dia tu...
 

Total damage kat sini RM26

Makan la kat dalam kereta...macam mula2 kenal dan bercinta dulu...kami berdua ni rindu kat anak-anak kami..tapi tu la..yg anak dara tu busy mengalahkan menteri..yg si bujang tu dh tentu-tentu kat JB...macam ni la rasanya bila anak-anak dah bawak diri masing-masing  nanti kan..tinggal la berdua...awak pandang muka saya, saya pandang la muka awak ye....hahahaha...adehhhh....

Eh nak tanya korang la...tong gas rumah korang bertahan sebulan x? Ntah la apa masalahnya baru tukar tong gas 2-3 minggu yang lepas, dh nak habis...baru je tukar rasanyaaaa...semalam terpaksa beli lg...rasa macam x tahan lama plak...ke sebab hari2 masak...masak pun xde la macam masak nak meniaga....pelik betul la...

Yong Tau Foo Kak Yam Di Seremban Centrepoint

Assalamualaikum....

Happy Monday yang bz...hari ni SA pagi-pagi dah sibuk..haha..biasa la permulaan hari kan...semua mencari hari ni..nasib baik SA dah sedia ngan dan fizikal walau masih batuk...lama plak batuk kali ni...macam-macam SA dah cuba..tradisional remedy segala la...masih x hilang batuk cuma x seteruk hari tu la..suara dah ok..dah clear dh...

Semalam SA dating ngan suami...suami nak belikan SA sedikit barangan make up dan toiletries yang dah nak habis...sementara tu kami singgah di Centrepoint sebab SA nak makan Yong Tau Foo soup...lama x makan..selalu pi food court NuSentral tapi faham-faham aje la...situ mahal namati...


Apa yang istimewanya YTF Kak Yam ni...Sebenarnya Kak Yam ni dah meniaga lama kat Seremban Prima...dari zaman food court sampai la kat shop lot bawah tu...SA pernah la makan YTF dia ni 2-3 kali...hari tu pergi lagi kat Seremban Prima tengaok dah xde sebab area groundfloor tu renovation...baru baru ni ada yang share kat Thread yang akak ni meniaga kat Centrepoint..sebab tu semalam SA pergi...




Ni yang SA amik..


Sos YTF dan Cili...



Sup sedap, sos sedap..cili tu pun sedap..eh semua la sedap





 
Sedap ke YTF Kak Yam ni...

Of course la sedap..kalau x sedap x kan SA tercari-cari kan..padahal SA dh makan kat rumah pukul 1pm..pukul 3pm kat sini layam YTF... SA sorang la makan..suami dah kenyang...dia melayan SA je..sesekali dia makan gak...makan YTF ni kalau yang soup memang la lama skit...sebab leka meniup kuah sup..panas giler kot kuah dia...

Berapa SA kena YTF ni..selalu bab harga orang risau and seriau kan...percaya x banyak tu SA cuma dikenakan RM15 je...Haaa murah kan?

Nanti boleh pi makan lagi...hari tu ramai cakap jangan viralkan..nanti x dapat makan..orang ramai dan meja penuh..ah..lantak..benda sedap mesti la nak kena share kan..

Sunday, September 28, 2025

Meriah Menu Lunch Hari Ini..

Assalamualaikum....

Seawal pukul 10 pagi SA dh prep bahan masak...pukul 10.30am SA masak nasi...lepas tu SA dh malas nak tunggu, terus SA masak...puas SA fikir nak masak apa dengan belimbing buluh tu..SA x nak dia rosak kan...ada sebiji dua dah lembik....terus SA teringat...Suami x pernah lagi makan gulai sardin...selalu buat sambal sardin je kan..ikutkan gulai sardin campur kentang...SA x campur la kentang sebab dah ada belimbing buluh...

Jom la tengok gambar...

Gulai sardin cap ayam + sardin cap Yusof Thaiyoob campur belimbing buluh

Kacang buncis goreng

Kicap cili untuk ikan bakar


 Ikan cencaru besar SA bakar je

Tadi cadangnya nak goreng kunyit hidup + bawang putih...tapi PZ nak buat...sudahnya x jadi...PZ tido dan malas nak masak...dia suruh bakar aje...okey laaa...ai..ai...chip....saya yang menurut perintah...

Lepas Zohor kang kita makan erk....

La ni tengah layan Kilauan Emas Separuh Akhir...


Cucur udang Untuk Sarapan Pagi...

Assalamualaikum....

Selamat pagi...selamat berhari minggu...semalam masa adik beradik ada...cadang nak buat cucur udang..tanya diorang semua x nak sebab ada yang dh makan cucur masa sarapan pagi..then xde la SA buat...diorang petang dh gerak balik ..

So pagi ni SA buat la cucur udang...suami nak keluar pergi buat grab....kang petang SA nak pi dating ngan dia...hahaha...

SA lupa nak amik gambar masa sebiji2..dah potong macam ni baru SA amik gambar

Cili besar xde ...so SA x buat kuah dia...SA makan ngan sos cili Lingam


 Tadaaa...sos cili Lingam

Alhamdulillah settle bab sarapan pagi hari ni...PZ dh tanya dh nak masak apa hari ni...alaaaa...SA x nak la masak lauk berat2...PZ cakap...kita buat Cencaru goreng kunyit hidup dan bawang putih la...SA cakap sett!!!!! Hahahaha ....PZ cakap hari ni dia masak....yeayyyy....

Hari ni SA nak blogwalking!!!!


Saturday, September 27, 2025

Ikan Patin Masak Tempoyak Menu Lunch Hari Ni

Assalamualaikum...

Meriah betul kat rumah hari ini...ramai...seronok...orang paling seronok PZ la ..dia beli eskrem, apam balik, karipap dan macam-macam lagi...seronok dia cucu-cucu balik...Dania je x balik....

Seawal pukul 11.00 pagi SA dh masak...Ikan Patin Masak Tempoyak..ada orang sebut gulai masam ikan patin...lepas tu SA goreng sayur, goreng ayam bahagian peha, montot ayam..dan SA buat cencaluk dan hiris belimbing buluh macam yang Kak Amie cakap ..SA x campur belimbing buluh dalam masak tempoyak sebab adik2 x nak...nak yang real je...


Ikan patin masak tempoyak


Sayur goreng


Cencaluk dan hiris belimbing buluh


 Ayam goreng

Seronok makan ramai-ramai hari ni...PZ makan bertambah-tambah hari ni...seronok tengok...sesekali makan beramai kan..makan rebut-rebut plak tu...

Lepas tu kami tengok movie citer hindustan MAA..lakonan Kajol....jerit2 masing-masing...kelakar betul..


Dania Pergi Event World Tourism Melaka 2025

Assalamualaikum...

Melaka minggu ni memang lain macam meriah. Sejak semalam, bandar warisan UNESCO ni jadi pentas utama World Tourism Day & World Tourism Conference 2025 – acara global anjuran UNWTO bersama MOTAC dan Kerajaan Negeri Melaka.

Tema tahun ni, “Tourism & Sustainable Transformation”, kedengaran serius, tapi suasana di jalanan terasa sangat mesra. Dari Jonker Street sampai ke Encore Melaka, semua macam berpadu untuk sambut tetamu dari serata dunia.

Dania berpeluang explore event ni semalam sebab UCAM hantar team tarian zapin..cuma Dania x join la acara menari tu..kalau join and dia bagi tau awal memang SA shoot ke Melaka semalam. Sanggup amik cuti sebab bukan senang nak tengok Dania menari Zapin kan..hahaha..nasib baik x masuk...

Berikut gambar2 yang Dania share sepanjang program semalam...katanya event ni berlangsung 3 hari dari 27hb sampai 29hb..banyak pameran katanya...

Hari Pembukaan Semalam Penuh Warna & Tradisi

Dania sampai ke kawasan Encore Melaka petang semalam, dan terus terasa vibe festival. Ada persembahan zapin serentak (katanya mungkin rekod Malaysia!)  rentak kompang dan gendang buat ramai pelancong luar terpesona.

Selain tarian, ada juga Konda Kondi Festival permainan tradisi yang mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Kanak-kanak kampung, pelancong Eropah, semua sama-sama cuba baling kayu. Serius comel!

Dekat Dataran Pahlawan pula, Carnival Usahawan Melaka meriah dengan lebih 60 gerai dari dodol hingga kraftangan kontemporari. Paling best, boleh rasa macam-macam makanan tempatan sambil sembang dengan peniaga yang semangat cerita tentang produk mereka.


















Pameran yang paling buat Dania teruja ialah “The Historical Maritime Exhibition of a World Naval Hero: Enrique de Malacca”. Baru Dania tahu, Enrique orang Melaka  mungkin individu pertama mengelilingi dunia bersama Magellan. Cerita ni memang patut diangkat, dan SA suka cara pameran ni gabungkan fakta sejarah dengan teknologi interaktif.

Menuju Visit Malaysia 2026

Yang lagi menarik, Perdana Menteri turut melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 semalam. Jadi, World Tourism Day 2025 ni bukan sekadar festival ia pembuka tirai untuk Malaysia tarik 16.5 juta pengunjung tahun depan dengan sasaran pendapatan RM23.48 bilion. Besar, kan?















 

“Sustainable Transformation” – Melaka Versi Hijau

Walaupun festival ni besar, kerajaan negeri nampak serius bab kelestarian.

Laluan bas ulang-alik percuma untuk kurangkan kenderaan.

Banyak tong kitar semula ditempatkan di setiap sudut.

Pameran teknologi hijau pun ada, tunjuk macam mana pelancongan boleh kekal mesra alam.

Bagi SA, ini menarik, Melaka nak buktikan yang bandar bersejarah bukan sekadar nostalgia, tapi juga contoh pelancongan masa depan.

Kalau korang plan ke Melaka minggu ni, datang awal sebab parkir memang penuh. Naik bas percuma lagi senang. Pakai kasut selesa banyak tempat menarik nak diterokai.

Melaka malam semalam rasa hidup dengan muzik jalanan, aroma kopi baba nyonya, lampu neon di Sungai Melaka. Dalam hati, SA bangga tengok warisan kita jadi perhatian dunia, sambil tetap jaga alam dan budaya.

Jadi, kalau korang cari destinasi hujung minggu yang sarat budaya tapi bernafas global, Melaka semasa World Tourism Day 2025 memang tak mengecewakan..

Cepat...masih ada banyak masa lagi ni..boleh bergambar di kapal besar tu....

Rasa macam nak ke Melaka la malam kang ...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah