Thursday, July 31, 2025

Kari Ayam PZ for Lunch Today

Assalamualaikum...

Knowing PZ memang suka masak kan..semalam kan dia call SA bg tau dia masak kari ayam kan..pas tu tanya boleh campur carrot x..SA jawab boleh je kalau nak campur tapi nanti rasa kari tu sedikit manis la sebab carrot kan manis..so dia x campur rupanya..dan the best part xde cili ye..x pedas langsung..PZ masak kari..dia yg sakit perut..dia langsung x leh makan lauk kari ni...perut dia sensitif dan cepat trigger...

Sudahnya balik kerja malam tadi..lepas dah selesai apa yg patut dan dh mandi, SA buatkan telur goreng kicap untuk dia..ayam kari makan gak la tapi dia amik ayam je...no kuah at all...


Kari ayam PZ, SA notice dia x letak daun kari..so SA diamkan aje..kang dia merajuk susah SA nak pujuk

Telur mata goreng kicap


bekal SA hari ni...no sayur, no buah..x sempat nak pi beli...


Memandangkan kari ayam tu banyak ye...PZ lupa atau x pandai sukat berapa banyak nak masak...selalunya memang dia akan masak lebih...Suami la SA paksa makan atau bawak bekal sebab SA kan diet...tapi hari ni SA bawak la juga kari ayam tu..kesian plak dia masak banyak if SA x bawak bekal...macam biasa la nasi sesenduk je..itupun sikit SA dah kurangkan lagi...lepas tu 2-3 ketul ayam kari bahagian peha, thigh dan kepak...suami plak bawak ayam kari tu dan roti...

Settle lunch tadi..sambil lunch sambil tengok diorang amik2 gambar sebab one of Legal Colleague last day hari ni... Yunis dah berhenti..maybe dapat best offer...kalau SA sempat kang SA bergambar dengan Yunis...kalau sempat la sebab SA busy hari ni...lepas sorang- sorang berhenti...Isnin nanti SA bakal dapat Senior Manager re-employment..SA pernah bekerja dengan dia..dan pernah satu department ngan dia..tunggu.....
 


100 pcs Treats/ Snacks Untuk Brown

Assalamualaikum..

Memandangkan treats/snacks si Brown tinggal beberapa pcs je dan sebelum ni kakak Nia yang belikan untuk dia...terus SA mintak link kat Nia..SA nak order..senang nanti xde la tercari-cari...SA order kat Tik Tok 100pcs RM20 plus plus aje..untung beli sebab mulanya ada 20pcs RM7.99, pas tu beli masa live SA order terus 100 pcs...boleh la buat stock lama sikit..SA pilih perisa mix. Ada Salmon, Tuna, Chicken and Beef...

Bila dia tau mama dia dh beli banyak treats untuk dia...sekejap2 dia mengiau dan pergi kat tempat SA simpan treats dia..Atok cakap kejap2 dia ke situ duk mengiau dan tercium-cium bakul yg SA simpan treats tu..



Haaa...ambik ko...sampai 100pcs mama beli..sehari 1 je treats..x boleh banyak2


Ni selepas dapat treats...


Mama membebel dia buat2 tido..


Bila mama senyap dan x pandang dia bukak mata..pang sekali baru tau..


Bertuah betul...

Dah la gemuk...manja...suka buat mama bertukar jadi hijau....tapi tetap sayang....bila x nampak muka tu tercari-cari ye...sekarang lagi sayang sebab dah gemuk, dh cantik bulu dia..x gugur dah...SA notice sejak dia makan Whiskas ni bulu dia cantik. Jenama lain dia x nak ye...itu je yang dia nak...sekarang ni kalau nak panggil dia balik rumah..just goncang kuat2 bekas makanan dia tu...menonong dia balik..tapi bukan dia aje..yang lain2 pun sama datang bertandang...sabar je la... 


Apa Itu Menopause dan Andropause?

 Assalamualaikum...

SA joined webinar kesihatan tentang Menopause dan Andrepause tengahari semalam kan..dan SA nak share sedikit pengetahuan yang SA dapat dari program Webinar Kesihatan anjuran mother company SA semalam..

Pernah tak dengar kawan-kawan sebut pasal “panas baran sebab menopause” atau “lelaki pun ada andropause tau!”? Topik ni kadang-kadang jadi bahan gurauan, tapi sebenarnya dua-dua adalah fasa perubahan hormon yang normal bila kita makin berusia.

Jom kita santai-santai kenal dulu apa itu Menopause dan Andropause.


1. Siapa Yang Terlibat dalam masalah ini?

Menopause biasanya dialami oleh wanita. Ia menandakan berakhirnya kitaran haid  maksudnya, wanita tidak lagi subur.

Andropause pula berlaku kepada lelaki, walaupun tak sepopular istilah menopause. Ia juga dikenali sebagai "male menopause".

2. Umur Berapa Selalunya Mengalami Masalah Ini?

Wanita biasanya alami menopause antara umur 45 hingga 55 tahun. Ada juga kes berlaku lebih awal (dikenali sebagai menopause pramatang).

Lelaki pula biasanya mula rasa perubahan sekitar umur 50 tahun ke atas, tapi ia berlaku secara perlahan dan tidak tiba-tiba seperti wanita.



3. Bahaya ke?

Sebenarnya, menopause dan andropause bukan penyakit, tapi fasa semula jadi dalam kehidupan. Tapi, simptom-simptomnya boleh mengganggu kualiti hidup, seperti:

Wanita (menopause): hot flashes (rasa panas tiba-tiba), berpeluh malam, mood swing, sukar tidur, kekeringan faraj.

Lelaki (andropause): letih berpanjangan, kurang libido (nafsu seks), mood down, susah fokus, lemah otot.

Kalau dibiarkan tanpa rawatan atau pemahaman, ya — ia boleh menjejaskan emosi dan hubungan sosial.

4. Apa Solusinya?

Tak perlu panik, banyak cara boleh bantu lalui fasa ni dengan lebih tenang:

✅ Gaya hidup sihat – pemakanan seimbang, senaman ringan, cukup tidur.

✅ Sokongan emosi – penting untuk pasangan dan keluarga saling faham.

✅ Rawatan hormon (HRT/ TRT) – atas nasihat doktor, untuk yang alami gejala teruk.

✅ Rutin check-up – untuk pantau kesihatan jantung, tulang dan hormon.

✅ Mindset positif – anggap ia sebagai proses semula jadi dalam hidup, bukan pengakhiran!


Menopause dan andropause bukanlah penamat kepada kehidupan yang aktif dan gembira. Dengan ilmu, sokongan dan penjagaan diri, kita boleh laluinya dengan tenang.

Paling penting buka ruang untuk berbincang dan faham, bukan sembunyi atau malu. Ramai lalui perkara yang sama, kita tidak bersendirian 💪😊


Wednesday, July 30, 2025

3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging Dan Ikan, Boleh Jadi Rujukan Untuk Masak Di Rumah

Assalamualaikum...

Setiap hari buka pintu peti sejuk, tengok ada ayam, daging atau ikan, tapi tetap rasa buntu. Banyak sangat pilihan, masa scroll FB SA terjumpa 3 peta minda masakan ayam, daging dan ikan ini boleh bantu kita semua dari buntu x tau nak masak apa kan..so SA share kat sini dengan korang..x kan nak simpan sorang kan..korang pun kadang-kadang ada masalah yang sama..SA ni PZ tu rajin top up macam-macam kat rumah tu..lepas tu dia x tau nak masak apa...beliiiii lagi....

Dengan sekali  pandang aja, korang boleh nampak pelbagai cabang menu yang boleh dimasak daripada satu jenis bahan utama. Walaupun cara ini ringkas, tapi sangat membantu untuk kegunaan harian.

Jom tengok...






Lebih mudah kalau  dicetak dan tampal dekat dapur, memang sangat memudahkan. korang pun boleh gunakan peta ini semasa buat senarai beli barang dapur, supaya tak tertinggal bahan penting. Beli bahan base on nama masakan..terus korang auto pandai dah bab bahan..ye tak...SA walau boleh la masak untuk keluarga..kadang-kadang google jugak bahan...selain tu SA campak-campak je bahan apa yang ada asalkan masak dan menjadi..😆😆

Semoga peta minda ini beri manfaat kepada semua yang suka masak, baru nak belajar atau sedang cari idea untuk hidangan keluarga. Jangan lupa simpan, kongsi dan jadikan rujukan pada bila-bila masa.

Semoga bermanfaat ye perkongsian ini..

PZ baru call SA, katanya dia masak kari ayam campur kentang..dia call SA nak tanya boleh campur carrot x..comel aje kan....

Caesar Salad Untuk Lunch Hari Ini....

Assalamualaikum....

Selamat tengahari....jom lunch!!!

Setelah 2 hari x bawak salad..ni last stock salad kat rumah ye...salad habis, timun habis dan tomato cherry habis..kalau sempat kang SA singgah Jaya Grocer cari salad masa balik kerja kang...buah pun habis dah...tu last apple hijau ye...PZ ada beli buah..tapi buah mata kucing ngan anggur..x sesuai plak untuk diet dan snacking...


Telur tu SA guna telur Nutriplus...beli kat Jaya Grocer gak ..itupun yang last ye...

Apple hijau


Alhamdulillah SA amik lunch sambil dengar webinar anjuran MMC dengan tajuk menarik Menopause and Andrepause.

SA saje daftar dan join  memandangkan umur SA dah 47 tahun ni...umur yang dah kearah simptom Pre-Manopause..so kena amik tau bab ni...banyak benda kena belajar dan kena ambil tahu...kalau ada input menarik SA share kat blog ye memandangkan readers dan followers SA ramai wanita....

 See ya..


WW~Apa Aje Yang Murah Sekarang Ni?

Assalamualaikum...

Nasi lemak bukan sarapan hari ini tapi sarapan semalam...semua benda dah naik harga sekarang kan..nasi lemak kat bawah ni dari harga RM5, size pun dah kecik skit..sekarang dah harga RM5.50 ye...


Nasib baik masih kekal sedap

Hari ini SA beli sandwich untuk sarapan...dari RM6 dah naik RM7...portion besar...serius besar dan SA x habis untuk sarapan...makan sekeping dan sekeping lagi makan time lunch nanti la...cukup la tu kan...


Hari ni SA minum coffee....less sugar of course...amik instant je...



Semalam dah settle urusan Audit department SA...hari ni department lain plak...walau pun x lama tapi kami yakin kami berjaya 100% memandangkan x banyak pun perkara- perkara yang di audit...Department SA International Asset an Investment Management...x banyak melibatkan procurement dan sebagainya...filing pun x buat semua simpan dalam soft copy tapi mana yang auditor mintak kami compile document untuk supporting document tu kami bagi je la..pun soft copy gak...lega dah semua settle...hari ni giliran orang lain la plak ye....SA nak setttlekan apa yang patut..bukan nak cuti just nak mudahkan kerja..x suka bertangguh..

Hari ni SA bawak salad...nanti SA share ye...

Relevan Lagi Tak Duit Syiling Dalam Urus Niaga Harian?

Assalamualaikum...

Selamat pagi....

Hari ni SA nak bincang tajuk yang serius skit,puncanya SA sedang mengemas bag kerja..sekali nampak banyak duit syiling dalam bag...tiba-tiba terfikir tentang relevannya duit syiling ni..menderu-deru idea keluar, lupakan bag dan terus type kat handphone...😆😆

Pernah tak masa tengah kemas rumah, tiba-tiba terjumpa bekas plastik penuh dengan syiling? RM0.10, RM0.20, kadang-kadang ada juga yang rare RM1 lama..SA kat rumah jadi tukang kutip duit syiling dalam bilik atau dalam mesin basuh, SA dapat SA terus masuk tabung. Tapi, persoalannya sekarang… masih relevan ke duit syiling ni dalam dunia yang semakin ke arah cashless?

Cashless Dah Jadi Gaya Hidup

Sekarang ni, pergi kedai runcit pun boleh scan QR. Naik bas pun dah boleh guna kad. Kat pasar malam pun ada peniaga yang letak stiker "Terima Duit eWallet". Teknologi dah ubah cara kita berbelanja. Kadang-kadang, keluar rumah dengan dompet kosong pun tak rasa risau asal ada telefon.



Tapi Duit Syiling Masih Ada Fungsinya

Walaupun cashless tengah trending, duit syiling masih ada tempatnya. 

Cuba fikir:

Bayar parking mesin lama . Ada tempat yang masih guna mesin lama yang hanya terima syiling.

Tabung masjid atau derma – Bila nampak tabung derma, kita hulur syiling sebab mudah.

Beli di koperasi sekolah / vending machine – Kadang-kadang masih perlukan syiling.

Syiling Kadang Buat Kita "Terkeliru"

Jujurnya, ada juga yang rasa terbeban. Bawa beg berat sebab penuh syiling. Nak kira pun pening. Pernah tak rasa malu sebab lambat kira syiling kat kaunter? Hehe.

Bila Kali Terakhir Korang Pegang Syiling?

Kalau nak tahu betapa kita dah jarang guna, cuba fikir bila kali terakhir kita bayar sesuatu dengan syiling? Atau bila kali terakhir kita betul-betul ambil baki syiling lepas beli barang?

Syiling Belum Pupus, Tapi…

Syiling masih ada tempat dalam urus niaga harian tapi ruangnya makin sempit. Dalam dunia yang makin laju, cashless lebih praktikal. Tapi jangan pandang rendah pada syiling, kadang-kadang nilainya lebih dari yang kita sangka terutamanya bila kita tengah betul-betul tak cukup RM0.20!


Korang pula macam mana? Masih guna duit syiling atau dah 100% cashless?
SA masih guna syiling, duit tunai dan sesekali cashless bila perlu..

Cashless Bagus, Tapi Sesuai Ke Untuk Orang Tua?

Kita mungkin selesa dengan eWallet, QR Pay, scan-scan je bayar... tapi cuba fikir dari perspektif ibu bapa kita. 

Ada antara mereka:
  1. Tak biasa dengan aplikasi eWallet.
  2. Rasa tak selamat letak duit dalam telefon.
  3. Tak yakin nak tekan-tekan bila bayar.
  4. Lebih percaya duit fizikal depan mata.
Pernah tak mak ayah minta kita bayarkan barang sebab mereka “tak reti scan”? Atau risau kalau tiba-tiba sistem down, tak boleh bayar langsung?

Cashless bagus dan mudah, tapi ia belum inklusif sepenuhnya. Untuk generasi yang membesar dengan duit kertas dan syiling, duit fizikal masih rasa paling selamat dan real.

Adakah kita terlalu cepat tinggalkan generasi lama dalam dunia digital, semata-mata kerana nak lebih pantas dan mudah?


Tuesday, July 29, 2025

Ni la Meal SA Lately

Assalamualaikum...

Hahahahaha...

Macam ni la meal SA sekarang...dalam pinggan macam ni je...mana x bising PZ dan Suami SA...lor..dah namapun diet kan...SA x buat pun diet OMAD tu..SA x yakin boleh buat...walaupun SA xde gastrik..nanti la jumpa doc 23hb nanti SA bincangkan macam mana, diet apa sesuai untuk SA..



Nampak macam nasi SA banyak kan...sebenarnya suku senduk je....telur sikit, sayur bayam goreng sikit dan seketul rendang ayam pencen bahagian yang paling kecik...


Kenyang ke makan macam ni...

SA okey je...tengah malam lapar pun SA buat x tau je..hehehe...weekend SA cheating day pun SA still kurangkan pengambilan nasi..sekarnag badan SA dah sedap- sedap dan dah selesa..slowly la kan..bukan diet drastik...esok SA nak start buat salad semula...balik ni nak beli dada ayam nak bakar...telur Nutriplus pun tinggal 2 biji je tu...cukup la untuk salad esok...ok ke makan telur dengan salad setiap hari?

Ya, makan telur setiap hari boleh menjadi sebahagian dari diet yang sihat, untuk menurunkan berat badan, asalkan tidak berlebihan. Telur adalah sumber protein dan nutrisi yang baik, dan ia membantu merasa kenyang lebih lama...cuma SA akan selang seli pengambilan telur ni...selang 2 hari atau selang 3 hari...nak topup salad la balik kang...timun pun dah abis...


Masakan PZ minggu Lepas

Assalamualaikum...

PZ...bila dengar SA x sihat dia akan masakkan sup..tapi x tumis bahan ye...dia rebus gitu je...sedap x sedap makan aje la..nama pun tengah x sihat dan xde rasa ye...sup kepala ikan memang jadi all time fav..PZ akan siang sendiri kepala ikan tu..dia akan basuh sampai hilang bau hanyir..dan redha la bila dia masak sup kepala ikan akan ada banyak sayur sayuran...itu yang akan buat badan berpeluh-peluh nanti...setakat ni memang x mengecewakan...


Sup kepala ikan jenahak


Ayam goreng
 
Sekarang ni PZ dah pandai masak ikut sukatan dah...sebelum.ni dia masak banyak kan...padahal yang makannya 3 orang je..

Nasi pun memang suruh dia masak 1 pot setengah je..ngam2 je sampai malam..SA kalau makan nasi memang suku senduk sekarang..kalau korang tengok pun mesti akan cakap..alaaaaaahaiiii...celah gigi je ha...nanti SA tunjuk meal SA ye...


Brown Pun Nak Snacking Time Macam Mama

Assalamualaikum..

Balik kerja semalam...dia sambut SA dan suami depan rumah...mengiau macam mengadu segala aktiviti dia swpanjang hari kat rumah...dia ikut je mana kaki kami melangkah...bertuah betul....SA dah la kepenatan...

Uncle naik tingkat atas terus dia pun ikut naik ke tingkat atas...dia tunggu Uncle siap mandi dan siap solat...SA panggil suruh turun bawah pun dia x nak...

Uncle turun dia pun ikut turun...rupanyaaaa...dia nak snack dia...dah la snack dia dh tinggal sikit je...tu SA cakap Brown ni dah masuk belanjawan rumahtangga SA...kena selit belanja untuk makanan dia..sebulan RM200 untuk kibbles dan snack dia aje...dah macam beli makanan budak..nasib baik SA xde budak kecik...SA pesan kat dia..jangan jadi pemalas..jangan jadi biawak hidup...makan tido makan tido je...buat kerja..tolong jaga rumah..jangan bagi orang luar masuk..tolong teman atok...😂😂😂..

Mengiau je lebih...ntah buat kerja ntah x tu...


Asyik betul dia...satu x cukup ye...lepas habis satu Uncle bagi, mintak kat mama plak


 Video dia sedang menikmati


Tergolek buat2 muka comel..ajak orang gurau-gurau ngan dia ..

Tak kuasa la SA nak main main ngan dia..SA leaps je Isyak buka Prime Video tengok citer Marry My Husband tu..dah episode 10 dh...jenuh layan sampai kul 11 malam...

Ni dah mengantuk x cukup tido....padan muka..dah la hari ni ada Audit...jenuh la kejap ni kang...so hari ni rasanya x banyak entry blog SA..tengok la mana yang sempat kang....


Monday, July 28, 2025

Diet OMAD – Makan Sekali Sehari, Boleh Kurus ke?

Assalamualaikum...

Pernah dengar tentang diet OMAD? Mula-mula dengar macam pelik. Bayangkan... sehari makan sekali je! Serius lah boleh kenyang? Tak pening ke nanti?

Macam ni, OMAD tu singkatan untuk One Meal A Day, maksudnya... dalam 24 jam, kita hanya makan satu kali je. Satu waktu yang kita pilih, dan makan ikut portion yang seimbang (bukan maksudnya makan satu periuk nasi tau! 😆).

Apa Itu OMAD?
Maksud OMAD: One Meal A Day
Waktu puasa: 23 jam
Waktu makan: 1 jam


contoh meal untuk diet OMAD

Kenapa Orang Buat Diet OMAD?

Sebab utama – nak kurus lah, apa lagi! Tapi bukan setakat tu je...

Ramai juga buat sebab nak:

  1. Stabilkan gula dalam darah
  2. Rasa lebih fokus dan bertenaga
  3. Sistem penghadaman lebih sihat

Dan paling best… tak perlu fikir nak masak banyak kali! (Ha ni favourite ramai wanita kan 😜)

Macam Mana OMAD Berfungsi?

Bila kita tak makan sepanjang hari, badan kita akan mula bakar lemak simpanan sebagai tenaga. Proses ni dipanggil autophagy – macam 'pembersihan sel' dalam badan. Best kan?

Contohnya:

Kalau kita pilih nak makan jam 6 petang, sepanjang hari tu kita puasa (boleh minum air kosong, kopi tanpa gula, teh kosong). Then bila waktu makan tu sampai – kita makan makanan yang seimbang. Karbo, protein, sayur... cukup semua.

Tapi Tak Lapar Ke?

Awal-awal, memang mencabar sikit. Rasa lapar tu memang normal. Tapi lepas beberapa hari, badan akan mula biasa dan adapt. Ramai kata, lepas seminggu, rasa lapar pun makin kurang!

OMAD Sesuai Untuk Semua Ke?

Tak semestinya,,

Kalau anda....

  1. Ada masalah kesihatan (contohnya gastrik kronik, diabetes, darah rendah)
  2. Ibu mengandung atau menyusu
  3. Atau kerja fizikal yang berat

Kalau nak cuba...elok dapatkan nasihat doktor dulu sebelum cuba.


Tips Untuk Yang Nak Cuba OMAD

1. Start slow – Mula dengan Intermittent Fasting dulu (contohnya puasa 16 jam, makan 8 jam)

2. Pastikan air cukup – Minum banyak air kosong

3. Jangan balas dendam masa makan – Jangan makan berlebihan

4. Fokus pada kualiti makanan – Real food, bukan fast food 😅

5. Dengar badan sendiri – Kalau tak sesuai, jangan paksa


OMAD bukanlah diet yang sesuai untuk semua orang, tapi ramai yang dah berjaya turunkan berat dengan cara ni. Kunci dia – disiplin, konsisten, dan kenal badan sendiri. Yang penting, kita pilih cara yang kita mampu ikut dalam jangka masa panjang.

Nak kurus, nak sihat, semua boleh – tapi jangan lupa, jaga mental dan emosi juga ya. ❤️

“Eat for the body you want, not for the mood you’re in.”

Tiada Salad Hari Ini..

Assalamualaikum...

Hari ni SA x bawak salad...stok ada..tapi macam jemu...so seawal pagi SA bangun and masak untuk bekal macam biasa la...hari ni blog SA ada masalah...entry terbaru tak muncul di feed. SA x pasti kenapa, tapi SA notice dari Sabtu pageviews SA bergerak macam biasa tapi seolah- olah xde siapa yang baca bila takde komen macam selalu...pelik kan...pagi ni punya entry pun x naik feed. Korang ada msalah yang sama ke?

Bekal SA dari breakfas sampai ke Lunch...


Mee goreng...SA tambah tauhu pok tu, potong2...sedap...cili memang racik2 macam tu sebab mee SA x pedas..PZ kan x leh makan pedas...dia suruh tinggalkan untuk dia sepiring je..


Buah untuk snacking..Laici dah baung kulit dan orange madu..last orange, esok kena habiskan apple hijau plak...


Korang kalau nampak entry ni kat feed korang tolong bagi feedback ye...SA dah buat macam- macam siap tanya ChatGPT dan dah buat apa yang patut masih x nampak entry baru SA naik di sidebar korang...masih entry lama...


Kisah Suami & Si Brown

Assalamualaikum...

Suami bukan pencinta kucing tapi dia ok je dengan kucing especially part bagi makan...Si Brown ni memang jenis manja dan mengada-ngada..dengan SA dia kureng skit..memilih ye budak bertuah ni padahal SA yang belikan makanan dia...tetap la dia x nak manja-manja ngan SA ..maybe sebab karakter SA garang kot..tapi dia sangat manja dengan PZ, Dania dan Suami...

Suami SA plak jenis penggeli..tapi dalam masa yang sama dia layan aje...bising la mulut dia merungut bila Brown menggesel kaki dia..nak berjalan pun susah..lepas tu sekarang bukan main lagi si Brown tu..x nak dia kalau SA panggil...tapi bila tiba time makan snack...dia tau kat mana kakak Dania letak snack dia..dua tiga kali la dia keliling meja tu dan ciun2 bakul snack tu..tanda dia mintak la..Brown ni plak species yang susah nak dengar suara...nak dengar suara jantan dia keluar time mandi je...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap time Suami bagi Brown makan snack ..



Tengok dia punya x sabar tu...cuak Uncle dia dibuatnya..


Berani dia naik atas sofa mama erk..


 Bila mama marah baru dia turun...

Kadang-kadang terjerit2 la Uncle dia bila Brown gesel kaki..penggeli la Suami SA tu...bising-bising pun tiap kali makanan Brown habis dia la yang awal2 pi beli...🙄🙄
Ni suruh plak SA cari tempat tido si Brown kat Shopee...bakul yang SA sediakan sebelum ni siap ada teddy bear si Mommy dia dah hijack...teddy bear pun atok dh buang sebab mommy dh kencingkan...biadap mommy tu.....

Sekarang sejak dah jadi permanet resident rumah ni...terpaksa masukkan Whiskas dalam belanjawan family kami ye...tapi makan x pernah habis...punya pandai dia pi panggil semua kucing2 ntah sape punya kucing datang rumah..Atok pun terpaksa la asingkan allocation dari duit pencen belikan ikan untuk kucing2 tu....kadang kat Zemart tu ada je jual ikan dah siap pack RM3, ada lah dalam 7-8 ekor satu pack. 

Nanti mama nak kena check la..ada tak atok letak nama Brown dalam urusan harta pusaka. Mana tau Brown pewaris tanah plak kan...😂😂😂


Sunday, July 27, 2025

Ayam Masak Merah & Sayur Goreng Menu Lunch

Assalamualaikum ..

Hi korang...

SA baru sudah masak...

Masak simple je ni...ayam masak meeah dan sayur goreng...cukup la untuk tengahari ni...



Inipun dah buat PZ dan suami makan bertambah...

SA xde selera, makan skit buat alas perut je...lauk macam ni..best makan kering-kering x berkuah..laju je menyuap dan menambah tapi dh xde selera nak kata apa kan...lauk sedap macam.mana pun jadi x sedap ditekak...

Lepas Zuhur ni SA nak tido jap la...ubat semua dh makan ...cirit birit dh ok dh..


Sarapan Pagi Ini Ahad 27 Julai 2025

Assalamualaikum...

SA x sihat...jerebu ni agaknya punca...dengan cirit birit, sakit kepala dan sedikit demam...x jadi SA pi kenduri kahwin kat Serdang...penat dah ulang alik toilet...

Pagi ni PZ yg buat sarapan...

Cekodok cicah dengan sambal sardin SA buat malam tadi...SA lapar...SA makan je semua, x kisah dh diet ke apa..maybe sebab cirit birit dari rumah adik semalam kot...



Cekodok by PZ


Sambal sardin by me..


 Kopi 434 by PZ

Alhamdulillah  SA dh ok...

Cirit birit dh kurang..

Demam pun dh kurang...cuma kena rehat je la...ni kang kejap lagi SA nak masak...masak simple-simple  je la..dh defrost ayam dah...nak tgok ada sayur x dalam fridge...

Korang masak apa hari ni?


Saturday, July 26, 2025

Resepi Tomyam Seafood Pekat & Padu Ala Thai Tapi Versi Kita!

Assalamualaikum....

Kadang-kadang lidah ni craving yang masam, pedas, berkuah dan penuh seafood... haaa masa tu la Tomyam Seafood muncul dalam kepala! SA nak kongsi resepi tomyam versi adik bongsu SA, campak-campak tapi sedap ya amat. 

SA suka versi pekat sikit, tapi x nak letak susu ye...biar rasa dia masuk sampai ke tulang. Pedas tu mestilah kena ada, baru la berpeluh dahi sambil hirup kuah. 

Jom kita tengok bahan-bahan dulu!



 

Bahan-Bahan (Anggaran 4-5 orang makan)

Bahan utama:

Udang besar (15 ekor, buang kepala kalau nak kuah lebih bersih)

Sotong 10 ekor (hiris ikut suka)

1 batang serai (ketuk)

1 batang celery (dihiris)

Daun limau purut (4 helai)

Lengkuas (hiris nipis, bau dia wajib ada)

Cili padi (3 biji ketuk – boleh tambah kalau hati kering nak pedas)

Tomato (1 biji, belah 4)

Bawang besar (½ biji, hiris)

Air (lebih kurang 3 cawan)


Bahan perasa & pes:

3 sudu besar pes tomyam (guna yang Thai kalau ada)

1 sudu besar cili kisar (nak pedas lagi? Tambah je)

2 sudu besar sos ikan

1 sudu besar sos cili

1 sudu kecil gula

Jus limau nipis (1 sudu besar – penutup rasa)


Sayur-sayur tambahan (ikut suka):

Cendawan tiram

Lobak merah dan seangkatan dengannya

Daun ketumbar...baru la rasa Thai!!

Cara-Cara Nak Buat (Tak Sampai Setengah Jam Siap!)


1. Rebus air dalam periuk. Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut & bawang. Biarkan aroma dia naik.

2. Campak pes tomyam + cili kisar + sos ikan + sos cili. Kacau sampai sebati.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur dulu, biar dia lembut sikit.

4. Lepas tu baru masuk seafood – sotong dan udang. Tak perlu lama, cukup dia masak elok je.

5. Akhir sekali, perasakan dengan gula & perahan limau nipis. Rasa dan adjust – nak lebih masam? Tambah limau. Nak lebih kick? Tambah cili.

6. Tabur daun ketumbar sebelum tutup api. Siap!

Goreng telur dadar sebagai pelengkap hidangan....kombinasi yang serasi kan...

Selamat mencuba.....

Breakfast Pagi Sabtu 26hb Julai 2025

Assalamualaikum..

Hi korang..

Pagi ni SA dan suami sarapan kat luar, PZ x nak ikut..kebetulan kami ada urusan di JPJ..

Lepas settled urusan kami sarapan dulu kat depan UTC tu...

Jom tengok apa kami order...

Failed sebab org tu yg pecahkan...lepas tu sejuk plak...

Nescafe O kurang manis, Teh O untuk suami..


Cheating day, roti telur untuk SA

Roti kosong untuk suami 


 Kari kambing..

Lepas sarapan kami balik rumah dulu lepas tu terus gerak pi Bangi umah adik bongsu...

Kami x jadi ke  Melaka sebab PZ sakit perut, x berani dia nak makan lauk kenduri...


Friday, July 25, 2025

Kata-Kata Yang Susah Dipercayai

Assalamualaikum...

Pernah tak dengar ayat yang bila orang cakap, kita hanya mampu senyum ..sambil dalam hati kita akan berkata, “Ye lah tu”? Dalam hidup, ada beberapa jenis kata-kata ‘klasik’ yang makin lama makin susah nak dipercayai. Nak tahu apa dia? Bukan apa.. tak semua yang kita dengar itu benar, dan tak semua yang kita rasa itu salah..betul tak?

SA terpanggil untuk berkongsi sebab benda ni sering berlaku di sekeliling kita...tapi setiap kata- kata tu takde pun kebenarannya...xde yang boleh buktikan relevant nya kata- kata tu..SA bagi contoh kat bawah ye...

source from google.com

Antara ayat- ayat tu....

1. “Saya tak kisah pun.”

Ironinya, orang yang paling banyak cakap “saya tak kisah” sebenarnya orang yang paling banyak terluka. Tapi dia pilih untuk diam, bukan sebab dia tabah, tapi sebab dia dah penat. Penat berharap orang faham tanpa perlu dijelaskan.

2. “Saya okay je.”

Kata-kata yang paling senang diucap, paling susah ditelan. “Okay” itu topeng yang selamat dipakai bila tak ada siapa pun peduli nak dengar jawapan sebenar. Sebab dalam dunia sekarang, ramai yang tanya “awak okay?” cuma untuk cukup syarat. Hakikatnya orang tu x ok..

3. “Saya dalam perjalanan/on the way”

Perjalanan ke mana? Ke arah kejujuran atau ke arah alasan? Kadang-kadang kita lupa, setiap kali kita cakap benda ni tanpa maksud sebenar, kita sedang bina reputasi yang perlahan-lahan merosakkan kepercayaan orang.

4. “Saya dah lupakan semuanya.”

Melupakan bukan macam delete file dalam komputer. Ada memori yang walaupun dah ‘dibuang’, dia tetap muncul semula bila hati sunyi. Jadi bila seseorang kata dia dah lupa, mungkin maksud sebenarnya… dia masih belum bersedia untuk ingat balik tanpa rasa sakit.

5. “Saya tak harap apa-apa pun.”

Ayat ni selalunya keluar dari orang yang pernah berharap terlalu tinggi, dan jatuh terlalu dalam. Jadi sekarang, dia belajar untuk redha. Bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia tahu... harapan itu candu yang bahaya bila diberikan kepada manusia yang salah.

6. “Saya maafkan awak.”

Kemaafan yang tulus, tak perlu diumumkan. Tapi bila ia dijadikan ayat rasmi, kadang-kadang bukan betul-betul maaf cuma cara paling sopan untuk lepaskan seseorang dari hidup kita, perlahan-lahan, tanpa drama.

Manusia, kadang cakap bukan untuk difahami, tapi untuk lindungi diri sendiri. Dan dalam banyak-banyak kata yang susah dipercayai, ada satu yang paling menyedihkan:

> “Saya dah biasa.”

Kerana bila seseorang dah ‘biasa’ dengan rasa sakit, kecewa, atau dilupakan… itu bukan kekuatan. Itu trauma yang belum sembuh.

Jadi lain kali kalau dengar kata-kata macam ni, jangan terus percaya. Belajarlah membaca bahasa yang tak diluahkan. Selalunya ada rahsia disebalik ayat-ayat tu...sebenarnya ada banyak lagi ayat ayat yang biasa kita dengar...

apa lagi...boleh korang share?


Dinner Sizzling Mee Di Lepak Santai Seremban

Assalamualaikum...

Lalu lalang fyp kat Tik Tok SA hari- hari..SA buat x tau je tentang Lepak Santai Seremban ni..pun SAbuat x tau..sekali salah satu vendor dalam Lepak Santai Seremban ni up video kat Thread, terus SA teruja nak makan..vendor tu jual sizzling mee...mak aiii...terliur betul SA sebab memang craving sizzling mee...nampak dia curahkan kuah atas hot plate tu...nampak sedapnya....so semalam SA paksa suami bawak SA makan kat sini. Lagipun SA bagi alasan baik punya...PZ mesti x masak sebab dia pi kelas agama..kita singgah la makan...mana tau ada nasi lemak yang u tgh craving sekarang...jeling je dia...hahahaha...

Yes!!!!semalam sempat la kami makan kat sini...memang ramai order sizzling mee kat vendor ni...so kena la ikut turn...x sampai 1/2 jam pun SA tunggu...konsep kat sini satu tempat tapi banyak vendor...ada msakan Thai, Western, Satay dan macam- amcam lagi...



Nampak x ramai kan...ramai je dalam tu...


Mr Hotplatess ni la yang SA nak sangat cuba..


Menu dan herga, SA pilih Sizzling Special. Siap dia tanya nak tambah mee lebih x..SA tolak sebab risau x abis..kita kan baru nak try je...


Ni semua order orang lain


Cili api dan cili jeruk..cili api tu buat perut SA bergelodak..lama x makan pedas kan..


Tudiaaa.....nampak sedap kan...


Suami plak nak makan nasi lemak..nasib baik ada vendor jual nasi lemak


Macam- macam lauk ada dia jual


Suami pilih nasi lemak ayam berempah


RM10


Teh O panas kurang manis for me


Teh O ais for suami


Yeay dah sampai...apa yang special? ada telur bawah mee tu..lepas tu ada banyak cendawan hitam shiitake tu...ayam for sure lebih...


Looks really tempting...


cili jeruk


Cili padi


Candid by suami...nak makan sizzling ni kena slowly x leh main makan je sebab panas...


Ermmm....dapnya

Alahamdulillah...

Sedap..kuah dia cukup berasa...SA nak yang macam ni la..macam SA selalu makan kat foodcourt Seremban Parade dulu yang sekarang dikenali sebagai Seremban Prima. Yang sekarang susah nak dapat yang macam ni...ada kuahnya ceroi...ayam sikit je...sayur kadang xde, cendawan shiitake seketul kecik nipis je...tapi yang ni...memamng sedap..ayam bukan bahagian dada je tau...dia campur bahagian- bahagian best sekali...

So..kawan- kawan kat Seremban especially Ammi dan Mummy Ayu, silalah pergi cuba makan sizzling mee ni...SA recommend...sedap kat tekak SA dan SA yakin sedap kat tekak orang lain jugak...memang sizzling dia cukup rasa dan segalanya...cuba lah ye...

Memandangkan SA yakin sedap...sebab tu SA berani recommend...

Yang bukan dari Seremban kalau nak cuba pun boleh je..diorang meniaga petang sampai malam tau..kalau nak terjah sila la waze Lepak Santai Seremban...gerenti sampai...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah