Berikan hatimu
-setiap hembusan nafasmu berpadu, menjadi nadi kepada diri ini-
“Aiza Zara, Aiza Zara, Aiza Zara,” berulang kali dia menyebut nama sendiri. Pen yang berlaga dengan bibir digigit tanpa sedar. Sehinggalah suatu tepukan lembut hinggap pada bahunya.
“Termenung jauh nampaknya anak dara ibu. Macam mana kelas tadi? Okey?” soal Puan Zahra penuh prihatin.
Aiza tersenyum manja. Dia meraih tangan si ibu dan melekapkan sepasang tangan yang telah membesarkannya dengan sepenuh kasih sayang itu ke pipi. Puan Zahra tersenyum senang. Sebagai satu-satunya anak perempuan dan bongsu pula, sudah tentu Aiza begitu manja dengannya.
“Kelas tadi okey. Tapi kan ibu, Aiza risau sikit dengan seorang hamba Allah ni,” Ujar Aiza yang sudah pun berkerut wajahnya.
“Kenapa pula? Dia kacau Aiza ke?” serkap Puan Zahra sembarangan. Pantas disambut oleh gelengan anak gadisnya.
“Dia kena langgar dengan motor masa tengah lintas jalan. Aiza nak tolong, tapi dia marah-marah. Dia tak bagi siapa pun tolong dia. Orang tu rela jalan dengan kaki terjengket daripada terima bantuan orang lain. Egonya dia.” Rungut Aiza lagi.
“Mungkin dia ada sebab sendiri untuk tak terima bantuan orang lain. Aiza janganlah fikir sangat. Dia boleh jalan, maknanya kecederaannya tak begitu serius.” Ujar Puan Zahra menenteramkan anak gadisnya.
“Mungkinlah, ibu. Atau mungkin dia memang orang yang ego.” Rumus Aiza sendiri. Tidak habis-habis perkataan ego meniti di bibirnya.
“Aiza, tak baik berburuk sangka. Kalau Aiza risau, doakan saja yang terbaik untuknya. Semoga dia lembut hati.”
“Yalah ibu. Terima kasih sebab ingatkan Aiza.”tersungging sengihan di bibir gadis manis ini kala berbicara demikian.
“Tak apalah sayang. Ibu turun dulu ya? Sekejap lagi papa dengan along kamu balik. Ibu hendak sediakan minum petang.”
Senyuman manis ibu cukup melegakan hatinya. Namun Aiza masih belum mampu untuk menyingkirkan rasa geramnya terhadap lelaki berseluar lusuh dan berbaju-T itu. Serta-merta dia terbayangkan suatu kejadian yang berlaku berhampiran kampus lewat tengahari tadi.
***
“Wei! Ada kemalanganlah!”
“Dahsyat aku rasa budak tu kena rempuh dengan motor!”
“Peh! Terbaring tu.” kedengaran kecoh sekali suara kawan-kawan sekelasnya yang kebetulan sedang menunggu bas untuk pulang.
Masing-masing mula membuat spekulasi sendiri. Aiza yang sedang menunggu kedatangan angahnya tidak sanggup hendak berpeluk tubuh. Dia mampir untuk membantu mangsa kemalangan terbabit.
Kencang debaran jantungnya tatkala melihat lelaki itu terlentang di atas jalan. Sepasang mata si mangsa tertutup rapat. Dalam pada berdebar, Aiza menepis tanggapan yang bukan-bukan. Dia memberanikan diri untuk mendekati lelaki itu, di celah-celah kepungan orang ramai yang sudah membentuk ‘kubu pertahanan’ bagai mahu menuju ke medan perang.
“Memang teruk keadaan budak ni. Parah. Entah-entah dah meninggal,”celah satu suara.
“Aku rasa kalau hidup pun, dah tak ada harapan,” tokok yang seorang lagi pula.
Pelbagai nada dan tanggapan yang kedengaran membuatkan Aiza semakin kalut. Dengan desah nafas yang tidak menentu, ketar-ketar tangannya menghala ke arah hidung lelaki itu. Hendak menguji sama ada hamba Allah yang terbaring itu masih bernyawa ataupun sudah meninggal seperti yang dikatakan oleh ‘pemberita’ tidak bertauliah seketika tadi.
Hembusan udara hangat pada tangannya benar-benar melegakan Aiza. Dia hampir menitiskan air mata gembira. Bersyukur kerana umur jejaka itu masih panjang. Namun, luka pada siku jejaka itu menimbulkan simpati di hatinya. Tanpa berlengah, Aiza mengeluarkan sapu tangan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. Akhirnya hari ini, bermanfaat juga sapu tangan yang dihadiahkan oleh alongnya. Tentu along gembira jika dia menggunakan sapu tangan itu untuk membantu insan yang memerlukan.
