Monday, March 11, 2019

Lindungi Kulit Muka Anda Dengan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA

Hi korang...

Bukan mudah nak kulit cantik ye...nak plak cuaca tengah panas terik ni...macam- macam masalah akan timbul di sekitar wajah..SA kalau bab wajah ni memang SA utamakan. Bila dalam cuaca yang panas memang takut kulit rosak sebab terdedah dengan sinar UV kan..untuk itu SA tidak pernah abaikan pemakaian pelindung sinar matahari atau lebih dikenali sebagai Sun Block. Jenama Murad Malaysia sememangnya menjadi pilihan SA.

Baru- baru ini SA menggunakan City Skin Age Defence Broad Spectrum SPF 50 PA++++ jom tengok apa yang menarik tentang produk keluaran Murad Malaysia ni.Murad Malaysia merupakan pelopor dunia kecantikkan yang sangat terkenal dan sentiasa mendapat pengiktirafan.

City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA++++

Tahap perlindungan kulit yang baru. Ini spektrum luas 100% mineral ultra ringan yang revolusioner, PA ++++ dan SPF 50 dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepat tanda-tanda penuaan:
  • Blue Light dari peranti
  • Pencemaran
  • Radiasi Inframerah
  • UVA
  • UVB
Melindungi kulit dari:
  • 96% pencemaran 
  • 89% daripada Blue Light dari peranti 
  • 52% daripada Sinaran Inframerah 




Formula ringan ini berfungsi dengan baik pada semua nada kulit dan menyerap dengan cepat ke kulit tanpa residu yang tidak seperti pelindung matahari mineral lain. Ia meninggalkan kemasan bercahaya, bercahaya yang berfungsi dengan baik di bawah solekan atau diguna begitu sahaja. Warna pic lembut membantu warna kulit yang betul untuk segera meningkatkan cahaya dan nada walaupun Vitamin C membantu mencerahkan kulit, walaupun nada dan kerosakan matahari yang betul. Bahan-bahan selamat untuk kulit sensitif dan formulanya adalah bebas wangian. Produk ini juga selamat untuk kawasan mata.

  • Hasil ujian untuk pemendapan bahan cemar terpilih dengan matriks polimer berbanding plasebo
  • Keputusan ujian in-vitro dengan produk akhir

CARA -CARA PENGGUNAAN
  • Goncang dengan baik. Sapukan secara bebas meliputi kawasan leher dan dada.
  • Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan jumlah saiz berukuran nikel selepas aplikasi pelembab harian untuk perlindungan lengkap.

ACTIVE INGREDIENTS:
Titanium Dioxide 2.7%, Zinc Oxide 10.0%


INACTIVE INGREDIENTS:
Water (Aqua), Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Argania Spinosa Kernel Oil, Tocopheryl Acetate, Polyurethane-35, Polyglyceryl-3 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Xanthophyll, Retinyl Palmitate, Ascorbic Acid, Bisabolol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Biosaccharide Gum-4, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Silica, Tapioca Starch, Sucrose, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Stearic Acid, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, PEG-8 Dimethicone, Octyldodecanol, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Triethoxysilylethyl Polydimethylsiloxyethyl Hexyl Dimethicone, Aluminum Hydroxide, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Triethoxycaprylylsilane, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Iron Oxides (CI 77491)

HARGA : RM298



SA sekarang tak perlu risau lagi bila didalam cuaca panas sebab dah ada sunblock yang mampu melindungi kulit muka SA dari sinaran UV yang merbahaya kan...SA suka sangat sebab ianya cepat menyerap ke dalam kulit..SA rekomen pada korang yang masih ada masalah kulit wajah...jom cuba product dari Murad Malaysia...best sangat....


Info lanjut tentang product Murad Malaysia:

Website : https://www.murad.com.my/age-defense-broad-spectrum-spf-50-pa
         
IG : https://www.instagram.com/muradskincare/

FB : https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/

Resepi Masak Lemak Perut Babat Campur Rebung

Hi korang....

Siapa suka Masak lemak cili api perut lembu? atau sesetengah tempat panggil perut babat..SA suka masak lemak cili api atau buat kerabu perut..sedapnyaa..lama dah tak makan ni..Ekceli resepi ni saje SA share sebab memang dah ada dalam draft lama dah..lupa nak share..bila tiba bulan puasa ni memang lauk- lauk macam ni yang orang cari kan..lauk macam ni yang membuka selera..SA dan adik beradik kalau dapat lauk ni memang berebut..sebab tu tiap kali kalau masak kena masak banyak at least semua merasa..


Jom tengok resepi dan cara masak..

Bahan - Bahan
  1. Kunyit Hidup 
  2. Cili Api 20 biji/ lebih 
  3. Serai 4 tangkai ( di titik)
  4. Perut Lembu/babat  ( direbus bagi empuk)
  5. Santan dari Sebiji kelapa 
  6. Rebung ( SA beli RM5)

Cara2 masak
  1. Tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai agak2 halus ( nak cepat hancur letak sedikit garam kasar)
  2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam kuali / periuk serta masukkan serai 
  3. Biarkan di atas api sehingga kuah sedikit pekat
  4. Masukkan perut yang dah direbus
  5. Biarkan menggelegak
  6. Masukkan rebung
  7. Perasakan garam
  8. Tutup api
  9. Sedia di hidang
Masak lemak cili api perut lembu ni kena buat pedas baru ok...kalau tak pedas rasa macam tak best. Lagi satu kena rebus berulang kali untuk buang bau dia kan..sesetengah orang dah bersihkan sampai hilang bau..tak tau la depa guna apa..lagi satu ada jer yang di jual di pasaraya yang dah putih bersih..mak cakap tu dah rendam ngan air kapur berulang kali dah tu..tak apa la kan..janji sedap..lagi satu SA suka makan tembusu lembu iaitu perut muda lembu..payah nak jumpa tau..SA memang suka sangat..cara masak pun sama tapi kena masak ngan daun kunyit..campur benda lain jadi tak sedap..hehe..itu yang mak SA ajar la..macam adik ipar kat Perlis cakap perut muda depa selalu bakar dan cicah air asam..sedap...susah sekarang nak dapat perut muda..kena order siap2 sebab memang menjadi kesukaan orang yang pandai makan...

Sunday, March 10, 2019

Tutorial Bergambar Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

Hi korang..seperti yang aku janjikan semalam..aku ada buat tutorial bergambar masak lemak cili api cendawan tiram..sedap ke? Cendawan..apa aje yang tak sedap..semua sedap kot..kalau dapat cendawan busut atau cendawan tahun pun best...

So tanpa lengah lagi puan2 meh ikut hakak sinsing lengan masak kat dapur meh..


Bahan-bahan utama..kunyit hidup,ciliapi dan serai..tumbuk hancur kunyit dan cili api


Petua : nak bagi cili hancur dengan biji2 dia campurkan garam kasar semasa menumbuk..cepat hancur


Cendawan tiram..aku beli sekilo..RM15


Satukan semua bahan sekali santan dalam periuk..


Biarkan menggelegak..dikacau selalu agar tidak bertahi minyak..


Masukkan cendawan tiram..masak sampai kuah agak pekat..perasakan garam dan tutup api..sedia dihidang...


Tadaaaa...dh siap....
Nak bagi lagi sedap korang goreng garing ikan masin gelama yang jenis belah tu....gu kan dengan lauk ni...memang x sedar makan bertambah...

Selamat mencuba ye....

Saturday, March 9, 2019

Burung Puyuh Salai Masak Lemak Cili Api Style NS

Masak Lemak Cili Api Masakan Popular Masyarakat Negeri Sembilan

SA Share kat sini sekali lagi...ada yang bertanyakan resepi...hehehe..malas nak type resepi..mohon refer kat sini la ye...

Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan popular iaitu Masak Lemak Cili Api, banyak versi masakan NS yang kita jumpa kalau google..macam SA sendiri berasal dari Kuala Pilah NS, memang ada cara tersendiri untuk masak lemak. Sesetengah daerah di NS ada cara lain juga..terpulang pada kebiasaan dan ikutan keluarga mereka kan...cuma SA dari dulu masak lemak cili api ni simple aje hanya gunakan Cili Api, Kunyit Hidup, Santan Kelapa dan Serai sebagai bahan utama..

So sebelum tu nak tanya korang pernah ke makan burung puyuh? Mesti ada yang suka kan...SA plak memang dah diajar dari kecik untuk tidak memilih makanan..so makan la burung puyuh ni...sedap sebenarnya...selalunya sebelum masak Abah SA akan salai dulu dengan sabut kelapa untuk rasa yang lebih wangi...bukan masyarakat melayu je suka makanan yang disalai ye...orang putih pun suka..kalau tak percaya korang tengok MASTERCHEF AUSTRALIA...diorang pun kadang2 salai ikan atau daging untuk rasa yang lebih sedap...


Nampak besar kan burung puyuh ni...ini jenis burung puyuh daging..agak besar dan gemuk- gemuk...sebelum salai basuh bersih dan lumur kunyit hidup dan sedikit garam...lumur lebih kunyit serbuk untuk warna yang cantik selepas selesai salai..


Kita zoom skit...lepas tu susun atas pemanggang...
Then kita salai atas bara sabut kelapa...kenapa guna sabut kelapa? sebab wangi...kalau guna arang dikhuatiri akan hangus atau overcooked so nanti dah x sedap



Yang ni dah siap salai terus masukkan dalam kuali...

Korang nampak kan cili api, kunyit dan serai yang dah ditumbuk...masukkan semua sekali dalam kuali...versi ni SA buat pedas..kalau tak pedas x sedap...
Dah siap masak dah ni.....kalau nak berkuah boleh la asingkan...tapi SA keringkan sikit...


Campur daun puding...daun puding utk rendang ye...bukan pokok bunga puding tepi kubur tu....so dah siap masak dah....

Masak Lemak Cili Api NS Mestilah Pedas

Pedas sangat ke masakan NS? harus la pedas...kalau tak pedas bukan orang nogori la namanya kan....
Kalau kat restoran masakan kampung seekor burung puyuh salai siap masak lemak cili api harganya RM6-8 Seekor...mahal kan...korang pi beli burung puyuh kat pasar...RM24-RM30 untuk 10 ekor...murah kan...salai sendiri dan masak sendiri...sedap...puas hati makan...

Eh SA tak jual ke lauk burung puyuh ni?

Kalau ada permintaan insyaallah SA boleh jual...hehehe...untuk rakan blogger yang duk area KL Sentral atau kerja kat area KL Sentral bleh la self pick up...SA akan buka order untuk kawan- kawan opis awal bulan 11 nanti dan kalau ada kawan blogger nak selit order bleh la inform nanti...bulan 10 ni busy dengan jemputan event blogging...apa- apa SA akan announce nanti....

Senang aje masak Masak Lemak Cili Api..nanti bila2 SA buat video tutorial

Friday, March 8, 2019

Berangan Tak Salah Kan?

Hi korang...

Bagi seorang pencinta wanita yang sangat mencintai dunia masakan..adalah paling penting equipment memasak dia lengkap kan...periuk belangan SA hanya lah basic semata-mata. Tak complete pun kat rumah tu..tak de banyak benda..microwave takde..pressure cooker lagi la takde...padahal semua tu penting dan perlu ada dalam sebuah rumah kan...haha...eleh...mengada..ikut nafsu sangat kan...selama ni takde pun..boleh je masak kan?

Mengada lebih ni....tapi apa punn...SA tetap nak jugak Philips Pressure Cooker ni....nekad jugak nak beli ni...tunggu fulus jer....

RM379 di Shopee

Sempena hari wanita sedunia hari ni...SA nak berangan la skit..sikit jer la punnn..nak beli belum ada bajet..padahal boleh jer swipe credit card beli kat Harvey Norman. Tapi.......next week nak bercuti satu family besar SA..so banyak bajet nak guna...SA park dulu la si handsome ni kat sini dulu...masukkan jadi wishlist untuk birthday SA ke 41 tahun ni...mana la tau ada rezeki kan..dah la birthday tahun ni jatuh pada hari raya ke 2. Kalau dapat best ni..bleh masak sup tulang guna pressure cooker...confirm best kan sebab guna pressure cooker jimat masa memasak dan semestinya empuk daging kan...silap hb tulang pun bleh lembut...eh...itu lawak..hahaha...

Sape nak hadiahkan SA pressure cooker ni?

Veteran Hollywood Harapkan Pendanaan Awam ( Crowdfunding ) Untuk Terbit Filem MH370

Darlene Lieblich Tipton sedia berdepan reaksi negatif dalam usaha untuk “melakukan perkara yang betul”


LOS ANGELES, AS, 5 Mac 2019 –  Didorong hakikat bahawa bahawa keluarga dan rakan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 “perlu dan layak mendapat pengakhiran sewajarnya”, penggiat veteran Hollywood bertaraf eksekutif kanan, Darlene Lieblich Tipton memutuskan untuk menerbitkan sebuah filem berdasarkan kehilangan pesawat berkenaan yang masih menjadi misteri kepada semua pihak di dunia.
 
Berbekalkan gambar dan video MH370 yang telah dirakamkan selepas pesawat itu hilang dan belum pernah dipaparkan di mana-mana media sebelum ini, Darlene mengambil langkah pertama bagi menjayakan penerbitan filem berjudul ‘MALAYSIA 370’  dengan mengumpul dana melalui platform pendanaan awam (crowdfunding). Projek filem ‘MALAYSIA 370’ itu didedikasikan bagi memperingati 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines #370. 



 
Aktiviti crowdfunding filem ‘MALAYSIA 370’ dimulakan pada 1 Oktober 2018 dengan Darlene sendiri melaburkan sebahagian besar daripada simpanan  peribadinya untuk penerbitan  produksi itu.   
 “Setakat ini saya telah mengumpulkan lebih daripada RM5.6 juta (USD1.4 juta). Sejumlah RM2 juta (USD500,000) daripada jumlah berkenaan merupakan simpanan persaraan saya, dan selebihnya datang daripada sumbangan rakan-rakan, keluarga, dan penyokong filem terakhir yang saya terbitkan,” kata Darlene. Beliau menambah bahawa kebanyakan dana yang dikumpul setakat ini adalah daripada individu yang pernah bekerja secara peribadi dengannya di Hollywood.
 
Menurut beliau, “Produksi pembikinan filem berkenaan dijangka menelan kos minima RM 30 juta (USD7.5 juta), dan kos maksima sehingga RM120 juta (USD30 juta).” Darlene menawarkan pelbagai pilihan kepada orang ramai untuk membantu menyumbang kepada pengumpulan dana penerbitan filem ‘MALAYSIA 370’ termasuklah memuat turun lagu temanya “Remember Me” yang mempunyai irama dan lirik yang menyentuh perasaan, seolah-olah menyampaikan ‘pesanan’ penumpang MH370 kepada orang yang tersayang. Setakat ini, lagu tema tersebut telah dirakamkan dalam lima bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Mandarin, Greek, Sepanyol dan Rusia. Darlene juga berhasrat untuk merakamkan lagu berkenaan dalam versi Bahasa Melayu  diiringi orkestra lengkap, di bawah kontrak berbayar di Los Angeles.
 
Darlene berkata beliau seringkali berdepan dengan laporan media negatif yang sebenarnya diputar-belitkan daripada apa yang beliau utarakan . “Saya seringkali tidak diberi peluang untuk memperbetulkannya, dan sebaik sahaja maklumat seperti itu berada di Internet ia menjadi data yang tersimpan di situ selama-lamanya.”
 
Sebaik sahaja sasaran pendanaan bagi filemnya tercapai, Darlene berhasrat untuk memberi keutamaan sepenuhnya kepada bakat dan kru produksi Hollywood yang telah diharamkan di China. Senarai bakat tersebut termasuk pengarah filem dan pemenang Oscar, Martin Scorsese, Brad Pitt, Sharon Stone, Harrison Ford dan bintang  muzikal seperti Miley Cyrus, Lady Gaga dan Bjork.
 
“Pra-produksi akan bermula secepat mungkin, sebaik sahaja sasaran dana tercapai. Maklumat dan perkembangan terkini akan dipaparkan selari dengan penstriman secara langsung dari setiap set penggambaran. Wawancara bersama bakat dan kru akan dimuat naik sebaik ia berlangsung,” kata Darlene yang juga menyebut Culver Studios sebagai lokasi penggambaran pilihannya. Culver Studio yang dibeli oleh CEO Amazon, Jeff Bezos baru-baru ini kaya dengan sejarah perfileman Hollywood menerusi penerbitan filem-filem hebat seperti  'Gone with the Wind', 'Citizen Kane' dan 'The Matrix'.
 
“Tidak ada studio Hollywood utama yang membenarkan kami membuat penggambaran di lokasi mereka. Melakukan penggambaran filem itu di lokasi produksi indie seperti Culver Studios milik Amazon bagaikan satu mimpi menjadi kenyataan,” kata Darlene.   
 
Usaha crowdfunding setakat ini merupakan salah satu dari  pendekatan pelbagai kaedah oleh Darlene bagi penghasilan filem MALAYSIA 370. Antara lain termasuk kutipan derma, penjualan duit syiling memorial dan juga muat turun lagu tema “Remember Me”. Darlene berkata bahawa dana yang diterima daripada penjualan, sewaan, dan pengedaran filem ‘MALAYSIA 370’ akan disalurkan kepada keluarga 239 penumpang pesawat MH370 . “Sasaran kami adalah untuk menyumbangkan RM400,000 (USD100,000) kepada setiap keluarga yang akan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM95.6 juta (USD23.9 juta).”
 
Pengalaman Darlene Lieblich Tipton dalam industri perfileman menjangkau empat dekad termasuk 25 tahun daripadanya sebagai Timbalan Presiden (Standard dan Amalan) di Fox Cable Networks Group sehingga persaraannya. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Anugerah Emmy, anugerah Amerika yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri televisyen yang setara dengan Anugerah Academy (bagi filem), Tony (bagi teater) dan Grammy (bagi muzik) dari tahun 2000 hingga 2005.


Thursday, March 7, 2019

Ikut Mama Joging Bila Sesekali Berjumpa...

Hi korang..

Last week diorang ni berkumpul selepas lama tak jumpa...last jumpa bulan 12 tahun lepas...jarang sekali yang di Muar ni dapat balik..sesekali je ..so tengahari tu SA sampai dari KL dh pukul 1 lebih...ewahhh...dua orang tu jemput SA...bukan main lagi tau..pok pek je dalam kereta...seronok masing-masing bila berjumpa kan....dulu masa depa kecik memang x rapat berdua tu...bila dah besar jadi best friend..rasa nak cubit je dua2..Dhia agak gelap skit sebab baru balik mandi kat theme park Batu Pahat...dah macam anak india dah..tapi tgok Dhia ni dah macam SA masa kecik..muahahahaha...


Petang tu dalam pukul 5 petang diorang ikit SA joging kat taman...ikutkan nak pi taman jauh skit...tapi atuk x sihat plak masa ni...atuk kena gout lepas makan siput sedut...hahaha...so...mama nak joging juga...diorang sibuk nak ikut kan...cuaca panas sedikit..but they enjoyed ikut dari dari belakang..SA buat brisk walk dan joging perlahan- lahan..mencungap diorang ikut dari belakang...terjerit- jerit suruh tunggu...hahaha..mama plak suka mengusik....sampai kat taman permainan bagi diorang main kejap while mama amik nafas..lepas tu mama joging seround padang tu..then ajak diorang balik....sambil- sambil jalan balik tu sempat la snap gambar masing- masing..kebetulan jiran- jiran dan penduduk taman ni rajin bercucuk tanam kat tepi- tepi rumah walau takde tanah luas pun...



Si drama queen haruslah yang baju biru tu...si Dida..laju sangat mama ni..hahaha...


Yang berdua ni pantang jumpa permainan...


Konon nak selfie ngan si bujang SA ni...dah besar panjang, dah darjah 4 dah...


Dia memerhati adik2 dari jauh..nak join segan sebab dah besar...


Dhia, Dida dan Ikie..


Okey jom kita mengenali tumbuh-tumbuhan...tanya dida pokok pisang tu pokok apa?
Jawapannya : Pokok Bunga Mama....
Confident je......Dhia jawap...eh..awak..itu pokok pisang laaaa....


Buah kelapa


Pokok Ciku


Yang ni best...tanya lagi Dida...ni pokok apa?
Dida jawab : Dida tau...Dida tau...ini pokok Anggur!!!!
Confident level tinggi....hahahahaha......


Cantik pokok bunga ni...


Pokok jambu air...


Balik rumah je..dia dah lelap..sampai Dhia ngan Ikie balik pun dia tak sedar...


Ragam anak- anak kan.....tak pernah tak menghiburkan...Dhia ngan Ikie balik lepas Maghrib, diorang tak tido kat rumah..selalunya macam tu sebab nenek diorang tinggal sorang kat kat rumah...so tak dapat la bermalam sebab neneknya dah uzur...Apapun..anak- anak sesekali berkumpul memang meriah kan...nanti lepas trip Utara minggu depan maybe hujung bulan 3, SA nak pi Muar plak bawak mak abah jenjalan...

Wednesday, March 6, 2019

WW: Perasaanku Ketika Ini..

SA busy......





Feel free to leave a caption which suitable with the photo...

Clue...perasaan SA ketika ini...

So...jom la..ber WORDLESS WEDNESDAY 

Caption sape paling win dapat Lipstick......( Untuk hari ini sahaja)

Tuesday, March 5, 2019

Lagi Koleksi Masakan SA Sepanjang Weekend..

Hi korang...

Selamat tengahari...dah makan ke tu...memang saje je SA pilih tengahari untuk publish entry ni...at least daru pukul 11am- kul 12.30pm korang yang tengan pening tak tau nak masak apa tu boleh dapat idea kan nak masak apa..hehehe...bukan tujuan nak buat korang terliur ye..sebab dah faham sangat masalah ibu- ibu atau kita orang perempuan ni adalah bab memasak...selalu takde idea nak masak apa..mana taknya dah hari - hari masak kan...kalau tak masak tu bukan SA la namanya..nak plak kalau kat rumah Seremban..memang hari- hari kena masak..ni dah makin sihat ni aura memasak tu bukan main lagi...

Last week adik lelaki SA balik rumah tengok mak abah, dia bawak 2 kilo siput sedut..apa lagi..SA sampai jer Sabtu tengahari tu tengok wife dia tengah gigih potong montot siput..dah nak abih plak takde la SA tolong..SA tolong masakkan aje..nak plak anak- anak dia suka makan lauk Siput Sedut Masak Lemak Cili Api...haaaaa...jom tengok gambar...


Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Kari Ayam..


Menu Ahad, Ikan Parang Masak Lemak Cili Api campur tomato


Sambal sotong


Ini lauk dinner malam tadi..Ikan cencaru goreng kunyit & bawang putih..

Haaa...itu aje lah menu yang SA masak...semua amsak weekend kecuali ikan cencaru tu lauk malam semalam..SA dah makan brown rice..pas tu korang tau jer la nasi beras perang ni memang takde rasa kan...ntah macam mana leka masak SA lupa letak garam kat lauk ikan cencaru tu...erm...tapi dah masak kan..malas plak nak repair..nasib masa goreng ikan tu dah lumur kunyit dan garam...ada la rasa skit..

So..dengan publish nya entry SA ni harap2 korang yang takde idea nak masak apa tu dah ada idea dah erk....


Monday, March 4, 2019

REVIEW | Acar Ikan Masin Talang Kak Imah Delights

Hi korang

Hari ni SA nak cerita bab pembangkit selera yang SA satisfied sangat. Bukan sebab owner product tu kawan baik SA masa sekolah tau..tapi memang betul pun product yang SA review ni pembangkit selera kalau korang tiba- tiba takde selera nak makan. Selain sebagai pembangkit selera, ianya juga boleh dijadikan sajian sampingan untuk pelbagaikan menu lunch atau dinner korang..Biasa korang dengar sambal ikan talang masin kan..selain tu sambal hitam pahang dan ikan masin talang. Kali ni SA nak promote pada korang Acar Ikan Masin Talang keluaran Kak Imah Delights dari Batu Kikir Negeri Sembilan.



Acar Ikan Masin Talang home made air tangan Kak Imah mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk setempat dan kini dikenali melalui jualan online.First SA rasa...alamak..sedapnyaaaa....terasa keasliannya. SA pulak jarang sangat makan acar ikan masin talang mahupun sambal- sambal lain. Bukan tak suka cuma takde kesempatan sampailah Kak Imah sendiri hubungi SA. Serius sedap..menggunakan bahan- bahan semulajadi tanpa perisa tambahan membuatkan rasa dan kualiti Acar Ikan Masin Talang ini kekal asli keenakannya. Kalau suruh SA buat sendiri memang tak pandai la..Dah ada jual ni better beli je kan...cuma masalah SA sekarang adalah ADDICTED...ye...sangat- sangat ketagih makan Acar Ikan Masin Talang ni tau..SA walau tak makan banyak sebab tengah berdiet kan..tetap nak makan acar ni..

Percaya la...kalau  SA yang kaki sambal ni yang dah makan...dan cakap sedap..memang ianya betul- betul sedap...haha....


Ramuan : Ikan masin talang, bawang merah, bawang putih, cili, lobak, kismis dan rempah ratus


Nampak tak isinya...sedap..dan ikan talang tu takde la masin sangat..SA sayang nak habiskan makan jimat2..hahaha...perangai...


Rupa paras isi kat dalam..sebenarnya dah tinggal setengah...sedap punya pasal SA adjust bagi nampak macam penuh semula...


SA jatuh cinta pandang pertama


Sedap!!!korang kena cuba..


Selain makan dengan nasi panas, korang boleh jer makan dengan nasi goreng..adik SA ambil sikit nak cuba masa tu..dia pun kata sedap..sampai SA cakap cukup rasa sikit2 jer..nama pun review..hahaha..siap dia kata SA kedekut...benda sedap amna boleh share sampai habis kan...kena la beli sendiri tanda support...ye tak?

Pada SA kan...Acar Ikan Masin Talang ni sesuai juga dijadikan buah tangan kepada sahabat handai...selain tu boleh juga dibawa travel. Maklumlah kan..nak cari makanan halal kat oversea kan payah so solutionnya boleh bawa Acar Ikan Masin Talang ni untuk jadikan menu semasa di luar negeri...hey..kalau nak jadikan buah tangan untuk majlis perkahwinan pun boleh la..bincang jer dengan Kak Imah...sure dia boleh realisasikan idea korang...siapa lagi nak sokong product tempatan kalau bukan kita kan?

Berminat?

Jom hubungi 

Rahimah Abdul Rauf  >  019 -362 8481

                   https://www.facebook.com/Kak-imah-delights

Harga : RM15.00 ( Semenanjung)
Postage : RM 8 

Selamat Mencuba!!!!


Sunday, March 3, 2019

Last Day Kak Yati As a Tea Lady Malakoff

Hi korang...

Sedih sangat apabila orang yang kita rapat selama ini dah tamatkan khidmat di opis...Takde dah gelak tawa, gurau senda dan takde dah kawan travel sama-sama..susah senang kami share..takde juga teman bermanja..seluruh staff Malakoff sedih dengan ketiadaan Kak Yati...Kakak tea lady kesayangan kami..


Sempat jumpa kejap..puas menahan tangis..x nak la ucapkan selamat tinggal dengan tangisan...nanti teringat-teringat...


Kak Yati dan Ela


Tak leh tahan tengok video ni..


Selamat berehat Kak Yati..lepas ni boleh rehat, main ngan cucu..ada banyak masa nak pi berjalan dengan anak-anak...semoga apa yang kak yati ceburi lepas ini akan menemui kejayaan...jaga kesihatan..Make sure jantung sentiasa sihat...rindu la kami semua dengan air tangan kak yati ..sampai jumpa lagi nanti....


Saturday, March 2, 2019

Pemenang Top Komentator February 2019



Hi korang....

Sorry lambat umumkan pemenang top komentator February 2019 blog SA...bukan apa SA gigih mencari pemenang dan every month kalau boleh nak pemenang yang berlainan bukan yang sama..untuk itu SA gunakan random.org untuk cari pemenang..baru adil kan..bukan apa dulu pernah org pertikai pemenang yang sama je every time..betul kena percaya konsep rezeki..tapi bila ianya kerap kali berlaku SA x dapat teruskan contest ni sebab x suka org pertikai..
So untuk kali ni SA guna random.org sebab senarai tak berganjak pun..untuk top komentator bulan lepas pemenang dia adalah no 6....pemenang sila email details ke suriaamanda@yahoo.com. Tajuk email Pemenang Top Komentator February 2019. Dan mintak juga kerjasama pemenang untuk buat simple entry kemenangan dan hadiah diterima serta war2 kan contest ni..masukkan sekali link blog SA dalam entry tu...

Tahniah buat pemenang...dengan ini SA buka semula contest untuk bulan March..kita tengok siapa yang kena....

All the best...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah