Tuesday, June 16, 2026

Throwback Laksa Sarawak Dari The Food Criminal Padu Mat!

Assalamualaikum wrt...

Hari ni saja nak buat entri throwback sikit. Dipendekkan cerita, bulan 4 lepas rezeki langkah kanan betul bila ada seorang kenalan kepada big boss belanja SA dan beberapa kawan office makan. Rupa-rupanya, dia sengaja belanja sebab nak perkenalkan bisnes Laksa Sarawak milik anak dia yang menggunakan nama The Food Criminal.( korang boleh check IG)

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, asbab dapatlah SA merasa makan sedap hari tu, kan?

Sejujurnya, SA ni bukanlah selalu sangat makan Laksa Sarawak. Tapi kalau menu ni ada kat depan mata, memang SA takkan tolak. Bila suapan pertama masuk mulut... pergh! Kuah dia memang padu. Bau rempah-rempahnya agak kuat dan naik, tapi itulah yang buatkan dia jadi tersangat sedap!

Rasa dia tu sangat autentik, sampai SA rasa macam tengah makan Laksa Sarawak kat bumi Sarawak sendiri tau! Cukup rasa lemak, masam, dan pedasnya. Memang tak menghampakan langsung. Untunglah anak kenalan big boss pandai jaga resipi dan kualiti. Kenangan betul dapat rasa laksa sedap macam tu!


packaging dia menarik






Gabungan rasa ini akan lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sambal belacan, perahan limau kasturi, dan hirisan telur rebus yang dihidangkan bersamanya



Memang tak menghampakan langsung. Untunglah anak kenalan big boss pandai jaga resipi dan kualiti. Kenangan betul dapat rasa laksa sedap macam tu!

Tiba-tiba terliur balik pula bila buat entri throwback ni, aduhai... 😂

Apapun, berbalik kepada cerita hari ni. Kebetulan jadual kerja SA hari ni tak berapa sibuk sangat. Alhamdulillah, adalah masa sikit nak bernafas, layan blog, sambil mengimbau balik memori makan laksa Sarawak hari tu. Ampun entry ni lama dalam draft...hahahaha...

Tapi tak boleh nak melayan perasaan sangat la, sebab ada beberapa tugasan follow up penting yang menanti untuk diselesaikan hari ni juga. Kena bagi settle cepat-cepat sebelum balik, barulah malam nanti boleh rehat dengan tenang tanpa fikir pasal kerja pejabat. Kerja tetap kerja, kan?

Korang lunch apa hari ni? 

Ada yang peminat Laksa Sarawak juga ke macam SA? Carneyz mesti suka ni....

Jumpa lagi di entri akan datang, bye! 


14 comments:

  1. kita bkn peminat laksa swk sbb pernh mkn yg rempah kuahnya terlalu kuat tp aritu kt opis ada org swk maknya buat sedap ..so bole la mkn

    ReplyDelete
  2. Saya langsung cari lokasinya. Tp ternyata ini usaha catering ya kak? Bukan restauran?

    Di antara banyak laksa yg saya coba, laksa Sarawak, laksa Penang, laksa Melaka, favorit nomor 1 saya laksa Sarawak ❤️❤️❤️. Belum tergoyahkan 😄😄. Cuma kalau di KL tempat langganan saya Dapur Sarawak. Belum coba lagi tempat lain nih. Memang teringin ke Sarawak suatu saat nanti. Nak drooling sangat liat kuliner di sana

    Saya nak DTG lagi ke Dapur Sarawak lah saat di KL nanti. 🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Fanny...ini macam online business...kena order dalam kuantiti banyak baru mereka hantar guna lalamove or grab mcm tu...

      Delete
  3. Sedap tu.. pernah makan laksa Sarawak yang pada akak rempahnya terlalu kuat. Dah rasa macam makan jamu pulak.

    ReplyDelete
  4. Pernah cuba di Nilai, ada restaurant Sarawak tapi tak boleh masuk ke tekak sebab macam makan jamu....

    ReplyDelete
  5. saya penggila laksa sarawak. ni tengok gambar pun dah sedap kak!
    kat rumah ni ada lagi sebungkus pek laksa sarawak. entoh bilalah rajin nak buat haha

    ReplyDelete
  6. Rasanya pernah sekali makan laksa sarawak. Cuma rasanya pelik sikit. Tak sure rasa memang camtu ke atau lain.

    ReplyDelete
  7. Kali terakhir makan laksa sarawak di open house rumah carneyz juga. Baru2 ni makan D' laksa. Auto update akan muncul beberapa hari lagi.

    ReplyDelete
  8. Ammi peminat laksa sarawak sbb tak boleh makan sembarangan punya laksa penang

    ReplyDelete
  9. Whoawahh laksa dia mengancam.. Droollingg 🤤

    ReplyDelete
  10. wah..sedap tau laksa Sarawak..jika di Sarawak mesti original..

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap sangat tu Kak SA...
    Last saya makan Laksa Sarawak tahun lepas..sedapppp...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah