Assalamualaikum wrt....
Apa nak jadi ni SA...banyak betul backdated story ni...cuti Maulidur Rasul baru ni SA masak la macam biasa...pukul 10.30am SA dah mula sibuk kat dapur macam biasa...kali ni SA masak 2 lauk je...stok ayam banyak betul kat rumah...makin SA keluarkan dari freezer, SA perasan macam bertambah plak isinya...mesti kerja PZ ni...dia nampak kurang je freezer baru tu dia top up...
Sekian lama x masak kari ayam...SA masak la kari plak..asyik MLCA je kan....
Kari Ayam..SA masak banyak...kalau korang perasan kat rumah ni kalau masak ayam mesti ada kaki ayam..stok banyak kaki ayam tu...
Kacang buncis goreng rencah udang kertas tu...sedap...SA campur dengan cendawan tiram Raja..
SA potong serong macam carrot dan hiris halus2...
Cendawan Tiram Raja
Cendawan tiram raja mempunyai batang atau tangkai berdaging putih tebal. Kepalanya berbentuk payung kecil berwarna coklat. Teksturnya kenyal dan lembut. Ia akan mengeluarkan aroma tersendiri ketika dimasak. Cendawan ini juga dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Disajikan dengan pelbagai jenis masakan, ia boleh digoreng, dibakar, ditumis dan sebagainya.
Kadang-kadang SA suka letak dalam sup atau sayur campur gak..potong tebal- tebal..goreng sayur campur..manis sedap cendawan ni...






No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......