Sewaktu dia mengesat luka dan membalut siku lelaki itu dengan teliti, tanpa diduga si jejaka telah sedarkan diri dan mereka kemudiannya saling berpandangan buat beberapa ketika. Kecut perut Aiza tatkala pandangan tajam lelaki itu jatuh ke wajahnya.
“Kenapa kau sibuk nak tolong aku? Jangan pedulikan aku. Kalau aku mati pun, kau tak payah peduli.” Kasar sungguh suara lelaki itu.
Kedengaran jengkel dan amat menyakitkan hati. Seperti dia pula yang buat salah. Sudahlah cedera, kurang ajar lagi. Kalaulah dia tak pandai beradab sopan, tentu sudah berbirat muka lelaki itu.
“Kalau tak nak saya tolong, pulang balik sapu tangan tu!”jerit Aiza secara tiba-tiba. Entah mengapa, dia berani pula melawan kata-kata lelaki itu.
“Maknanya kau tak ikhlas tolong aku?” balas lelaki itu sinis sebelum berlalu meninggalkan Aiza terkulat-kulat.
***
“Macam mana dengan luka kau? Dah baik ke Nash?” sapaan teman baiknya membuatkan jejaka ini tersengih.
“Itu soalan perli ke apa Rif? Baru hari ni kot aku kena langgar.” Jawab anak muda bernama Nashriq itu dengan nada selamba.
“Eh, aku rasa bukan motor tu langgar kau. Tapi kau langgar motor tu. Betul tak?” giat Arif lagi, membuatkan Nashriq ingin mengangkat tangan kanannya. Namun segera anak muda ini mengaduh apabila menyedari sikunya kesakitan.
“Sedarlah diri tu sikit. Tengah sakit ada hati nak belasah orang.” Sengaja Arif mengusik sahabat karibnya.
“Kalau kena kat kau baru tahu,” gumam Nashriq dengan wajah cemberut.
Bukan Arif tidak tahu tentang rabunnya. Entah bagaimana, hari ini dia terlupa untuk mengenakan kanta lekap. Itulah yang menjadikan pandangannya kabur semacam. Dia yang sedang melintas jalan langsung tidak perasan akan kelibat sebuah motor yang mungkin ditunggang secara luar tabii. Apabila sepasang matanya mengecam imej motor itu dengan lebih jelas, segalanya telah terlambat. Dia menjadi mangsa perlanggaran dan penunggang motor itu berserta motornya tergesel ke bahu jalan.
Kadang-kadang dia sakit hati juga mengenangkan sikap nakal Arif. Tapi hendak buat macam mana? Hanya Arif kawan baik yang memahaminya sejak kecil lagi. Ada bapa, lelaki itu enggan mengakui kewujudannya. Ada ibu, wanita itu hanya tahu bersedih sepanjang waktu. Demi menjaga nama baik bapanya, Nashriq lebih rela hidup sendiri agar tidak menyusahkan lelaki itu. Dan untuk kecederaan seperti ini, dia tidak perlu ke hospital. Kesakitan begini bukanlah berat sangat untuk ditanggung berbanding menjadi anak yang diabaikan bertahun lamanya.
“Kau tak nak balik rumah ke? Sekurang-kurangnya beritahu mama kau tentang kemalangan tadi.” soalan Arif membuatkan air muka Nashriq berubah.
“Tak payahlah beb. Benda kecil tak payah dibesarkan. Tak jadi kes polis. Aku pun sihat walafiat ni. Mama aku tu ada terlalu banyak hal yang nak disedihkan. Tempat aku bukan kat sana. Lagipun aku boleh sara hidup sendiri.” Balas Nashriq pendek, namun cukup tegas melambangkan pendiriannya.
***
Aiza ketawa mendengar lawak abang-abangnya. Sambil menyedut minuman Chocolate Cream Chip yang masih bersisa, dia melemparkan pandangan ke segenap sudut Starbucks Coffee, tempat lepak kegemaran mereka tiga beradik.
“Along nak pergi tandas sekejap. Kau orang buatlah apa yang patut.” Bisik Hafiz kepada dua orang adiknya.
“Okey bos,” balas Aril selamba namun cukup untuk menimbulkan kelucuan Aiza. Hampir tersembur air yang memenuhi mulutnya.
Di suatu sudut, seorang pekerja sudah bersedia untuk memulakan rutin kerjanya yang bermula pada waktu petang. Sebelum melangkah ke kaunter, dia memasukkan sehelai sapu tangan berwarna biru gelap ke dalam beg galasnya. Dapat dia rasakan kehangatan kasih sayang setiap kali menyentuh sapu tangan itu. Dan setiap kali juga, dia terbayangkan wajah kaget si gadis yang sedang membalut lukanya. Tahukah kau, bahawa dirimu sangat comel? Ungkap jejaka itu dalam hati. Dia kemudiannya melangkah yakin untuk memulakan rutin seperti biasa.
Tugas sebagai seorang barista menuntut kemahiran yang bukan sedikit. Namun kerjaya ini memberikan kepuasan buat dirinya. Sebulan kursus, sudah cukup untuk memahirkan dirinya dalam selok belok dunia minuman jenama Starbucks. Nampaknya hari ini, dia perlu melakukan dua kerja dalam satu masa. Memandangkan pelanggan tidak begitu ramai, dia turut mengambil tugas untuk mengelap meja. Namun sewaktu mengangkat dulang berisi cawan, pandangannya terpaku ke arah seorang gadis. Nyaris terlepas dulang pada tangannya lantaran terlalu terperanjat.
Aiza yang sedang asyik ketawa, terbatuk-batuk di situ juga tatkala terpandangkan kelibat seorang pemuda. Aril tercengang memandang adiknya. Dia berpaling, mencari apakah gerangan yang membuatkan Aiza terkejut. Namun sikapnya yang gila-gila, membuatkan dirinya tidak mampu menangkap dengan jelas maksud di sebalik kelakuan Aiza dan barista itu. Melainkan hanya suatu perkara yang sedang bermain di fikirannya ketika ini.
***
“Sapu tangan ni, ambillah balik.” Ungkap Nashriq dalam nada bersahaja.
Meski suaranya kedengaran keras seperti biasa, pandangannya tidak lagi tajam menikam wajah Aiza. Sebaliknya jejaka ini lebih senang menghalakan pandangannya ke bawah, membilang mata tangga di pekarangan kampus itu.
“Awak simpan sajalah. Saya tak nak buruk siku.” Balas Aiza ringkas.
Sebetulnya, setelah hampir beberapa bulan bersahabat dia cukup menyenangi keperibadian Nashriq meski jejaka itu agak kasar. Pertemuan di Starbucks membawa lembaran baru dalam hidup mereka. Nashriq yang rupanya teman lama angah dipelawa makan malam di rumah mereka.
Dari situlah dia mula mengenali sisi berbeza Nashriq. Seorang anak yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Dan tidak dapat Aiza nafikan, ada rasa yang memekar dalam hatinya setelah mengenali Nashriq. Jejaka itu begitu istimewa pada pandangannya.
“Aku takut kau tak ada sapu tangan lain.” Entah mengapa, hanya jawapan itu yang meluncur di bibir Nashriq. Aiza sekadar tersenyum memandangnya.
“Awak tahu tak, saya tak pernah sayang kawan lelaki lain macam saya sayangkan awak.” terluah kejujuran itu dari mulut Aiza.
Degupan jantung Nashriq seakan terhenti. Seberani itu gadis bernama Aiza Zara membuat pengakuan? Tetapi siapakah dirinya? Sungguh, dia tidak layak untuk bergandingan dengan Aiza. Gadis ini ibarat puteri yang disayangi ramai orang. Sedangkan dia? Berpendapatan cukup untuk menampung diri sendiri. Malah, tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.
“Kau dah salah faham kot. Kita kan baru saja berkawan. Takkan senang sangat kau suka aku? Atau kau ni memang jenis perempuan yang senang jatuh cinta?” dalih Nashriq, untuk melepaskan diri sendiri.
Sedangkan dirinya rasa terbeban kerana membuatkan Aiza jatuh cinta terhadap insan yang tidak layak sepertinya.
“Kenapa awak cakap macam tu? Salah ke kalau saya cakap saya sayangkan awak? Salah ke kalau perempuan luahkan perasaan? Awak ni memang ego, tahu tak! Ego! Awak tak tahu agaknya yang naluri perempuan memang tepat. Kalau betul awak tak sayangkan saya, kenapa awak simpan sapu tangan ni?” luah Aiza semahunya.
“Sebab, aku nak tunggu masa yang sesuai untuk pulangkan dekat kau. Rasanya kau dah banyak sangat fikir. Aku dah nak bertunang. Tolonglah, belum terlambat untuk kau hilangkan rasa suka tu.” Tenang sahaja Nashriq memberi alasan.
Sedangkan semangat Aiza sudah melayang entah ke mana. Luruh air matanya membasahi pipi. Terhinggut dia menangis. Semakin lebat air matanya tatkala Nashriq berlalu meninggalkannya sendiri.
***
Arif mundar-mandir di hadapan Nashriq. Hendak tegur salah, tidak tegur rasa janggal pula. Lantas apa yang harus dia lakukan? Sahabatnya terlalu mudah naik angin sejak kebelakangan ini. Setiap perbuatannya dirasakan tidak kena. Misalnya hari ini, Nashriq sudah tersilap membancuh minuman. Pelanggan inginkan Vanila Caramel, Nashriq menyiapkan Vanila Latte.
“Kalau sayang, mengaku sajalah. Bukannya salah pun. Daripada kau naik angin tak tentu hala macam ni. Bengang aku.”komen Arif jujur. Sudah bingung dia melayani kepala angin Nashriq.
“Tak berbaloi dia suka orang macam aku. Kau dah lupa keluarga aku macam mana? Malu tengok keluarga dia yang bahagia. Mak bapak dia layan aku dengan baik. Aku tak nak dia orang hampa bila tahu Aiza pilih lelaki macam aku.” Kedengaran begitu pasrah nada Nashriq.
“Kau ni, memang suka fikir negatif. Baik kau cepat bertindak. Kalau tak menyesal. Aku dengar, ada orang dah masuk meminang Aiza. Kalau dia setuju, memang sah jadi punyalah.” Beritahu Arif bersungguh-sungguh.
Terbuntang mata Nashriq mendengar bicara sahabat karibnya. Sepantas kilat dia berlari meninggalkan Starbucks lalu menuju ke suatu destinasi. Destinasi yang menjadi titik penentuan buat dirinya.
Dia tersenyum lega setelah tiba di tempat yang dimaksudkan. Namun senyuman di wajah Nashriq sirna tatkala terpandangkan Aiza yang begitu ayu berbaju kurung. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan gadis itu seolahnya berbusana pertunangan. Menggigil lutut Nashriq. Air matanya jatuh membasahi pipi.
“Eh, kot ya pun nak jumpa tunang, sabarlah sikit. Salinlah baju Melayu beb. Tapi alang-alang kau dah datang, masuk sajalah.” Usik Aril yang terpacak di hadapan pintu.
Tunang? Nashriq yang masih keliru segera melangkah masuk ke dalam rumah. Kehadirannya menjadi tumpuan. Buat pertama kalinya, seorang barista memakai pakaian seragam untuk menghadiri majlis pertunangan sendiri, yang masih belum diketahui.
“Nash?” teguran itu membuatkan Nashriq terkesima.
“Abah? Mama?” berkaca matanya memandang mereka berdua.
Tidak lama kemudian, muncul pula Aiza yang sungguh anggun berbusana hijau lembut. Tersenyum manis gadis itu memandangnya sedang Nashriq terpegun dengan rasa tidak percaya.
“Kau dengan aku, dah bertunang ke?” tanya Nashriq gugup.
“Ha ah. Saya bertunang dengan seorang barista.” Jawab Aiza manja.
Mereka saling bertatapan. Perasaan istimewa yang disembunyikan Nashriq selama ini terungkai jua. Tentu semua ini kerja Arif. Dalam diam, Nashriq berterima kasih kepada sahabat karibnya itu. Sekeping hatinya kini telah diserahkan kepada Aiza Zara, cinta pertama dan terakhirnya. Syukur!
Tuesday, March 26, 2013
Monday, March 25, 2013
Bila Sepupu2 Bertemu
4 Beradik sepupu ni sangat jarang2 dapat berkumpul..ada pun si kembar tu selalu la kat umah aku sebab mak aku yang jaga kan...Zikri jarang2 balik...tp tu la dia sangat rapat dengan Kakak Dania...
happy main2 kan...mcm xde masalah jer...tgok si kembar tu...manja ngan Mak Ngah dia..
main permainan ganas2 pun x pe...
amboi asyik Aressa dengar kakak nyanyi eh..kakak sangat pandai layan adik2..
belum apa2 dah gaduh..apa ni....tgok Adeliya jeling2...
ntah apa la Aressa tu ckp...mengomel jer..
bila bagi Tab...terus berkumpul main game..behave balik...
leka masing2 main game sama2
sorang lelaki 3 perempuan...kalau bertambah biar la ada lelaki lagi...keluarga aku kurang lelaki...
Budak2 kan...ada kala happy berlari2..ada kala bergaduh..pas tu elok balik..lumrah...kita dulu pun pernah kecik..pernah jadi budak2 kan...
salute kat Kakak Dania...pandai dia layan dan jaga adik dia...walau dia hanya membesar bersama atuk dan uwan..mama jumpa hujung minggu je...im proud that she is very matured and understand her mama's situation...semoga kasih sayang 4 orang anak2 aku ni kekal sampai bila2...semoga mereka mampu menjaga aku di kemudian hari...( mana la tau andai aku ditakdirkan seorang diri kan)

Apa Sudah Jadi Zaman Sekarang?
Jom Sama2 kita renungkan... ![]() |
| Sumber FB |
Pernah mengalami situasi dalam gambar ni?SA baru jer alami kat Econsave semalam...SA terkejut giler dan rasa malu sebab kuat sgt that girl cakap...sebijik macam dalam gambar diatas...SA x tau la...dimana silap nya zaman sekarang...

Rendang Itik Daun Puding NS
Menu Ahad...sesekali berkumpul ngan family adik aku yang duk Muar tu...sambil2 turunkan buah langsat utk kali ke penghabisan...kali ni adik aku yang 2 orang tu xde..yang bongsu of coz kat
Sarawak kan...well..lauk itik di sponsor oleh Abah dan Angah..
renehkan dulu...kasi air masa basuh itik ni tadi kering...
dah kering kot air itik tu...nampak serai tu...kasik wangi....
lepas tu masukkan santan...see..menggelegak kan....
last sekali baru masukkan daun puding...masak hingga rendang kering.....
Masa makan ni berpeluh2 ..lawan lak ngan sirap ais....huiii....tp mak xde la buat pedas sgt...
still boleh makan lagi...yang best daging itik ni lembut sgt2...
itik muda kot....dapat la b awak pi opis sikit bagi kawan2 rasa...Ada tanya aku.,..Suriaamanda orang NS ke..yeeee....SA orang NS...anak jati NS...

Menu Sabtu Yang Kolestrol
Jangan la marah kat aku sebab post gambar2 makanan jer eh...hehehe...just nak share jer ngan korang..xde nak buat korang terliur pun...hihihi...
Sabtu nyer menu..semua pun kolestrol..ni gara2 dah x reti nak beli apa kat pasar..
Nampak udang galah besar2 ni dengan tag RM38 hengget sekilo...laju2 pi beli 2.5kg..RM95...sesekali sempena kepulangan adik lelaki aku ngan family dia yang agak lama dah x balik....
seksi kan Udang galah aku...
kasik letak daun kunyit untuk tambah bau dan buka selera...
Untuk anak2 ha....makan sotong goreng kunyit tu....x pedas dan sedap....
tp mak budak jugak makan kasik licin...
Alhamdulillah rezeki Sabtu..seronok makan ramai2..udang tu banyak giler x abih pun...
bawak balik Kg pun xde yang nak kasik perabih...at last...simpan mana tau ada
yang nak ulang makan kan....
Weekend lepas korang masak apa?

NANGIS BACA INI..!

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."
NAMUN,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.
Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.
SUMBER FB

Sunday, March 24, 2013
Betul atau Bohong?
✔Dari titisan AIR MATA kita belajar MENGERTI..
✔Dari PERSELISIHAN kita belajar MEMAHAMI..
✔Dari PENGKHIANATAN kita belajar KESETIAAN..
✔Dari rasa RISAU kita belajar PERCAYA..
✔Dari rasa KEHILANGAN kita belajar MENGHARGAI..
✔Dari rasa BERSALAH kita belajar MEMAAFKAN..
✔Dari sebuah HARAPAN kita belajar BERJUANG..
✔Dari sebuah PERJUANGAN kita belajar BERKORBAN..
✔Dari sebuah PENGORBANAN kita belajar KETULUSAN
(^_^)
share here sumber dari FB
✔Dari PERSELISIHAN kita belajar MEMAHAMI..
✔Dari PENGKHIANATAN kita belajar KESETIAAN..
✔Dari rasa RISAU kita belajar PERCAYA..
✔Dari rasa KEHILANGAN kita belajar MENGHARGAI..
✔Dari rasa BERSALAH kita belajar MEMAAFKAN..
✔Dari sebuah HARAPAN kita belajar BERJUANG..
✔Dari sebuah PERJUANGAN kita belajar BERKORBAN..
✔Dari sebuah PENGORBANAN kita belajar KETULUSAN
(^_^)
share here sumber dari FB

Friday, March 22, 2013
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 2013 BY MAK DARA
Laju2 tekan banner ni tadi sebab nampak menarik GA ni....sebagai support kepada rakan blogger
Syarat pun senang...
1. Follow Blog Bicara Mak Dara - Done
2. Buat entri dengan tajuk
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara" - Done
2. Buat entri dengan tajuk
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara" - Done
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini - Done
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.- done
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.- done
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)- done
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya.-Done
Satu Giveaway, 30 Penaja,
56 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
56 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
SA nak tag mereka ni...
Jom join....GA ni tarikh tutup 31hb....x dapat jadi next top model..dapt jadi next top blogger pun jadik la...
Moh Join Moh...

Si Cantik Manis Guess...
Assalammualaikum...
Pagi tadi doa membuka pintu rezeki...alhamdulillah syukur nikmat..segala rezeki dari Allah S.W.T...
Semoga allah membuka pintu rezeki yang melimpah ruah untuk Ibu tunggal seperti aku..
bukan untuk aku semata2 tapi untuk anakanda dan keluarga tercinta...moga dipermudahkan segala2nya..
Amin...
So seperti yang di janjikan nak kongsi reward for myself again...handbag yang aku beli tatkala detim ngan cik abam sayang di Pavilion beberapa hari lepas...( semalam aku bz gilos..x sempat nak chare...)
Ni la si cantik manis yang aku mention hari tu...
paper bag Parkson > alaaaa...Parkson jer pun...ada aku kisah..aku pi Parkson Pavilion ok..
tadaaaa...yer...xde la jenama besar mana ...GUESS je kot..nak beli COACH mak jemah x berapa mampu..
boleh jer nak beli tp dari invest 1-2K ke handbag baik aku laburkan dalam ASB
Tadaaaaaaaaaaaaaa...santek kan?pesal aku suka beli kaler hitam? senang la nak match dengan apa kaler pun..
harga RM 489...
Well ni la hasil dari aku berbisnes selama 3 bulan ni....Alfio Raldo + Sophie Paris, PMC dan jugak SSBC.
thanks kat korang yang banyak menyokong, x lupa jugak buat kawan2 opis dan sedara mara yang support..
tanpa semua sapa la aku...ecewahh..mcm ucapan terima award pulak..
aku bukan nak riak or bangga nak tepek segala bagai yang aku beli kat dalam blog ni..
aku just nak bagi tahu betapa seronoknya berbisnes ni dan mendapat pulangan yang lumayan..
aku x guna segala keuntungan untuk diri sendiri tapi aku kongsi ngan anak dara dan jugak family...jatuh bangun bisnes adalah lumrah kehidupan...kadang2 aku face a problem jugak bila orang dah order dan dah bg no account tp lepas tu senyap jer...ada yang cantas mencantas..itu lumrah...asam garam berbisnes katanya khennnn....
Korang nak jugak rasa mcm aku?
jom join jom...ada sapa2 nak jual PMC?meh amik dengan aku...
email aku kat suriaamanda@yahoo.com

Amalan Memurahkan Rezeki...
Marilah kita amalkan ayat Seribu Dinar bagi memohon kepada Allah
Agar mempermudahkan rezeki kita

Thursday, March 21, 2013
Sophie Paris Syarikat Fesyen Pertama Di Asia Dengan Sistem MLM
SURIAAMANDA DAH....ANDA BILA LAGI?
Salam
Sejahtera
Satu Peluang Perniagaan Yang Luar Biasa...Anda Dijemput Untuk Menyertai Kami..Sambutan Hangat, AURA Sophie Paris tidak dapat dinafikan lagi! Jangan lepaskan PELUANG!
* Syarikat Fesyen Pertama di Asia dengan sistem MLM
* Yuran keahlian hanya RM15.00 seumur hidup
* Harga berpatutan dan berkualiti, Perancis Design
* Design terkini setiap 45 hari dengan pilihan 400-500 produk
* Diskaun 20% dengan setiap pembelian produk
* Untung 20% dengan setiap penjualan produk
* Jana Income lumayan dengan Networking Plan
Bukti Income
Klik >> http://sophieparisclub.com/statement.php?id=Suriaamanda
Apa pun MLM yang datang Cosway dan Avon tetap teguh. Sebab perniagaannya bergantung pada pembeli dan pengguna. Sophie Paris memberi peluang yang sama. Sertai kami sekarang di waktu Sophie Paris baru berusia 6 bulan di Malaysia. Peluang perniagaan yang luas dan pendapatan yang berpanjangan. Peluang membuka outlet seperti Avon dan Cosway juga dibuka untuk ahli yang berminat. Yuran keahlian cuma RM15 seumur hidup.
TESTIMONI ARTIS
http://sophieparisclub.com/testimonials.php?id=Suriaamanda
Saya telah mengambil Peluang Hebat ini untuk pendapatan yang Mewah. Anda bila lagi? Anda perlu bermula sekarang dengan langkah pertama
JOIN SEGERA!
Klik >> http://sophieparisclub.com/Suriaamanda
Terima Kasih
Satu Peluang Perniagaan Yang Luar Biasa...Anda Dijemput Untuk Menyertai Kami..Sambutan Hangat, AURA Sophie Paris tidak dapat dinafikan lagi! Jangan lepaskan PELUANG!
* Syarikat Fesyen Pertama di Asia dengan sistem MLM
* Yuran keahlian hanya RM15.00 seumur hidup
* Harga berpatutan dan berkualiti, Perancis Design
* Design terkini setiap 45 hari dengan pilihan 400-500 produk
* Diskaun 20% dengan setiap pembelian produk
* Untung 20% dengan setiap penjualan produk
* Jana Income lumayan dengan Networking Plan
Bukti Income
Klik >> http://sophieparisclub.com/statement.php?id=Suriaamanda
Apa pun MLM yang datang Cosway dan Avon tetap teguh. Sebab perniagaannya bergantung pada pembeli dan pengguna. Sophie Paris memberi peluang yang sama. Sertai kami sekarang di waktu Sophie Paris baru berusia 6 bulan di Malaysia. Peluang perniagaan yang luas dan pendapatan yang berpanjangan. Peluang membuka outlet seperti Avon dan Cosway juga dibuka untuk ahli yang berminat. Yuran keahlian cuma RM15 seumur hidup.
TESTIMONI ARTIS
http://sophieparisclub.com/testimonials.php?id=Suriaamanda
Saya telah mengambil Peluang Hebat ini untuk pendapatan yang Mewah. Anda bila lagi? Anda perlu bermula sekarang dengan langkah pertama
JOIN SEGERA!
Klik >> http://sophieparisclub.com/Suriaamanda
Terima Kasih

Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada
khayalan, imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat
diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin
menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu
jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.
Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, maksudnya:
“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.
Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.
Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.
Wallahu a’lam.
SUMBER
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.
Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, maksudnya:
“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.
Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.
Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.
Wallahu a’lam.
SUMBER

Wednesday, March 20, 2013
Peel- Off Mask > Open for Order

Ada antara korang yang suka mask?
ada 5 pilihan product peel off mask keluaran Sophie Paris
Harga RM12.00 je...murahkan?
Postage RM8 via Pos Laju..
Berminat?
email me
Suriaamanda@yahoo.com

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah















