Tuesday, August 25, 2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah

Assalamualaikum wrt...



Salam 12 Rabiulawal 1448H dan Salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan!

​Hari ini rasa tenang sangat, hujan lebat membasahi bumi Seremban. Dalam kesibukan rutin harian, hari ini jadi ruang untuk kita berehat sejenak dan kembali meletakkan kerinduan pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

​Bila fikir balik, banyak sangat kebaikan dan sunnah baginda yang sebenarnya boleh kita praktikkan dalam hal-hal paling kecil seharian daripada cara kita senyum dekat orang, bertolak-ansur, sehinggalah cara kita kawal emosi bila ada perkara yg kita inginkan atau hajatkan tak menjadi.

​Hari ini santai-santai sahaja di rumah bersama yang tersayang, sambil perlahan-lahan basahi lidah dengan selawat:

Allahumma shalli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. 

​Semoga hari ini membawa keberkatan, kedamaian, dan hati yang lebih lapang untuk kita semua. 

Korang sambut Maulidur Rasul dekat mana hari ini?

25 comments:

  1. Salam Maulidurasul kak SA...

    ReplyDelete
  2. Salam maulidur rasul 1448H SA, kami nak gi cari barang dapur & jalan2 cari makan nasi ayam dulang. Teruskan berselawat kita semua..

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul kepada semua

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul, SA.
    Saya dok rumah saja, tak ke mana.

    ReplyDelete
  5. salam maulidurasul cikpuan SA ittewww.. aminn

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M. Semoga kasih dan rindu kita kepada Nabi Muhammad SAW terus mengalir dalam jiwa. Mari raikan hari indah ini dengan memperbanyakkan selawat dan meneladani akhlak mulia baginda dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  7. Saulam Maulidur Rasul.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  8. Saulam Maulidur Rasul.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
    Salam Maulidur Rasul.
    Cuti tak kemana. Stay kat rumah je.

    ReplyDelete
  10. sama lah kat tempat saya pun hujan semalam, duduk rumah berselawat je sambil kemas rumah

    ReplyDelete
  11. salam maulidur rasul juga buat SA

    ReplyDelete
  12. nampaknya macam satu malaysia je hujan smalam kan? hehe

    ReplyDelete
  13. Takpi mana pun kak SA cuti maulid baru ni. Lepak rumah je.

    ReplyDelete
  14. Kemarin tuh cuti maulid saya menemani suami main Padel. Kebetulan main dengan teman2 saya juga. Jadi dia main, saya meet up dengan teman2 yg tidak main 😄

    ReplyDelete
  15. Komen lambat kat post ni. Moga Nabi Muhammad SAW memberi kita syafaatnya pada hari akhirat.

    ReplyDelete
  16. Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam je atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah