Assalamualaikum wrt...
Minggu lepas, SA dan keluarga berkesempatan ke Tanjung Karang untuk menghadiri kenduri kahwin kawan kepada Dania. Terus terang, ini memang first time kami jejakkan kaki ke sini… dan lebih menarik, first time juga menghadiri kenduri orang Jawa.
Rupa-rupanya, majoriti masyarakat di kampung ini terdiri daripada orang Jawa. Dari saat kami sampai, suasana kampung tu sendiri dah buatkan kami rasa lain macam tenang, sederhana dan penuh dengan nilai kekeluargaan. Memang seronok dapat explore budaya yang berbeza, walaupun masih dalam negara sendiri. Masyarakat nya memang sentiasa bantu membantu..seawal 11am dah ramai yang datang kenduri...
semasa dalam perjalanan
tengok la PZ tu...
ntah macam mana boleh sedondon warna navy blue, SA, Suami, PZ dan kawan kolej Dania
Wajib la bergambar..yang lain2 ntah mana ntah
suami hilang x tau kat mana..so tarik PZ bergambar sekali..Dania dah jumpa kawan dia terus hilang la..
Bab makanan… memang tak mengecewakan langsung. Semua yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Dari lauk pauk sampai ke kuih-muih, rasa dia lain sikit daripada kenduri yang biasa kami hadiri. Ringkas tapi kena dengan tekak. Makan pula ramai-ramai, makin bertambah selera.
SA lupa snap pinggan nasi kami...lauk pauk pun sedap...ada sambal goreng jugak...
Cakoi
Cendol
Cucur udang dan keladi goreng
cakoi
comel je cucur udang dia
Pelamin yang indah
Goodies...
Paling kelakar bila terdengar perbualan orang kampung yang semuanya menggunakan dialek Jawa. Kami sekeluarga hanya mampu berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Memang betul-betul menganga, sebab satu patah pun kami tak faham 😂 Tapi dari nada dan gelak tawa mereka, jelas terasa keakraban dan kemesraan komuniti di situ.
Pengalaman ni memang membuka mata betapa kayanya budaya yang ada di sekeliling kita. Kadang-kadang tak perlu pergi jauh pun untuk rasa pengalaman baru. Cukup sekadar keluar dari zon biasa, kita dah boleh belajar dan menikmati sesuatu yang berbeza.
Insya-Allah, kalau ada rezeki dan peluang, memang nak datang lagi ke Tanjung Karang.
Lepas kenduri ni kami terus ke Sekinchan....bawak PZ jalan- jalan.


















Masih ada bunga telur kenduri mereka. Sekarang ni rata2 dah meninggalkan tradisi pemberian bunga telur.
ReplyDeleteKenduri masyarakat Jawa memang best SA. PH dah bbrp kali juga attend wedding masyarakat Jawa. Ada masak lemak umbut kelapa tak? Pernah makan masa wedding kawan U dulu hehe...
ReplyDeletePZ tu macam YB ye ðŸ¤
kalau kenduri (kondangan) di kampung ammi di Banting kitorang wajib ada lemper dan pecal.
ReplyDeleteJawa sy x paham..Tp kalau jawa ada selit bahasa banjar sy faham...Nk cakap banjar mmg merangkak la =D
ReplyDeleteKami pun dapat jemputan hari Sabtu. Makanan meriah sedap semua lauk kampung. Sawah pulak menghijau.
ReplyDeleteMemang seronok lah bila jumpa perbezaan budaya dan tata bahasa macam ni. Sama juga dengan saya yang lama duduk di tanah Sunda. Bila jumpa orang Jawa, kadang ada cerita lucunya, sama ada perbezaan diksi atau loghat percakapan. Contohnya, ‘Gedang’. Bagi saya maksudnya pisang, tapi bagi orang Jawa maksudnya betik. Unik lah kan, padahal masih serumpun.
ReplyDeletejauh kendurinya...cuaca panas dpt cendol best tu
ReplyDeleteGoreng pisang pun ada, dia goreng panas-panas. Bestla, tengok baby cakoi pun menarik. Jauh SA dan keluarga datang makan kenduri.
ReplyDeleteHehe…iya, Tanjung Karang tu tempat orang Jawa.
ReplyDeleteSaya Jawa yang dah luntur Jawa sebab dah lama berhijrah keluar. Masih boleh faham pertuturan saudara mara, tapi susah nak balas balik dengan bahasa Jawa.
Banyanya makanan sampingan… tu yg seronok makan kenduri…hihi
ReplyDeletemy ex housemate org jawa (rasa2nya memang kg dia kat tnjg karang),..kdg2 dia tapau bwk balik mknn jawa...ni kisah zmn bujang laaa
ReplyDeleteJawa nya dari mana kak? Suku Jawa tuh banyaaaak macam 😄. Suami saya Jawa Solo. Bahasa jawanya haluuuus.
ReplyDeleteJawa timur beda lagi, agak keras sikit bahasa mereka 😄. Apalagi Jawa barat, biasa disebut orang Sunda. 100% beda bahasa mereka 😄. Kalau saya memang tak paham bahasa Jawa, walaupun mertua dulu selalu cakap Jawa dengan papa mertua dan ke suami saya. Tapi adalah sedikit2 istilah yg saya paham, Krn sering diucap suami ðŸ¤
Mesti ada sambal jawa kan? Sedap!
ReplyDeleteWahhh Dania dah ada boyfriend....cuma special bf atau best friend la. Ya allah banyaknya kuih muihnya....kalau kawan Dania yang kahwin...umurnya 22 tahun la kan?. Dulu masa sek men, saya penah bersekolah di Sg Besar dan kebanyakkan kawan2 dari area sekitar sini. Tanjung Karang pun ada. Jadi yang ramai kat sekolah tu orang jawa dan banjar. Memang melopong je la. Cakap pulak tu laju. Wes mangan???
ReplyDelete