Sup ayam by PZ...
Friday, November 29, 2024
Dinner Malam Tadi
Thursday, November 28, 2024
Bagi Chance La..Nak Manis2 Jap....
Dia bukan cuma suami saya..
Dia tempat saya rasa tenang..
Dia lah kawan baik saya.
Rumah saya.
Hidup saya..
Segalanya buat saya..
Saya cuma nak cakap
I Love You..
🥰🥰🥰
Yeay..Dah Dapat Gaji Google Adsense
SA nak buat apa dengan duit gaji ni?
SA rasa nak belanja Dania dan suami makan la..selebihnya ingat nak beli kasut..lama dh x beli kasut...ada balance simpan dalam tabung emergency...
Semoga SA diberikan kerajinan untuk update blog lepas ni supaya cepat cashout gaji lagi..
Baru Sudah Lunch...
Yong Tau Foo soup..
Dh letak kuah..
SA x tau kenapa YTF kat food court NU Sentral ni buat SA terindu-rindu..sedap soup dia dan sedap gak sos dia..x sama macam.kat kedai lain..ini yang paling menepati citarasa
Sikit je amik RM18 kena uolls...teringin punya pasal abaikan aje la harganya...
Lepas tu SA beli Beef Roti ni untuk suami...kang dia jemput sure dia ngadu lapar tu...belikan la sekeping...tebal.dan sedap beef roti sutera mas ni...sama sedaonya macam kat Bukit Bintang tu...eh ada satu lagi kat Petaling Street..pun sama gak...Beef Roti...itu x pi lagi..nanti la sekali lagi jenjalan bawak Nia ngan husband...
Harap suami suka...suami SA ni yang pelik-pelik x pandai makan..dah ajar makan baru dia reti..
KPI dah submitted...lega rasa...
Esok SA akan berada di Taman Botani Shah Alam a.k.a Bukit Cherakah..settle kat sana SA akan check in hotel pukul 3pm..first time join Family Day as a complete family...kalau sblom ni SA dengan Dania je kan..we see how suami SA nanti..pandai x dia bawak diri dan beramah mesra dengan yang lain...
Kita tungguuùuu....
Late Lunch Di Warung Aeropa Authentic Indonesian Cuisine IOI Mall Putrajaya
Breakfast With Beloved Husband
SA order maggi goreng, suami nak makan roti canai..
Geram plak tengok vadey dan puri tu..amik.la vadey tu seketul cicah sambal kelapa apa ntah nama dia...suka makan makanan indian tapi x tau nama...alaa kalau makan tosei ada kelapa putih tu....Ammi....tolonggggggg...apa namanya ni...tapi sedap la...vadey panas2...
Nanti nak cuba Puri tu plak...geram je tengok diorang goreng depan mata...
Wednesday, November 27, 2024
Tips Jimat Cermat SA
Assalamualaikum...
Since ekonomi sekarang teruk kan...korang buat tak perubahan pada perbelanjaan harian atau bulanan korang dengan kurangkan sikit perbelanjaan. Agak- agak membantu tak usaha korang tu?Ada tak lebihan kewangan yang korang dapat selepas amalkan atau downgrade kan barangan yang korang beli?
Kalau sebelum ni SA beli barangan keperluan rumah double dan triple kuantiti, sekarang,SA akan beli ikut keperluan..banag dah habis baru beli, atau dah nampak nak habis baru beli satu..
So ni antara apa perkara yg SA buat untuk berjimat dengan downgrade few benda kat rumah
1.Balance lauk lunch bawak ke dinner, jangan ngade nak buang or masak lain, balance dinner yg x habis simpan dan bawa ke esoknya as breakfast or lunch. SA harap lebih consistence bawak bekal lepas ni...jimat banyak ye..
2.Tukar sabun basuh yang serbuk mahal ke sabun basuh baju murah skit..macam downgrade jenama Top ke Breeze yang lebih murah..malah ada yang lagi murah macam jenama Toman..alaa..sabun je pun kan..sama je mana- mana jenis..
3.Tukar sabun basuh pinggan Axion RM5 lebih ke sabun harimau kuat eco RM2.40
4.Minum air kosong baik kat rumah mahupun kat opis..sesekali makan kat luar je baru order air sedap
5.Tutup suis semua barang eletrik yg x guna untuk jimatkan elekrik, Aircond pasang bila perlu aje..
6. Sebulan sekali makan di luar atau ada tambahan kalau ada special occassion
7. Sarapan di luar setiap Isnin bila suami hantar pi kerja
8. Start naik bas semula bagi jimatkan kos minyak dan tol, sesekali suami hantar dna jemput bila perlu
9. Beras beli 2 kampit sebulan, sekampit beras biasa 10kg, sekampit lagi beras basmathi 5kg..
10. Amalkan masak sendiri di rumah
11. Tanam sendiri sayur- sayuran
12. Amalkan senarai barang- barang sebelum membeli
13. Jimatkan penggunaan air..elakkan bil air naik tinggi
So kalau belanja bulanan barang dapur..memang dah reduce kuantiti...takde nak beli buat stok ke apa..sebab apa..nak elak membazir especially kalau tiba-tiba apa yag kita beli tu dah expired..kalau beli sayur yang mudah rosak, SA akan terus masak dalam masa 2 hari..sayur habis baru beli lagi..
Setakat ini itu yang SA amalkan..alhamdulillah jimat sikit walau x banyak..so lebihan wang tunai tu boleh simpan dalam akaun kecemasan...time sesak boleh guna...kan?
Macam mana korang JIMAT? Boleh share?
Menu Bekal Lunch SA Hari Ini
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah